Salam,
Jemput datang ke Blog Baharu saya.. Muslim Kaya Futures Trader di alamat muslimkayafuturestrader.blogspot.com.. Semoga bermanfaat buat semua.
MuslimKaya.com
Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu, katanya, Rasulullah sollallahu'alaihi wassalam bersabda: "Yang disebut 'kaya', bukanlah kaya harta-benda duniawi, tetapi yang dikatakan 'kaya' ialah kaya jiwa." - Hadis Sahih Riwayat Muslim
Wednesday, November 21, 2012
Buat Duit Dengan FCPO!
Assalamualaikum wbt.
Aduh.. Boring sungguh asyik post pasal SCAM nih.. Nak buat macam mana.. Semakin hari semakin banyak Skim Cepat Kaya baru yang muncul.. Kalau tak diberi amaran dan kesedaran makin ramailah yang akan terjebak.. InsyaAllah saya akan teruskan perjuangan ini untuk memastikan orang kita tidak terjebak dalam skim-skim yang merosakkan ini..
Sebagai alternatifnya, saya ingin memperkenalkan anda kepada satu cara mudah untuk buat duit. Ini betul-betul punya dan sah di sisi undang-undang. Kalau betul caranya, pendapatan anda boleh jauh berganda-berganda melebihi pendapatan dalam Skim Cepat Kaya yang ada di pasaran.. Bayangkanlah, hanya dengan modal RM 3,000 sahaja, anda boleh mendapat sehingga RM500 atau lebih dalam satu hari secara konsisten setiap hari! Menarik bukan?
FCPO adalah singkatan bagi Futures Crude Palm Oil iaitu Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah. Instrumen pelaburan ini adalah termasuk dalam kategori Derivatives yang diniagakan secara sah di Bursa Malaysia. Barang dagangan yang diniagakan ialah Minyak Kelapa Sawit Mentah yang ada digunakan dalam pelbagai produk harian kita, daripada sabun mandi sehinggalah ke minyak masak.
Berbeza dengan urusniaga komoditi yang biasa, komoditi yang diniagakan di Pasaran Hadapan tidak dihantar kepada pembeli secara terus. Komoditi tersebut akan dihantar kepada pelanggan pada satu tarikh di masa hadapan misalnya dalam tempoh sebulan, dua bulan atau tiga bulan akan datang daripada tarikh pembelian. Urusniaga sebegini adalah diharuskan syarak bagi barang-barang selain emas dan perak yang tidak boleh bertangguh. Urusniaga ini dipanggil forward contract dan biasa kita gunakan dalam banyak hal. Antara tujuan kita menggunakan kontrak ini ialah untuk memastikan kita mendapat barangan tersebut pada harga yang kita kehendaki pada hari ini.
Namun begitu terdapat sedikit perbezaan antara futures contract dengan forward contract. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:
Bagi satu kontrak FCPO barang dagangan yang diniagakan ialah 25 tan metrik minyak sawit mentah. Initial margin ialah sebanyak RM7,000. Jadi bagaimana kita nak buat untung daripada FCPO ini?
Caranya ialah dengan melakukan urusniaga Open dan Close sebelum tempoh kontrak matang. Contohnya dengan Beli pada harga rendah dan Jual pada harga tinggi (Buy Long). Dan yang menariknya, kita boleh Jual dulu pada harga tinggi dan Beli semula pada harga rendah (Short Sell). Jadi tak kira apa jua keadaan market, kita boleh buat untung! Dengan syarat analisis kita betul dan urusniaga kita betul seperti yg kita analisis.
Namun begitu sekiranya kita telah Beli 1 kontrak (1 lot) FCPO dan simpan sehingga tarikh matang, maka kita terpaksa membayar harga penuh (harga 1 kontrak x 25 tan) dan menerima produk fizikal. Atau sekiranya kita tidak mampu maka kita akan dipaksa untuk jual semula kontrak tersebut dan menanggung kerugian atau menerima keuntungan. Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku, biasanya kita akan berurusniaga bagi kontrak FCPO bulan ketiga yang masih lambat lagi tempoh matangnya.
