Saturday, April 14, 2007

Alternatif Pelaburan Internet Haram

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada pengunjung2 yang masih setia melawati blog ini walaupun sudah semakin jarang update sekarang. Situasi internet yang dhoif menyebabkan saya semakin jarang online. :D So mintak maaf banyak2 saya ucapkan.

Ada sahabat yang bertanya mengenai Pelaburan di Internet yang diharamkan baru-baru ini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya tak mahu mengulas lanjut kerana saya bersetuju dengan pandangan Pakdi yang boleh anda semua baca di blog beliau sendiri dengan klik di sini. Cuma saya hendak kita semua sama2 cari jalan alternatif untuk menggantikan pelaburan yang haram ini.

Antara dua point yang pakdi sebutkan itu, kita perlu membezakan yang manakah circle of influence dan circle of concern. Manakah antara dua tersebut yang kita mampu untuk mengubahnya dengan tangan kita dan pasti kita mampu? Adakah Jahil dan Bodoh ataupun Delivery System Govt?? Mungkin ada yang mengatakan kita mampu utk mengubah Delivery System Govt itu dengan pangkah parti lain ataupun ubah pemimpin, tapi adakah itu satu kepastian? Walaupun mungkin kita mampu, tapi ia adalah tidak pasti. Jadi jalan yang pasti di sini ialah, jalan mengatasi Kejahilan dan Kebodohan kita yang rata2 mahu kaya cepat dengan jalan mudah.

Konsepnya mudah sahaja untuk jadi cepat kaya dengan jalan halal iaitu Pastikan cashflow (aliran tunai) bulanan sentiasa positif -> Tambahkan sumber pendapatan anda yang halal -> Tambahkan Aset dan Kurangkan Liabiliti.

Aliran tunai = Pendapatan - Perbelanjaan
Takrifan mudah Aset = Benda yang memasukkan duit ke dalam kocek anda (perniagaan, saham, rumah untuk disewa dll).
Takrifan mudah Liabiliti = Benda yang mengeluarkan duit dari kocek anda (rumah tempat anda tinggal, kereta anda, hutang piutang).

Bila cashflow bulanan positif secara otomatik duit itu akan menjadi simpanan kita. Tiada ilmu tambahan yang diperlukan di sini. Anda hanya memerlukan sebuah akaun bank ataupun Tabung Haji dan sedikit disiplin untuk memastikan cashflow sentiasa positif. Bila duit itu dah bertambah banyak, gunakanlah ia untuk mencari sumber pendapatan baru yang halal. Bila dah dapat, sudah tentu cashflow positif anda akan bertambah bukan? Maka ulangi lagi langkah ini hinggalah anda mencapai matlamat kewangan anda.

Tak nampak lagi? Mahukan contoh? Baiklah di sini saya sediakan satu contoh mudah.

Katakan anda dapat gaji RM 2000 sebulan. Dinasihatkan supaya anda aktif menyimpan terlebih dahulu menggunakan konsep Pay Yourself First. Disarankan 10% daripada gaji. Katakan RM 200 anda masukkan secara otomatik ke dalam akaun bank. So anda masih ada 90% lagi iaitu RM 1800. Kemudian tolak perkara2 yang penting seperti bil2, tolak bayar kereta, tolak sewa, bayar hutang belajar, makan, minyak dll lagi. Kemudian tolak pula perkara2 yang tak penting seperti pergi tengok wayang, beli majalah2, pegi main bowling dll lagi aktiviti berhibur. So agak2 berapa tinggal sekarang? :D Positif ke Negatif? Kalau positif alhamdulillah. Tapi kalau negatif bermakna anda sedang sakit kewangan.

So tindakan pertama yang perlu anda buat ialah memastikan cashflow anda positif. Cariklah jalan supaya ia berubah menjadi positif. Cara 1 ialah dengan mengurangkan perbelanjaan. Cara 2 ialah dengan menambah pendapatan sampingan. Mari kita lihat contoh tadi dengan lebih terperinci di bawah,

Cara 1
Gaji RM 2000
Simpanan RM 200
Perbelanjaan RM 1500
Hiburan RM 500

Cashflow = 2000-(200+1500+500) = -200 (Negatif)

Bila jadi begini, sbg contoh kita buang terus hiburan so cashflow kita akan jadi
Cashflow = 2000-(200+1500) = RM 300 (Positif)

