Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Instrumen Pelaburan Siri 1: Asas Pelaburan

Salam,

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai beberapa instrumen pelaburan yang boleh kita gunakan untuk mencapai matlamat kewangan kita. Namun sebelum itu, sudah tentu kita perlu memahami apakah asas-asas pelaburan itu terlebih dahulu.

Begin With The End In Mind

"Macam pernah ku dengar tapi di mana ya?". Hehe. Ya, frasa yang saya quote ini diperolehi daripada buku 7 Habits of Highly Effective People. Seperti mana yang pernah saya tulis satu ketika dulu di sini, kita perlu mempunyai matlamat pelaburan yang jelas. Apakah yang kita inginkan daripada pelan pelaburan yang kita rancangkan?

Antara contoh matlamat yang jelas lagi nyata ialah seperti berikut:

Tuesday, May 24, 2011

Berharta Mewah Tak Semestinya Kaya!

Salam,

InsyaAllah saya ingin berkongsi satu lagi wisdom (kebijaksanaan) perancangan kewangan yang perlu dihadam oleh semua orang yang ingin bebas kewangan dan ingin jadi kaya. Ramai pakar perancangan kewangan pernah menyampaikannya dan saya pasti mungkin ada di antara anda yang pernah mendengarnya.

Gaya Hidup Orang 'Kaya'

Sahabat-sahabat sekalian,

Kita sering melihat di sekeliling kita harta-harta mewah yang diperagakan oleh mereka yang dianggap 'kaya' ini. Kita melihat mereka memakai kereta-kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Audi, Porsche atau mungkin yang lebih ganas lagi seperti Ferrari, Lamborghini dan Bentley. Golongan ini juga kelihatan tinggal di rumah-rumah yang besar seperti paling kurang rumah semi-D, banglo, ataupun apartment-apartment yang gah di kawasan kediaman elit seperti berhampiran KLCC, Damansara, Bangsar dan lain-lain lagi.

Ferrari
Kalau kita masuk pula ke dalam rumah mereka, kita akan dapati perabot-perabot yang mahal-mahal dan peralatan elektrik yang canggih dan terkini. Contohnya set TV mestilah yang terkini, bersaiz sebesar meja, nipis macam handphone dan mesti pakai cermin mata. Kalau tidak, tak dapat feel macam mana rasanya dalam 3D.

Mereka ini juga, sering kita lihat berpakaian yang mewah-mewah dengan jenama yang terkenal dan fesyen yang terkini. Ada yang kita tidak pernah dengar pun namanya. Nak bertanya segan takut orang kata ketinggalan zaman. Tak mainlah jenama cikai-cikai ataupun baju-baju biasa saja. Yang penting ori! Di badan mereka juga tidak ketinggalan gajet-gajet terkini seperti Ipad 2 dan Iphone 4. Dengan bluetooth di telinga. Bercakap pun dah macam orang gila sebab bercakap sorang-sorang. Ingatkan kita yang ditegurnya beri salam, sekali orang lain daaa.. hehe


Ipad 2

Tidak Mahu Ketinggalan

Lalu kita yang kerja makan gaji tak seberapa ni pun tidak mahu ketinggalan untuk jadi seperti mereka. Walaupun tidak mampu untuk membeli kereta yang semahal Mercedes atau BMW, jadilah dengan membeli Proton Inspira 2.0 CVT baru. Untuk kelihatan lebih sporty supaya setanding dengan kereta Polis Peronda Lebuhraya, maka kita pun convert body kit kepada Mitsubishi Lancer EVO 10. Rim sukan @ Sport Rim ditukar supaya kelihatan lebih garang. Begitu juga dengan ekzos supaya lebih masyuk bunyinya. Jadilah walaupun prestasi masih sama. Janji orang tak perasan yang kereta kita tu sebenarnya Proton Inspira. Hehe.

PDRM Peronda Lebuhraya Mitsubishi EVO X

 Begitu juga dengan rumah. Kita juga tidak mahu kalah kepada orang lain. Paling kurang kena rumah bertanah teres 2 tingkat. Kalau boleh nak lot tepi atau lot korner. Lepas tu perabot kat dalam rumah nak kena yang nampak kelas. Decoration pun sama. Minimalist design bak kata Eric. Huhu.. Set TV pula walaupun tak pakai spek kalau boleh nak nipis. Siap dengan Astro Beyond HD supaya boleh nampak jerawat artis-artis tu.