Berapa kali kita boleh berurusniaga? Terpulang pada anda.. Anda boleh berurusniaga beberapa banyak kali dalam sehari, atau berurusniaga sekali sehari atau seminggu, atau berurusniaga sebulan sekali atau beli dan simpan sahaja. Sekiranya anda hanya ingin melabur dalam sehari (intraday) margin yang diperlukan hanya RM3,000 untuk 1 lot. Tapi jika anda ingin simpan dua tiga hari atau lebih, maka marginnya ialah RM7,000 untuk 1 lot.
Berapakah keuntungan yang boleh kita perolehi? Sebenarnya jika kena caranya, kita boleh mendapat keuntungan berganda-ganda. Ini kerana sekiranya untung RM1 (1 point) harga kontrak FCPO, setiap tan metrik minyak sawit mentah di dalam kontrak tersebut akan untung RM1. Ini bermakna untung 1 point harga kontrak, kita akan mendapat untung RM25. Inilah yang dipanggil Leverage. Dan harga kontrak FCPO boleh berubah-ubah dalam range 20 point dalam masa satu hari. Jika untung nasib dan ada trend, harga boleh cecah sampai 40 point. Bayangkan jika betul analisis kita dan kita masuk tepat pada masanya, sehari kita boleh dapat rm500 - rm1000 untuk 1 lot sahaja.
Namun begitu, apa-apa pun pelaburan yang hendak kita ceburi perkara pertama yang perlu kita invest ialah ILMU. Kerana dalam medan FCPO ini ramai yang berjaya buat duit, dan ramai juga yang telah kecundang. FCPO diakui oleh otai-otai futures antara market yang paling volatile di dunia selepas Minyak Mentah dan Emas. Oleh itu ilmu memang wajib ada. Ilmu yang paling penting adalah Technical Analysis, Psychology of Trading (cara kawal emosi) dan Money Management. 3 bidang ini perlu kita kuasai untuk menjadi seorang Trader FCPO yang berjaya. Kalau anda malas nak belajar rajin-rajin 3 subjek ini, maka FCPO bukanlah perniagaan yang sesuai untuk anda. Lebih baik anda terus makan gaji, kerja part time atau berniaga secara kecil-kecilan. Ia lebih selamat daripada menanggung risiko kerugian yang besar, kerana kalau untung 1 point RM25, rugi 1 point pun RM25 juga.
Akhir kata, bolehlah difikirkan alternatif urusniaga FCPO ini yang jauh lebih baik berbanding Skim Cepat Kaya. Kalau rugi pun puas hati sebab kita tahu sebab apa kita rugi dan kita boleh control kerugian kita. Wassalam.

Spesifikasi Produk FCPO boleh dilihat di laman web Bursa Malaysia |

- Barang dagangan yang diurusniagakan telah ditentukan spesifikasinya dari segi kuantiti dan kualitinya
- Urusniaga hanya boleh dilakukan melalui Exchange atau Bursa
- Perlu meletakkan pembayaran awal ataupun deposit untuk melakukan urusniaga. Duit yang perlu disediakan ini dipanggil initial margin
- Pembayaran penuh hanya akan dilakukan apabila tempoh kontrak telah matang dan sebelum produk fizikal dihantar kepada pembeli
Bagi satu kontrak FCPO barang dagangan yang diniagakan ialah 25 tan metrik minyak sawit mentah. Initial margin ialah sebanyak RM7,000. Jadi bagaimana kita nak buat untung daripada FCPO ini?
Caranya ialah dengan melakukan urusniaga Open dan Close sebelum tempoh kontrak matang. Contohnya dengan Beli pada harga rendah dan Jual pada harga tinggi (Buy Long). Dan yang menariknya, kita boleh Jual dulu pada harga tinggi dan Beli semula pada harga rendah (Short Sell). Jadi tak kira apa jua keadaan market, kita boleh buat untung! Dengan syarat analisis kita betul dan urusniaga kita betul seperti yg kita analisis.