Cara 2
Sama seperti tadi.
Gaji RM 2000
Simpanan RM 200
Perbelanjaan RM 1500
Hiburan RM 500

Cashflow = 2000-(200+1500+500) = -200 (Negatif)

Bila jadi begini, kita tambah pendapatan dengan mencari kerja sambilan, seperti MLM dll.
Katakan daripada kerja part time tersebut kita dapat RM 500 setiap bulan. So Cashflow kita akan jadi seperti berikut

Cashflow = 2000+500-(200+1500+500) = 300 (Positif)

Mana satu pilihan anda? Terpulang dan mengikut kesesuaian. :) Kalau anda rasa tak rela membuang semua keseronokan tersebut bolehlah anda pilih Cara 2. Tapi kalau anda rasa sibuk dan tak ada masa nak buat part time job, maka kenalah anda fikirkan Cara 1. Antara dua sahaja. Pilihan di tangan anda.

Tindakan kedua, ialah menggunakan wang cashflow positif tadi + wang simpanan aktif anda 10% daripada duit gaji untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Sumber pendapatan tambahan ini berbeza dengan Part Time Job. Ia sepatutnya memberikan anda pendapatan tambahan yang memberikan pulangan besar di masa hadapan. Boleh jadi ia adalah sebuah pelaburan ataupun perniagaan. :)

Katakan kita ambil kiraan setahun 12 bulan. So, jumlah yang telah terkumpul ialah
RM 200 (simpanan) + RM 300 (cashflow positif) = RM 500 (setiap bulan)
RM 500 x 12 (bulan) = RM 6000

Inilah modal kita untuk melabur. Di sini kita memerlukan sedikit usaha untuk menimba ilmu berkaitan dengan pelaburan dan perniagaan yang boleh memberikan pulangan berterusan setiap tahun. Usaha ini penting supaya kita tahu apa yang kita buat, mengurangkan risiko, mengelakkan kerugian, dan tahu bagaimana untuk mendapatkan pulangan yang maksimum. Kalau masih tak cukup tambah lagi tempoh di atas kepada 2 tahun. Anda sudah boleh dapat RM 12000 dlm simpanan. So anda boleh gunakan untuk beli rumah untuk disewakan, atau melabur dalam pasaran saham. Kalau malas sangat masuk sahaja saham amanah. :) Pulangan 10% setahun berbanding simpanan di bank lebih baik bukan?

Ok katakan anda gunakan saham amanah sebagai medium pelaburan. Katakan purata keuntungan setiap tahun 10%. So pada tahun hadapan anda sudah dapat RM 6600. Tambah pula dengan RM 6000 baru pada tahun itu yang anda perolehi daripada simpanan. Sekarang anda sudah ada Aset bernilai RM 12600. Ulangi lagi langkah di atas.

Kalau anda teruskan dengan menyimpan sahaja, di waktu persaraan anda, anda boleh mencapai RM 180,000 (RM 6000 x 30 tahun). Belum tambah dengan dividen lagi. Cuba bayangkan anda dapat pula 10% setiap tahun hasil dari Saham Amanah. Sudah tentu lebih banyak lagi anda dapat. Belum lagi anda buat bisnes, main saham sendiri, ataupun kutip sewa rumah melalui pelaburan hartanah. Sudah tentu lebih banyak lagi asset yang anda ada. Dan menjadi jutawan bukan lagi sekadar mimpi. :) Ia boleh dicapai.

Konsepnya mudah sahaja.. Dan sesiapa jua boleh mengamalkannya walaupun anda bergaji kecil. Asalkan anda ada keazaman yang tinggi dan mahu berubah. InsyaAllah.

Pastikan cashflow (aliran tunai) bulanan sentiasa positif -> Tambahkan sumber pendapatan anda yang halal -> Tambahkan Aset dan Kurangkan Liabiliti.

Sekian Wassalam.

p/s : Semua yang diberikan di atas adalah sekadar contoh. Ia mungkin sedikit berbeza dari realiti, tapi yang penting ialah konsepnya itu.