TV HD 3D Nipis
Begitu juga dengan pakaian. Nak beli yang ori tidak mampu rasanya sebab satu set seluar, baju dan kasut sahaja sudah melebihi separuh gaji. Dapat yang tak ori pun jadilah janji jenama sama. Ada jugak yang carik di kedai-kedai bundle so nanti bila orang tanya bolehlah jawab ori. Ataupun bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang, pasti tidak melepaskan mata untuk melihat iklan-iklan bunting di kawasan-kawasan seperti PJ dan Shah Alam untuk melihat kalau-kalau ada Warehouse Sale jenama-jenama pakaian dan kasut terkenal. Mana boleh lepaskan peluang ni.. Ori tu beb..

Bvlgari Petaling Street Gred AAA

Tidak ketinggalan dengan gajet-gajet hangat di pasaran. Kita yang tak mampu nak pakai Ipad 2 cukuplah kalau ada Samsung Galaxy Tab, tak pun paling kurang CSL Tab jer.. Hehe. Kalau fully utilize takpe jugak, tapi biasanya setakat untuk main game jer. Hehe. Yang penting kita tidak terkalahkan dengan orang-orang 'kaya' yang di atas tadi tu. Kalau orang kutuk Samsung Galaxy Tab kita sebab pakai Android, kita pun backing habis-habisan dengan pelbagai hujah yang bernas lagi kukuh. Bermacam-macam alasan diberikan kenapa kita tak pakai Ipad.

Hakikat Yang Pahit

Sahabat-sahabat yang dikasihi

Tentu anda pernah dengar semua ni dan boleh mengakuinya. Walaupun mungkin anda tidak begitu, tapi tentu anda pernah lihat kawan-kawan anda ataupun saudara-saudara anda yang seperti itu. Betul tak?

Sesungguhnya, walaupun semua perhiasan duniawi ini kelihatan manis pada mata kasar kita, namun hakikat yang tersembunyi di belakangnya seringkali kita endahkan kerana ianya agak pahit untuk ditelan. Itulah hakikat yang semua orang tahu tapi tak mahu dijadikan bahan bualan ataupun perbincangan kerana ia bakal merosakkan semua mood mewah yang dikecapi. Bak kata orang muda potong stim la lu ni..

Itulah hakikat yang tersembunyi di sebalik semua kemanisan duniawi ini iaitu HUTANG. Nampak manis di luar, tapi bila dapat gaji hujung bulan sering kali kita menelan air liur pahit apabila sejurus sahaja gaji masuk terus tinggal tak sampai 20% bagi yang bernasib baik. Ada kes-kes yang lebih malang, sejurus sahaja gaji masuk, yang tinggal tidak sampai RM100 untuk belanja makan, minyak, tol, dan belanja anak bini selama sebulan.

Sedarkah anda persamaan antara kita (middle and low class) dengan orang 'kaya' yang disebutkan di atas adalah sama iaitu HUTANG di sebalik semua harta mewah tersebut. Mungkin tidak semua orang 'kaya' itu berhutang kerana mungkin ada yang memang jutawan dan beli kereta Ferrari secara tunai. Tapi boleh dikatakan kebanyakannya berhutang. Jadi apa gunanya harta mewah yang banyak tetapi hutang keliling pinggang? Apa gunanya harta mewah yang manis tapi setiap bulan hanya cukup-cukup makan?

Berharta Tidak Semestinya Kaya

Sahabat-sahabat yang dikasihi

Tiada guna berharta mewah sekiranya perbelanjaan kita melebihi pendapatan kita setiap bulan. Cashflow kita sentiasa berada di posisi negatif. Contoh mudah gaji kita RM 4,000 sebulan tapi perbelanjaan kita RM 5,000 sebulan. Sama juga dengan orang 'kaya' yang pakai Mercedes dan BMW, gaji mereka mungkin RM 60,000 sebulan tapi perbelanjaan RM 70,000 sebulan.

Sesungguhnya kaya itu bukan pada harta yang mewah. Kaya itu ialah apabila pendapatan kita jauh lebih banyak mengatasi perbelanjaan kita. Jadi mari sama-sama semak semula diri kita. Sekiranya anda mempunyai gaji RM 4,000 sebulan tetapi hanya berbelanja RM 2,000 sebulan, maka anda boleh dikategorikan orang yang belum lagi kaya tetapi insyaAllah berpotensi untuk kaya. Begitu juga sekiranya anda bergaji RM 60,000 sebulan tetapi hanya berbelanja RM 30,000 sebulan maka anda juga berpotensi untuk menjadi kaya.