Namun begitu sekiranya kita telah Beli 1 kontrak (1 lot) FCPO dan simpan sehingga tarikh matang, maka kita terpaksa membayar harga penuh (harga 1 kontrak x 25 tan) dan menerima produk fizikal. Atau sekiranya kita tidak mampu maka kita akan dipaksa untuk jual semula kontrak tersebut dan menanggung kerugian atau menerima keuntungan. Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku, biasanya kita akan berurusniaga bagi kontrak FCPO bulan ketiga yang masih lambat lagi tempoh matangnya.
Kontrak FCPO yang diniagakan di Bursa Malaysia |
Berapa kali kita boleh berurusniaga? Terpulang pada anda.. Anda boleh berurusniaga beberapa banyak kali dalam sehari, atau berurusniaga sekali sehari atau seminggu, atau berurusniaga sebulan sekali atau beli dan simpan sahaja. Sekiranya anda hanya ingin melabur dalam sehari (intraday) margin yang diperlukan hanya RM3,000 untuk 1 lot. Tapi jika anda ingin simpan dua tiga hari atau lebih, maka marginnya ialah RM7,000 untuk 1 lot.
Berapakah keuntungan yang boleh kita perolehi? Sebenarnya jika kena caranya, kita boleh mendapat keuntungan berganda-ganda. Ini kerana sekiranya untung RM1 (1 point) harga kontrak FCPO, setiap tan metrik minyak sawit mentah di dalam kontrak tersebut akan untung RM1. Ini bermakna untung 1 point harga kontrak, kita akan mendapat untung RM25. Inilah yang dipanggil Leverage. Dan harga kontrak FCPO boleh berubah-ubah dalam range 20 point dalam masa satu hari. Jika untung nasib dan ada trend, harga boleh cecah sampai 40 point. Bayangkan jika betul analisis kita dan kita masuk tepat pada masanya, sehari kita boleh dapat rm500 - rm1000 untuk 1 lot sahaja.
Contoh trade. Short 20 point dan Long 20 point. Total 40 point (RM1000) untung dalam masa sejam lebih sahaja! |
Namun begitu, apa-apa pun pelaburan yang hendak kita ceburi perkara pertama yang perlu kita invest ialah ILMU. Kerana dalam medan FCPO ini ramai yang berjaya buat duit, dan ramai juga yang telah kecundang. FCPO diakui oleh otai-otai futures antara market yang paling volatile di dunia selepas Minyak Mentah dan Emas. Oleh itu ilmu memang wajib ada. Ilmu yang paling penting adalah Technical Analysis, Psychology of Trading (cara kawal emosi) dan Money Management. 3 bidang ini perlu kita kuasai untuk menjadi seorang Trader FCPO yang berjaya. Kalau anda malas nak belajar rajin-rajin 3 subjek ini, maka FCPO bukanlah perniagaan yang sesuai untuk anda. Lebih baik anda terus makan gaji, kerja part time atau berniaga secara kecil-kecilan. Ia lebih selamat daripada menanggung risiko kerugian yang besar, kerana kalau untung 1 point RM25, rugi 1 point pun RM25 juga.
Akhir kata, bolehlah difikirkan alternatif urusniaga FCPO ini yang jauh lebih baik berbanding Skim Cepat Kaya. Kalau rugi pun puas hati sebab kita tahu sebab apa kita rugi dan kita boleh control kerugian kita. Wassalam.
Tuesday, November 20, 2012
MyRightAd.com Kemungkinan Besar SCAM!!
Assalamualaikum wbt.
Tak serik-serik puak-puak nih. Mudah sangat terpedaya dengan Skim Cepat Kaya.
Habis je tamat riwayat WorldShoppersLink, muncul pula satu lagi laman web yang baharu iaitu MyRightAd.com. Kelihatan modus operandinya hampir sama dengan WSL. Masukkan duit untuk beli pakej pengiklanan dan anda akan dapat duit secara mingguan berdasarkan pakej yang anda beli dengan cara klik iklan. Pakej paling rendah berharga $100 dan mingguan anda akan dapat $6. Jika anda beli pakej yang paling mahal iaitu $2000 anda akan dapat mingguan $200. Dalam masa 10 minggu sahaja anda akan balik modal! Wah! Menariknyaaaaa!