Thursday, April 12, 2007

Jutawan Muslim : MK Berhijrah Jadi Pelabur ICT

Assalamualaikum

Sebuah temuramah dengan Tan Sri Mustapha Kamal, billionaire dalam bidang hartanah. Saya sangat tertarik dengan apa yang beliau perkatakan. Antaranya berkaitan dengan niat di hati beliau menceburkan diri dalam hartanah kerana merasakan bidang ini mampu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada orang lain. Juga strategi beliau memiliki beberapa syarikat yang berbeza sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku apa2 kepada syarikat yang lain. Ia untuk memastikan anak isterinya tetap dapat disara, walaupun bankrap salah satu syarikat. :)

Banyak lagi yang menarik.. Boleh baca sendiri dan belajar, bagaimana hendak menjadi kaya raya dan bermula dari bawah.. :D

Wassalam

MK Berhijrah jadi pelabur ICT

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar

Mukadimah
Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar merupakan salah seorang usahawan Melayu berjaya yang dilahirkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Setelah bergelumang dalam dunia perniagaan selama 25 tahun dalam industri hartanah, beliau kini muncul antara tokoh korporat Melayu yang berjaya di negara ini.

Mustapha juga telah berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang jutawan Melayu yang menyerlah di arena antarabangsa dengan pelaburan di Afrika dan Australia.

“Kejayaan saya ialah kerana saya berpegang kepada prinsip, jika orang lain boleh buat, maka saya juga boleh buat.” katanya kepada Mingguan Malaysia di pejabatnya Khamis lalu.

Anak kelahiran Kampung Changkat, Pusing, Perak itu mula menceburi dunia perniagaan pada tahun 1982 melalui MK Associates Sdn. Bhd., dan projek pertamanya ialah membangunkan Taman Meru Jaya, di Selangor, berharga RM6 juta di atas tanah yang dibelinya sendiri.

Syarikat yang beliau tubuhkan itu kemudian merintis jalan kepada penubuhan M K Land Holdings Bhd., yang kemudian menjadi salah sebuah syarikat pembinaan terkemuka di negara ini. Beliau yang cukup dikenali sebagai ‘Raja Rumah Murah’ kemudian terus melangkah dengan menyertai projek-projek yang lebih besar termasuk membina Bandar Baru Sungai Buluh pada tahun 1985.

Beliau kemudian memberanikan diri melaksanakan dua projek besar lain iaitu projek Serendah Golf Resort di Selangor yang dianggap satu tindakan bodoh oleh sesetengah pihak pada tahun 1988 dan projek Bukit Merah Laketown Resort di Perak pada tahun 1992.

Mustapha telah membuktikan tanggapan negatif orang ramai itu adalah salah, apabila kawasan terpencil itu berjaya dibangunkan sebagai bandar peranginan.

Beliau menyifatkan perjalanannya dalam dunia perniagaan kini memasuki fasa keempat. Beliau ingin ‘berhijrah’ menjadi pelabur untuk membangunkan semula bandar pintar Cyberjaya, dengan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan M K Land Holdings Bhd., kepada rakan kongsinya Datuk P. Kasi berkuat kuasa semalam.

Beliau juga mahu memberi tumpuan dalam aktiviti sosial terutama projek pemuliharaan Orang Utan.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Mustapha telah menceritakan pengalamannya itu kepada wartawan Hassan MOHD Noor, Mustafa Kamal Basri dan Saifulizam Mohamad untuk tatapan semua.

MINGGUAN: Tan Sri dikenali sebagai seorang korporat yang berjaya dalam industri hartanah. Bila Tan Sri memulakan perniagaan ini?

MUSTAPHA: Saya telah melibatkan diri dalam sektor hartanah terutama dalam projek pembinaan rumah sejak 25 tahun yang lalu iaitu sebaik-baik sahaja saya meletakkan jawatan dalam Kumpulan Perangsang Selangor Bhd., salah sebuah anak syarikat milik kerajaan Selangor. Saya telah menubuhkan MK Associates Sdn. Bhd., pada tahun 1982 yang kemudiannya menjadi nadi kepada Kumpulan EMKAY. Ketika itu saya berusia 32 tahun.

Apakah perkembangan yang berlaku selepas itu?

MUSTAPHA: Selepas meletakkan jawatan dalam Kumpulan Perangsang, saya telah membeli sebidang tanah di Meru, Klang. Pada tahun 1983 saya memajukan tanah itu sebagai projek pembangunan bercampur melibatkan kos sebanyak RM6 juta. Dua tahun kemudian, saya diberi peluang membangunkan projek penswastaan Bandar Baru Sungai Buluh, sehingga orang ramai mengenali bandar itu sebagai bandar MK sampai ke hari ini.