Sebab apa saya katakan bergaji RM 60,000 dengan baki RM 30,000 belum lagi kaya? Sebab kaya itu lebih besar maksudnya. Mungkin kita boleh bincangkan di dalam topik lain berkenaan dengan kaya yang sebenar. Sebagai preview mungkin anda boleh baca ini.

Pilihan Di Tangan Kita

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, kita punya pilihan untuk hidup sama ada dengan berhutang atau bebas hutang. Cashflow negatif setiap bulan atau positif. Biar papa asal bergaya, atau biar selesa asalkan kaya. Hidup dalam keperluan atau hidup dalam kemahuan.

Bukankah lebih bahagia sekiranya kita berbelanja dengan mengukur baju di badan sendiri. Dengan rumah yang sederhana sesuai dengan kemampuan tetapi selesa. Dengan kereta yang cukup sekadar kegunaan untuk pergi balik kerja, selamat, selesa untuk keluarga dan boleh membawa kita sampai ke destinasi yang hendak dituju. Dengan pakaian yang selesa dan tidak menjolok mata dan gajet-gajet yang memang kita fully utilize berbanding gajet-gajet yang kita under utilized.

Bersederhana tanpa hutang itu adalah lebih baik daripada berlebih-lebihan dalam keadaan berhutang. 

Sesungguhnya orang yang merasakan dirinya berharga tidak memerlukan barangan mahal di sekeliling mereka. Orang yang memerlukan barangan mahal di sekeliling mereka adalah mereka yang merasakan diri mereka belum sempurna dan belum cukup berharga lagi. 


Iktibar Daripada Jutawan 


Siapa yang tak kenal dengan pakcik saya ini, iaitu Warren Buffet. Hehe. Beliau adalah antara orang yang terkaya di dunia. Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan beliau. Walaupun kita memiliki rumah banglo paling mewah di KL, atau kereta Ferrari bersusun-susun di rumah, kita tetap tidak akan dapat menandingi kekayaan beliau yang bernilai berpuluh-puluh billion USD. Mari kita lihat macam mana bentuk rumah beliau dan kereta beliau.

Rumah yang dibeli dengan harga $31,500 pada tahun 1958 dan kereta yang agak biasa
 Begitu juga dengan tokoh muda yang tersohor yang juga billionaire. Beliau ialah Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook.


Dengan nilai bersih beliau iaitu USD 13 billion beliau juga menjalani kehidupan yang serba sederhana. Berikut ialah rumah dan kereta beliau.

Rumah yang sederhana dengan kereta buatan Jepun
Akhir kata daripada saya ukurlah baju di badan sendiri. Hiduplah seperti mana mereka yang terkaya di dunia. :)

Wassalam.

Credit Gambar: amazon.com, forbes.com, paultan.org

Saturday, November 27, 2010

Kos Perubatan Hospital Swasta Mahal: 1 Penyelesaian

Salam,

Sejak akhir-akhir ini, sering dipaparkan di dada-dada akhbar tempatan berkenaan kos perubatan dan caj rawatan hospital swasta yang dianggap sangat tinggi, melampau mahal, tidak munasabah dan lain-lain istilah yang sewaktu dengannya. Mengapa kecoh-kecoh begini? Apa puncanya? Mari kita selami rentetan peristiwa ini dan mencari jalan penyelesaiannya.

AKPK

Semuanya bermula bila Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengeluarkan satu laporan kaji selidik mengenai apakah punca utama masalah kewangan (baca: hutang keliling pinggang) yang melanda orang ramai pada masa sekarang (peserta kaji selidik adalah mereka yang mendapatkan nasihat AKPK). Laporan tersebut mendapati faktor-faktor yang cliche seperti tak pandai mengurus wang dan penggunaan kad kredit yang melampau sudah tidak lagi relevan kerana ada lagi faktor utama yang lebih hebat! Ia adalah perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Hasil Laporan AKPK

