Monday, December 31, 2007

Azam Baru 2008...

Salam semua..

Tahun 2008 sudah tiba.. Begitu cepat masa berlalu kan.. Tup tap, tup tap.. Semakin hari, semakin dekat kita untuk bertemu dengan-Nya.. :) Sesungguhnya semakin lanjut usia, semakin dekatlah kita kepada mati kan? So janganlah lupa untuk mengingati mati dan menambah sebanyak mungkin amalan2 soleh..

Namun itu bukanlah penghalang untuk kita terus mengejar kejayaan dalam hidup i.e. kekayaan, hidup yang senang, dan apa sahaja yang kita mahukan.. Malah itulah sebenarnya yang akan membantu kita dalam mencapai kesenangan hidup.. Mana taknya, dengan kita berbuat amal baik dan banyak mengingati matilah, Allah akan lebih sayangkan kita.. Siapa yang bagi kekayaan? Siapa yang bagi rezeki kepada kita kalau bukan Allah? Apa akan jadi bila Allah sayangkan kita?? Maka insyaAllah kekayaan yang kita impikan akan jadi kenyataan. Tapi janganlah pulak kita beramal hanya kerana mahukan kekayaan.. Itu sudah terseleweng namanya.. Tak ikhlas.. Betul tak?? :) Biarlah kita ikhlas beramal, semata mata kerana hendak mencari keredhaan-Nya..

Dalam mengejar kejayaan dalam hidup di dunia, tidak cukup dengan sekadar berdoa dan berbuat amal baik.. Kita jugak perlu bekerja, berniaga atau apa sahaja dengan bersungguh2.. Sebab Allah telah menetapkan sunnah alam ini, siapa yang berusaha lebih maka dia akan dapat lebih.. Sebab itulah walaupun orang itu bukan Islam, dia tetap mampu menjadi kaya. Tapi kelebihan tetap ada pada kita kerana bila kita menjadi kaya, bukan sahaja di dunia, insyaAllah di akhirat juga kerana kita beriman kepada Allah.

So sempena dengan Tahun Baru 2008 neh.. Sama2lah kita berazam untuk menambah amal ibadah di samping meningkatkan sumber pendapatan supaya insyaAllah kita menjadi kaya, dan mampu menyumbang kembali kepada Islam. Ingat dan amal satu formula simple untuk menjadi kaya, "Kurangkan perbelanjaan, Tambah sumber pendapatan". Cubalah, belum cuba belum tahu.. Hehe..

Selamat Tahun Baru 2008 buat semua.. Semoga apa jua azam anda pada tahun ini menjadi kenyataan dan mampu menyumbang kepada kekayaan..

Wassalam..

6 comments:

pakdi said...

semoga lebih berjaya pada 2008 :)

pakdi
http://my.pakdi.net

SangPelangi said...

Hai.. kejap ada.. kejap tak ada..
Abang Mokh? Bila nak bawak anak datang Jepun? Saja nak jumpa2.. hehe..

nurul said...

Assalamu'alaikum..

maaf menggangu..
sya juga baru memulakan perniagaan internet ni.. sya juga mahu mbuat services mcm kamu..
kalau bleh biarlah ia berjihad dgn cara islam..
marila kte sama2 mngembangkan dunia global ni dgn cara islamiah..
halal dan sah disisi undang2.
harap dapat kerjasama dari kamu..
Insya Allah hidup Islam.

Wassalamu'alaikum.. Jazakallahu khairan

Muslim Beliefs said...

Good blog masha'Allah
Please can you link up www.haqislam.org and my blog here?
jazakallah

carirezeki said...

salam, tq bagi ilmu

j_hafiz said...

memperkasa status ekonomi islam..
mm. blaja ekomnomi ke? suke bc artikel2 ekonomi ni.. tambah ilmu ekonomi