Pada tahun 1988, saya mendapat projek yang lebih besar iaitu membangunkan Serendah Golf Resort berharga RM300 juta. Saya masih ingat lagi apabila isteri saya bertanya mengapa saya memilih tempat itu sedangkan ia dianggap seperti ‘‘tempat jin bertendang’’. Saya telah menjual projek itu dan wangnya saya laburkan dalam projek Taman Damansara Perdana.

Selepas itu, saya majukan pula projek Bukit Merah Laketown Resort dekat Taiping melibatkan kos sebanyak RM3 bilion. Pada masa itu orang langsung tidak tahu di mana tasik berkenaan. Di kawasan ini kami telah membina 1,500 unit rumah. Projek itu kemudian mendapat sambutan dan ia berjaya menukar kawasan itu menjadi bandar peranginan yang dikenali di dunia. Sepuluh tahun lalu orang mengatakan Mustapha Kamal gila bila membangunkan tasik itu, tetapi sekarang siapa gila? Jadi, berdasarkan kejayaan itu, saya merasakan anak-anak bangsa saya juga boleh melakukannya, cuma soalnya ialah sama ada mereka hendak atau tidak sahaja.

Apakah Tan Sri memang dari awal sudah melibatkan diri dalam dunia perniagaan?

MUSTAPHA: Saya tidak terus berniaga, selepas tamat pengajian, saya bekerja sebagai pegawai kerajaan. Tugas khusus saya pada masa itu adalah dalam bidang tanah termasuk soal undang-undang tanah. Pengalaman itu sangat berguna kepada saya semasa saya mula menjalankan perniagaan. Pada tahun 1978 saya letak jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah dan kemudian menyertai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd., Di sinilah saya mula belajar mengenai selok-belok berniaga. Saya belajar berniaga selama 11 tahun. Selepas itu baru saya membuat perniagaan secara kecil-kecilan.

Apakah yang mendorong Tan Sri menceburi dunia perniagaan?

MUSTAPHA: Pada mulanya saya hanya mahu bekerja dan berdikari tetapi setelah berfikir beberapa lama, saya akur yang saya perlu membuat sesuatu pekerjaan yang dapat membantu bumiputera dengan menawarkan peluang pekerjaan dan melaksanakan perniagaan berkonsepkan payung. Saya merasakan bidang perniagaan hartanah mampu menyumbang sumber ekonomi dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam industri tersebut. Sebenarnya, apa yang saya lakukan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, cuma soalnya ialah hendak atau tidak. Apa yang penting kita perlu komited.

Tan Sri merupakan usahawan kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB) apa komen Tan Sri?

MUSTAPHA: Saya adalah hasil daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada saya sehingga berjaya sekarang. Kejayaan saya ini adalah menggambarkan kejayaan dasar-dasar yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini.

Sejak berkecimpung selama 25 tahun dalam industri hartanah sudah berapa banyak rumah yang Tan Sri telah bina?

MUSTAPHA: Setakat ini melalui syarikat M K Land Holdings Bhd., sahaja, saya telah membina dan menjual 42,228 unit rumah bernilai RM4.9 bilion. Cuba anda bayangkan jika 10 peratus daripada nilai itu menjadi kepunyaan saya.

Tan Sri ingin berkongsi rahsia yang membawa Tan Sri mencapai kejayaan pada hari ini?

MUSTAPHA: Saya telah membahagikan MKN Holdings kepada tiga syarikat (kumpulan syarikat). Dari segi strateginya ialah jika berlaku sesuatu kepada saya dan perniagaan saya, ia tidak harus menjejaskan keluarga, anak-anak dan cucu-cucu saya. Saya tidak mahu disebabkan saya gagal dalam perniagaan, isteri, anak-anak dan cucu-cucu saya tidak makan. Oleh itu saya wujudkan tiga (kumpulan) syarikat supaya jika berlaku sebarang perkara yang melibatkan perniagaan ia tidak menjejaskan hal-hal peribadi. Ini bermakna, sekiranya perniagaan saya bankrap pun, saya masih boleh teruskan hidup dengan menggunakan kemahiran yang saya ada. Oleh itu, saya telah menubuhkan sebuah syarikat untuk membeli hartanah dan kemudian menyewakannya. Maka, jika berlaku ribut atau taufan, saya masih mempunyai punca pendapatan yang tetap. Saya tidak boleh menjejaskan masa depan keluarga saya semata-mata disebabkan perniagaan saya tidak berjaya. Saya sedar dalam perniagaan ada turun naik, maka atas dasar itu saya perlu membuat persediaan awal.