Suara Orang Ramai


Maka surat khabar dengan kemahiran para wartawan mereka dalam mencari cerita-cerita sensasi pun mula berkejar ke sana ke mari meminta pendapat orang ramai dan menemui "mangsa-mangsa" hospital swasta tersebut. Maka terdapat komen-komen dan kisah-kisah malang mereka ditayangkan di muka depan akhbar membayangkan kebenaran hasil laporan AKPK tersebut. Ada yang memberikan komen hospital swasta sememangnya menjadi pilihan utama untuk mendapatkan rawatan kerana kualiti yang diberikan. Antara lain cerita-cerita malang tersebut contohnya seperti di bawah ni:

Lapan tahun tanggung hutang 

Oleh Shaarani Ismail

2010/11/24

KUALA LUMPUR: Seorang pelanggan sebuah hospital swasta di ibu negara yang pernah menerima rawatan jantung mendakwa kos perubatan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah mengakibatkan beliau terpaksa menanggung hutang hingga hari ini walaupun sudah lapan tahun rawatan berakhir. 

EKSKLUSIF: Doktor kena caj mahal
Oleh Syed Azwan Syed Ali

2010/11/25

Pengamal perubatan terkejut bil dikenakan hospital swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Seorang doktor yang berpengalaman 25 tahun mendakwa turut menjadi mangsa caj tinggi dan tidak munasabah sebuah hospital swasta di ibu negara, selain meminta bayaran tambahan ketika disorong ke bilik Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

 Kerajaan Meloncat

Biasalah, bila kuar berita kes-kes macam ni mulalah mereka meloncat dan memberikan pelbagai reaksi. Kenapa selalu jadi macam ni. Benda dah jadi baru nak meloncat. Mungkin mereka (baca: ahli politik) terlepas pandang, memandangkan mereka kaya dan tak rasa caj hospital swasta mahal bagi mereka. Huhu.. Adakah ini wakil rakyat yang dikatakan mewakili rakyat marhaen? Well anda fikir sendiri.

Kerajaan pun mula mencadangkan agar dikaji semula harga caj rawatan di hospital swasta. Periksa ubat dan rawatan yang mereka berikan adakah betul-betul berkesan untuk merawat penyakit. What the hell man! Sudah tentulah hospital-hospital swasta (baca: Pakar) ini mempunyai keberkesanan yang lebih baik berbanding hospital kerajaan. Ini kerana doktor-doktor di sini sememangnya pakar dalam bidang masing-masing, malah lebih pakar daripada hospital kerajaan. Tak mungkin rawatan mereka tak betul!

Saya tidak memihak kepada hospital swasta tetapi bagi saya kenyataan kerajaan tersebut bukan yang sepatutnya. Sepatutnya mereka mencari jalan penyelesaian yang berkesan bukan dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Ulasan

Bagi saya adalah tidak pelik sekiranya caj di hospital swasta tinggi. Antara sebab utamanya adalah:
  1. Bayar gaji pakar yang hebat-hebat. Kalau anda mahu, anda boleh mintak pakar bergelar Datuk untuk sambut baby masa bersalin. Hebat tak?
  2. Peralatan perubatan yang high class dan berkualiti disediakan. Bayangkan peralatan-peralatan bernama MRI, CT Scan, X-Ray, Lab dll nama yang biasa kita dengar masa tengok House. Beli satu hal. Nak menten satu hal pulak. 
  3. Infrastruktur dan bangunan yang high class dan selesa perlu disediakan untuk pesakit-pesakit supaya lagi cepat sembuh. Kalau anda sakit dan perlu duduk wad, mana satukah pilihan anda? Duduk sorang-sorang ditemani orang tersayang atau duduk beramai-ramai secara berjemaah ditemani orang-orang yang sakit lebih kurang atau lebih teruk dari anda? Mana lagi cepat sembuh? Anda boleh tentukan.
Dan lain-lain sebab yang boleh difikirkan bagi mereka yang ada idea bisnes.  Oleh itu tidak mustahil caj mereka tinggi. Dan caj-caj ini berkadar langsung dengan kepesatan teknologi perubatan. Makin bertambah canggih ubat-ubatan dan teknologi baru pembedahan, sudah tentu kos makin meningkat. Teknologi tak boleh disekat. 

Anda tak boleh nak bandingkan dengan hospital kerajaan dalam perkara ni. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk provide perkhidmatan perubatan secara PERCUMA (baca: murah) kepada rakyat marhaen. Sebab itu hospital kerajaan murah. Dalam hal ini kita perlu berpegang kepada konsep You get what you pay for.. You pay more for more.. Kalau anda mahu layanan yang lebih baik, cepat dan berkualiti, takde masalah, bisa diatur, janji anda bersedia untuk keluar duit lebih. Itu sahaja.