Tapi tunggu dulu.. Jangan laburkan duit anda terlebih dahulu, kerana terdapat beberapa perkara yang meragukan dan kemungkinan besar MyRightAd.com adalah SCAM!!

Laman Web MyRightAd |

Majoriti pelawatnya ialah Malaysia! |
- Bisnes yang begitu global dan gempak seperti ini tapi tiada alamat dan no. telefon di laman web mereka? Macam mana saya nak call dan semak akaun saya jika saya tiada talian internet? Macam mana saya nak dapatkan balik duit saya kalau saya tak dapat akses laman web MyRightAd.com?
- Syarikat bisnes online semestinya memerlukan traffic yang tinggi untuk memastikan bisnesnya berjaya. Traffic yang tinggi boleh diterjemahkan melalui Google Page Rank dan Alexa.com. Walaupun di Alexa.com ranking yang diperolehi oleh MyRightAd.com adalah agak tinggi, tapi Google Page Rank bagi website ini adalah 0/10. Ini adalah satu perkara yang boleh dipertikaikan bagi sebuah syarikat pengiklanan!
- Jika saya adalah sebuah syarikat besar yang ingin mengiklankan produk saya, saya akan memilih website-website yang mempunyai traffic yang sangat tinggi setiap hari kerana kandungannya yang menarik bagi memastikan keberkesanan iklan saya. Contohnya Facebook, Google dan Youtube yang mempunyai traffic yang sangat tinggi dan saya boleh mensasarkan produk saya kepada orang yang tepat melalui kecenderungan mereka terhadap perkara yang mereka minati. Kenapa saya ingin mengiklankan produk saya di dalam laman web pengiklanan yang tidak ramai pelawat kerana kandungannya hanyalah iklan sahaja dan tidak menarik langsung? Siapa yang nak tengok iklan-iklan tersebut melainkan hanya para pengiklan sahaja?
- Jika saya adalah sebuah syarikat pengiklanan, saya sepatutnya menerima bayaran daripada client saya iaitu syarikat yang hendak mengiklankan produknya di dalam website saya. Kenapa pula saya nak terima bayaran daripada para pengunjung website saya yang nak melihat iklan-iklan yang dipaparkan? Suratkhabar MalayMail dan TheSun di Malaysia boleh memberikan suratkhabarnya secara percuma kerana menerima bayaran daripada syarikat yang mengiklankan produknya. Begitu juga siaran TV3, NTV7 dll. yang tidak menyuruh kita membayar apa-apa untuk menonton siaran. Semua pendapatannya hasil daripada menjual slot-slot iklan kepada syarikat yang hendak mengiklankan produk.
- Jika saya adalah sebuah syarikat pengiklanan, saya sepatutnya membuka paparan iklan-iklan tersebut kepada seramai mungkin pengunjung website saya bagi memastikan keberkesanan iklan. Kenapa bila pengunjung yang belum berdaftar melawat website ini tiada iklan yang ditayangkan dan hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh masuk dan lihat iklan-iklan tersebut? Bukankah ini menghadkan kuasa keberkesanan pengiklanan tersebut?
- Dan akhir sekali hujah yang sama seperti WSL, kadar bayaran bagi setiap klik yang sangat tinggi adalah satu perkara yang mencurigakan. Sudahlah keberkesanan iklan dipertikaikan, traffic rendah, macam mana kadar bayaran bagi setiap klik pula boleh mengatasi Google Adsense dan Facebook Ads?