Apakah pula strategi-strategi perniagaan yang Tan Sri gunakan sehingga berjaya dalam perniagaan?

MUSTAPHA: Saya bermula berniaga secara kecil- kecilan. Ini merupakan fasa pertama (Stage 1) perjalanan saya dalam dunia perniagaan. Ketika itu saya memberi tumpuan kepada projek pembinaan rumah-rumah murah. Oleh kerana sudah terlalu banyak rumah murah yang saya bina, sehingga orang menggelar saya ‘Raja rumah murah’. Selepas itu saya beralih melaksanakan projek rumah sederhana dan mewah pula. Pada ketika usia saya mencapai 50 tahun, perniagaan saya telah pun memasuki fasa kedua (Stage 2) iaitu peringkat pengembangan. Pada ketika ini, perniagaan saya sudah memasuki fasa ketiga atau peringkat pengukuhan dan saya akan memasuki fasa keempat iaitu peringkat ‘penghijrahan’. Saya menganggap perniagaan adalah satu pembelajaran. Jika diandaikan sebagai pelajar, saya kini sedang mahu melangkah kaki ke menara gading, selepas menamatkan peringkat sekolah menengah.

Mungkin Tan Sri boleh berkongsi prinsip yang menjadi pegangan Tan Sri dalam perniagaan?

MUSTAPHA: Kejayaan saya ialah kerana saya berpegang kepada prinsip, jika orang lain boleh buat, maka saya juga boleh buat.

Apakah aktiviti-aktiviti yang akan Tan Sri lakukan dalam proses penghijrahan ini?

MUSTAPHA: Selain menganggap perniagaan ini merupakan satu fardu kifayah, saya juga berasa bertanggungjawab membantu golongan yang kurang bernasib baik, terutama mereka yang memerlukan rawatan kesihatan tetapi tidak mampu membiayai perbelanjaan perubatan seperti pesakit buah pinggang. Setakat ini, Yayasan EMKAY telah membuka tiga pusat hemodialisis di seluruh negara. Pusat pertama ialah Pusat Rawatan Hemodialisis Wan Nong, di Batu Gajah, Perak yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta. Ia mula beroperasi pada tahun 2004. Seramai 36 pesakit telah menerima rawatan di pusat tersebut.

Pusat Rawatan Hemodialisis Felina di Banting, Selangor pula mula beroperasi pada Januari, 2005 melibatkan kos RM1.3 juta. Sebanyak 42 pesakit telah mendapat manfaat dari pusat tersebut.

Pusat hemodialisis ketiga ialah di Alor Star, Kedah yang mula beroperasi pada Mac tahun lepas melibatkan kos sebanyak RM1.4 juta. Seramai 26 pesakit telah menerima rawatan di pusat tersebut.

Inilah salah satu amal jariah saya kepada masyarakat. Ramai orang tidak tahu, saya bina pusat- pusat hemodialisis itu, semata-mata mahu membantu pesakit buah pinggang kerana kos rawatan sakit buah pinggang sangat mahal.

Apakah ada lagi projek-projek amal yang akan Tan Sri usahakan?

MUSTAPHA: Saya juga bercadang membuka sekolah orang dewasa untuk belajar komputer dan ICT. Saya terdorong membuka sekolah tersebut kerana orang dewasa pada masa ini ‘takut’ menggunakan komputer, sedangkan anak-anak mereka mempunyai pengetahuan luas tentang komputer. Hendak hantar e-mel atau membuka e-mel pun ramai orang dewasa dan warga tua tidak tahu. Lebih bahaya lagi anak-anak mereka berani melayari laman web lucah sedangkan ibu bapa tidak tahu apa-apa tentang komputer.

Jika ibu bapa mempunyai pengetahuan tentang komputer dan internet mereka boleh mengawasi anak-anak mereka dalam menggunakan komputer.

Selain itu, saya juga melaksanakan program kampung angkat dan telah mengambil Kampung Selamat di Taiping sebagai kampung angkat, sebaik-baik projek Bukit Merah Laketown Resort siap dibina. Pada masa itu, kampung tersebut sangat daif dan penduduknya hidup dalam kemiskinan.

Saya melaksanakan beberapa projek di kampung berkenaan termasuk tuisyen untuk anak-anak di kampung tersebut dan lebih istimewa lagi, saya menubuhkan perpustakaan yang dikenali sebagai Toy Library.