Jalan Penyelesaian

Kerajaan Malaysia

Sekiranya anda kerajaan Malaysia pada saat ini, memang anda perlu lakukan sesuatu. Iaitu keluarkan sedikit duit untuk subsidise kos-kos rawatan tersebut. Bayar a portion of them every year kepada medical operators yang ada. Apa? Tak mampu? Oh tak mampu ke.. Nak buat kelab malam dan pusat maksiat di seluruh Malaysia mampu pula ye? Nak buat bangunan-bangunan baru dan infrastruktur yang canggih manggih atas nama "pembangunan" yang tak tahu siapa nak duduk mampu pula ya? Habis ke mana pergi hasil pendapatan negara selama ni? Sering tak cukup je ni? Tak berkat ke? Huhuhu.

Oklah kalau tak mampu sangat, silalah berikan sedikit dana kepada badan-badan charity secara tetap setiap tahun yang boleh menjadi tempat sumber kewangan kepada rakyat marhaen yang memerlukan rawatan di hospital swasta, terutamanya yang sangat-sangat memerlukan (baca: kalau tak dapat rawatan segera boleh mati). Tunjukkanlah sedikit anda punya kesungguhan dalam mengatasi masalah ini. Fikirkan jalan keluar yang praktikal dan berkesan. Jangan cakap saja dan kemudian senyap tanpa berita.

Rakyat Marhaen @ Individu

Di sini pentingnya pengurusan kewangan efektif. Rukun Pengurusan Kewangan perlu dirujuk kembali. Anda perlu cek balik, anda dah buat belum rukun-rukun tersebut. Apakah dia?

Yang pertama, simpanan peribadi dan kecemasan. Masa ni lah nak gunakan simpanan yang ada. Simpanan sebanyak minimum 10% setiap bulan yang kita telah disiplin buat sejak beberapa tahun yang lalu. Tak perlulah sayang sangat duit tu. Mana lagi penting, kesihatan atau duit? Kena ingat, Duit boleh dicari, kesihatan tubuh badan tiada ganti!

So guna je duit tu, sebab memang duit tu untuk kecemasan pun. Target simpanan yang perlu ada sekurangnya-kurangnya 6 bulan @ 12 bulan pendapatan kita. Ini untuk memastikan walaupun sumber kewangan kita hilang (baca: kena buang kerja, VSS, lumpuh. etc) kita masih ada masa untuk cari peluang baru. Takde lah kita merempat tak tentu hala. Tapi dengan ini sahaja belum tentu cukup untuk tampung kos perubatan di hospital swasta.

Yang kedua, perlindungan insurans @ takaful. Ingat ye adik-adik.. ini adalah RUKUN! Rukun tak boleh ditinggalkan. Sama macam rukun Islam, Iman dan rukun Negara. Tinggal satu habislah anda! Saya sangat sedih ada sesetengah orang yang anggap benda ni tak penting. Nanti anda kena baru anda tau penting tak penting.

So, dalam kes ini, lindungi diri anda secara komprehensif. Ini bermaksud, anda lindungi diri dengan Life Insurance/ Takaful + Medical Insurance/ Takaful. Kenapa kena ada dua-dua, sebab fungsi mereka masing-masing berlainan. Life Insurance/ Takaful untuk beri perlindungan bila kita mati, eksiden, lumpuh, cacat kekal, hilang sumber pendapatan dll. Medical Insurance/ Takaful pula untuk bayar bil-bil rawatan hospital di hospital swasta yang dikatakan mahal sangat tu. So memang kena ada dua-dua.

Takaful Health daripada Prudential boleh cover kos perubatan hospital swasta. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

So anda tak perlu risau dah lagi dengan caj hospital yang tinggi! Anda kini bebas kerisauan! Bil hospital berharga RM40,000 senang-senang je insuran cover. Silap-silap anda tak perlu guna langsung simpanan anda tu. Boleh guna untuk mulakan bisnes kecil-kecilan kalau katakan dah tak boleh kerja akibat penyakit.