Kalau kita bongkar lagi, pasti kita akan temui banyak lagi kesangsian dan kecurigaan dalam website tersebut. Tapi cukuplah setakat ini untuk kita sama-sama berfikir dan hindari segala bentuk Skim Cepat Kaya. Ingat, walaupun kita mungkin mendapat keuntungan daripada skim seperti ini, tapi hukumnya adalah HARAM disebabkan ia adalah skim cepat kaya yang tidak mempunyai urusniaga yang jelas dan meragukan. Biarlah kita beroleh kekayaan dengan cara yang lambat dan bertahun-tahun tapi berkat. Wallahualam.
Friday, October 19, 2012
WorldShoppersLink (WSL) Kemungkinan Besar SCAM!
Salam
Ada yang bertanya saya, adakah WorldShoppersLink satu bentuk SCAM? WorldShoppersLink (WSL) mempunyai kebarangkalian yang tinggi adalah sebuah SCAM. Antara hujah saya ialah,
Wallahualam.
www.worldshopperslink.com |
- Syarikat bisnes internet memerlukan volume traffic yang tinggi untuk memastikan bisnesnya berjaya. Traffic yang tinggi akan menjana keuntungan daripada pengiklanan yang tinggi. Traffic yang tinggi boleh diterjemah daripada Google Page Rank atau Alexa. Namun ternyata PageRank WSL hanya 0/10 yang mana blog saya lebih baik iaitu 1/10. Manakala Alexa pula menunjukkan WSL yg sepatutnya bisnes global mempunyai ranking ke 224 di Malaysia which is not bad, tapi rank yang ke 200,000 di India dan ke 400,000 di US. Bandingkan dengan Zalora.com.my yang merupakan website online shopping market Malaysia tapi ranking di India 100,000 dan US 200,000. Belum lagi dibandingkan dengan Amazon.com dan Ebay.com.
- Kedua, kadar bayaran bagi satu klik per iklan bagi WSL adalah sangat tinggi berbanding Google Adsense dan Facebook Ads yang dikunjungi berjuta-juta pelawat sehari tetapi kadar iklannya sangat murah iaitu hanya beberapa cents per click. Manakala kadar bayaran bagi WSL pula mencecah 10$ untuk satu klik iklan. Tak masuk akal bukan?
- Ketiga, orang memasuki WSL bukan untuk membeli tapi hanya untuk buat duit. Lebih baik beli di Amazon.com, Ebay.com, Alibaba.com yang lebih murah dan kredibiliti tinggi. Jadi diyakini bahawa duit untung yang diberikan kepada peserta ialah hasil bayaran daripada peserta baru.
Wallahualam.
VGMC Kemungkinan Besar SCAM!
Salam,
Berikut adalah beberapa hujah baru saya mengenai VGMC.
VGMC mempunyai kebarangkalian yang tinggi adalah sebuah SCAM. Antara hujah saya ialah,

- Biasanya IPO sesebuah syarikat tidak memerlukan masa yang lama sehingga bertahun-tahun untuk disenaraikan. Paling lama pun hanya setahun. Ini kerana rugilah dia jika tunggu lama-lama, kerana pasti ramai pelabur di luar sana yang tak sabar nak beli saham IPO. Bila ramai pembeli saham IPO maka syarikat akan ada dana yang sangat besar untuk mengembangkan syarikat. Lagi lama tunggu, lagi rugi. Satu lagi, jika betul hendak disenaraikan ia sepatutnya telah diwarwarkan di Stock Exchange yang berkaitan.
- Kedua, dividen yang terlampau tinggi yang diberikan oleh VGMC adalah satu perkara yang tidak logik. Syarikat yang paling untung di dunia pun hanya bagi dividen sekitar 10% - 15% sahaja SETAHUN! Itu pun dah dianggap sangat tinggi dan jarang berlaku. Biasanya keuntungan saham yang banyak ialah pada kenaikan harganya bukan pada dividennya.
- Ketiga, VGMC sudah mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhan kerana gagal membayar dividen. Kalau modus operandinya ialah dengan menggunakan duit peserta baru untuk membayar dividen peserta lama, maka syarikat akan gagal sekiranya peserta baru semakin kurang. So akibatnya syarikat akan gulung tikar.
Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)