Setakat ini, saya sudah tubuhkan lima Toy Library iaitu di Damansara Perdana (Kuala Lumpur), Arau dan Kuala Perlis (Perlis) serta Kota Marudu di Sabah selain di Kampung Selamat.

Toy Library ini bertujuan menggalakkan pembangunan kanak-kanak di peringkat awal dan meningkatkan minat membaca di kalangan kanak-kanak melalui permainan dan sukan.

Saya bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta untuk menarik anak-anak dalam lingkungan umur 4 hingga 5 tahun bagi memupuk idea kreatif di kalangan kanak-kanak.

Setelah 10 tahun dijadikan kampung angkat, segala-segala telah berubah hasil daripada projek-projek yang telah kami jalankan.

Alhamdulillah ramai anak-anak Kampung Selamat yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti kembali membantu meningkatkan taraf hidup ibu bapa mereka.

Apa yang menggembirakan saya, pelajar-pelajar yang berjaya ini kemudian pulang semula ke kampung mereka untuk membantu adik-adik mereka pula. Sementara itu, anak-anak kampung itu yang tidak berjaya dalam akademik, saya hantar mereka untuk mengikuti latihan kemahiran. Sebagai contoh saya telah menghantar tiga anak kampung itu untuk menerima latihan sebagai chef di Bukti Merah Laketown Resort.

Kami difahamkan Tan Sri juga sangat mengasihi binatang?

MUSTAPHA: Saya juga mempunyai projek pemuliharaan Orang Utan yang saya masukkan sebagai program penting dalam penghijrahan saya.

Saya mahu pastikan suatu hari nanti cicit-cicit saya masih berpeluang melihat Orang Utan. Saya buka projek pemuliharaan Orang Utan itu di Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort dengan memberi tumpuan kepada program pemuliharaan, penyelidikan dan pengembangan Orang Utan.

Saya juga melantik seorang doktor haiwan untuk merawat dan memantau kesihatan Orang Utan bagi mengelakkan spesies itu pupus. Saya bercadang melepaskan mereka semula ke habitat asal.

Apakah kejayaan syarikat-syarikat Tan Sri mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kepakaran kakitangan?

MUSTAPHA: Saya mempunyai beberapa orang pekerja yang telah bekerja dengan saya lebih 20 tahun. Sebagai contoh terdapat pegawai kanan syarikat yang setia bekerja dengan saya kemudiannya saya jadikan mereka sebagai rakan kongsi saya bagi melaksanakan beberapa projek syarikat. Saya akan bertindak sebagai pelabur sahaja. Sebagai pelabur saya tidak perlu lagi bertungkus-lumus bekerja. Sekiranya projek tersebut berjaya, pekerja terbabit akan mendapat nikmatnya, saya pula akan menjadi lebih kaya, tetapi sekiranya projek tersebut gagal mereka akan hilang peluang, saya pula akan mengalami kerugian, tetapi itulah risiko dalam perniagaan.

Tan Sri juga membuat pelaburan di luar negara, boleh Tan Sri jelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini?

MUSTAPHA: Pada masa ini saya membuat pelaburan di Australia barat. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa saya merupakan pelabur asing terbesar yang membuat pelaburan di Australia dalam bidang resort.

Sebelum ini, saya juga diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk menembusi pasaran di Afrika. Saya dengan sekumpulan pelabur dari Malaysia telah pergi ke Namibia di bawah Pelan Tindakan Pengukuhan untuk membantu melatih penduduk negara itu menjadi pekerja mahir.

Di Namibia saya juga terlibat membangunkan rumah-rumah selepas perang tamat. Satu usaha sama di bawah Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana Menteri telah dilancarkan di mana Kumpulan EMKAY telah memegang 20 peratus saham melalui syarikat konsortium yang ditubuhkan - Malaysian Construction Ventures Overseas Sdn. Bhd., (MCVO) telah melaksanakan dua buah projek kediaman dan infrastruktur di dua negeri di Namibia (Grootfontein dan Ondangwa) bagi menyiapkan 606 rumah kos rendah setingkat dan unit-unit perdagangan bernilai RM25 juta.

Ia merupakan satu tugas berat kerana penglibatan kami di sana membawa imej negara dan lebih-lebih lagi keadaan di Namibia pada waktu itu sangat teruk.