Cerita bab penyakit, jalan penyelesaian terakhir yang penting di pihak kita ialah beringat sebelum kena. Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati. So sentiasa jaga kesihatan anda! Makan minum kena jaga. Senaman kena selalu buat. Tinggalkan segala tabiat tak elok anda yang meningkatkan risiko penyakit kritikal seperti merokok, minum arak, hisap syabu ganja, berzina dan sebagainya. InsyaAllah jangan kata hospital swasta, hospital kerajaan pun silap2 anda tak pernah jejak kaki! Hehe

So gud luck kepada semua!

InsyaAllah jalan penyelesaian pasti ada untuk semua masalah. Terpulang kepada kita untuk berfikir dan mencari.

Sekian wassalam.

Friday, November 26, 2010

ASB Haram? Satu Perbincangan..

Cam haram!

Salam,

Walaupun isu ini sudah agak lapuk, namun begitu saya suka untuk membangkitkannya semula memandangkan ASB tetap menjadi kegemaran ramai kerana statusnya untuk Bumiputera (baca: Melayu). Juga kerana saya belum pernah mengulas berkenaan hal ini lagi.

Saya berharap agar semua pihak dapat berlapang dada kerana ini adalah satu perbincangan secara ilmiah. Anda boleh terima mana-mana pendapat yang anda rasa sesuai dengan citarasa tekak anda, kerana ia adalah ijtihad. Cuma kalau anda rasa was-was dengan salah satu pendapat, lebih baik tinggalkan. Pilihlah pendapat yang anda paling yakini.

“Diriwayatkan dari ‘Amr bin al-’Ash, bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang hakim memutuskan perkara lalu ia melakukan ijtihad, kemudian ijtihadnya benar, maka ia memperoleh dua pahala (pahala ijtihad dan pahala kebenarannya). Jika hakim memutuskan suatu perkara lalu berijtihad dan hasilnya salah, maka baginya satu pahala (pahala ijtihadnya) (Musnad Ahmad bin Hanbal, 17148)

Fatwa Ulamak

Fatwa 1
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Anda boleh chek di sini.. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

Apakah hujahnya? Alhamdulillah, Sifu kita Ustaz Zaharuddin telah mengulas di dalam blog beliau seperti berikut:

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.
Antara ilmuwan terkemuka yang memberi ulasan kepada hujah di atas ialah Prof. Dr Mahmood Zuhdi dan beliau menyatakan beberapa point-point berikut:
  1. ASB penting untuk survival umat Islam di dalam negara tanah tumpah kita sendiri yang bimbang akan dikuasai oleh bangsa asing. Dengan adanya skim-skim seperti ASB akan dapat meningkatkan ekonomi umat Islam.
  2. ASB pada dasarnya adalah satu badan yang halal dan status halalnya itu tidak akan berubah sama sekali dengan tindakannya yang haram. Sama seperti seorang muslim yang masih mengakui dirinya Islam tetapi melakukan perkara-perkara maksiat yang jelas haram. Orang itu tetap kita anggap orang Islam. (Saya tak mahu ulas yang ini, kerana ini memerlukan maqam yang lebih tinggi. Hehe)
Pada dasarnya, ulasan yang pertama itu sudah cukup untuk menerangkan hujah maslahat tersebut. 

Fatwa 2
Fatwa Majlis Fatwa Selangor
Fatwa Majlis Fatwa Terengganu
(malangnya URL asal dari e-fatwa JAKIM telah tiada.. Tak tahu kenapa.. Mungkin bagi mereka sudah tidak relevan lagi)

Security Commission (SC) Syariah Advisory Council (SAC)



Kesimpulannya, kedua-dua badan fatwa di atas dan SAC SC tidak mengiktiraf ASB sebagai harus. Tak perlulah anda tanya siapa mereka tu? Ada janggut tak? Haha.. Cuma baca je hujah-hujah mereka yang berikut ni dan fikir sendiri:
  1. ASB mengandungi pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak
  2. ASB tidak diiktiraf oleh mana-mana Panel Penasihat Syariah samada dari ASB sendiri ataupun SC 
  3. ASB tidak mempunyai Panel Penasihat Syariah sendiri ataupun melantik Perunding Syariah ataupun merujuk kepada SAC SC
Hujah-hujah ini adalah jelas dan nyata dan bukti-buktinya adalah seperti berikut:
  1. Pecahan saham terbesar di dalam ASB adalah terhadap syarikat perbankan konvensional Maybank iaitu sebanyak 28% daripada keseluruhan tabung dana. 
  2. Pecahan-pecahan yang kecil lain merangkumi beberapa syarikat yang tidak diiktiraf patuh syariah oleh SC seperti syarikat rokok British American Tobacco (BAT), pelaburan konvensional PNB Structured Investment Fund.
  3. Sememangnya ASB tidak pernah melantik mana-mana pihak ataupun individu sebagai Penasihat Syariah
 Anda boleh rujuk maklumat tersebut di sini. ASB Annual Report 2009.

Ulasan

Ok. Bagi Fatwa 1, hujah utama yang disebutkan ialah maslahat @ kepentingan umum (baca: umat Islam). Menurut Prof. Mahmood Zuhdi adalah kerana survival umat Islam di dalam bidang ekonomi. Persoalan saya terhadap hujah ini ialah sejauh manakah kebenaran bahawa dengan adanya ASB umat Islam akan dapat meningkatkan ekonomi mereka?

Bagaimanakah dengan alternatif-alternatif lain yang ada? Sekiranya terdapat 2 cara untuk mencapai matlamat kita, mana satukah yang akan kita pilih? Cara A yang halal atau cara B yang haram. Walaupun mungkin cara B mempercepatkan kita mencapai matlamat, namun dalam Islam ia tetap perlu dielakkan. Konsep ini dinamakan matlamat tidak menghalalkan cara.

Sebenarnya, terdapat banyak alternatif lain dalam kita nak meningkatkan ekonomi umat Islam. Perkara yang paling penting ialah pendidikan berkaitan kewangan dan ekonomi bermula daripada kecil lagi. Beri kesedaran tentang kewangan dan kepentingan untuk menguasai ekonomi. Alternatif lain juga adalah dengan memperkasakan institusi kewangan Islam, dan sistem ekonomi Islam. Pastikan kekayaan tidak hanya berlegar di kalangan orang-orang tertentu sahaja. Pastikan semua orang yang mahu berniaga diberikan peluang dengan cara yang adil dan telus. Alternatif ini pastinya halal dan menjamin matlamat.



Mungkin ada yang akan mempersoalkan, di mana kita mahu simpan duit kita (baca: Bumiputera @ Melayu) yang banyak berbilion-bilion daripada orang-orang kampung dan orang-orang kelas sederhana dan bawahan ini? Dalam hal ini saya menyokong pendapat Ustaz Zaharuddin yang menyatakan hujah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

Sekadar menambah point Ustaz, kalau dalam negara ni kita tak cukup tempat nak sumbat dana sebesar itu, cariklah pula di negara lain. Gunakan fundamental analysis. Pasti ada syarikat-syarikat yang menjanjikan pulangan dividen yang lumayan setiap tahun. Yang penting status Patuh Syariah tu dipenuhi. Memang bidang financial adalah bidang yang paling menguntungkan. Tapi sedar tak kita bahawa sekarang Islamic Financial pun dah mula naik. Banyak bank2 yang terkenal di serata dunia dah mula menceburi bidang ni. Apa salahnya melabur dalam syarikat-syarikat berkaitan.



Ada yang akan kata exposure (pendedahan) kepada global @ dunia luar berisiko tinggi. Tapi yakinkah anda yang melabur dalam negara kita ni risiko rendah? Dengan indeks rasuah (CPI) kita yang masih di tangga ke-56. Nilai RM kita berbanding matawang lain. KDNK yang rendah berbanding negara serantau lain. Pendapatan per-capita yang rendah. FDI dan lain-lain penanda aras ekonomi yang mempersoalkan keyakinan kita terhadap negara tercinta ini. Aduh.. Makin melalut post saya ini.



Kembali kepada topik asal. Fatwa kedua sudah tidak perlu diterangkan lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Sememangnya ASB mengandungi saham-saham yang tidak patuh syariah. Bank konvensional yang mengamalkan riba'. Syarikat rokok antarabangsa. Huhu. Jika anda mahu syarikat ini menghasilkan rokok lebih banyak untuk meracuni paru-paru anda, isteri anda dan anak-anak anda, maka berilah mereka duit perahan keringat anda tu. Jangan salahkan sesiapa sekiranya ada antara anda yang terkena kanser akibat rokok!

Kesimpulan

Keputusan di tangan anda. Anda berhak memilih di antara dua pendapat di atas. Sekiranya anda yakin anda di pihak yang benar teruskanlah dengan keputusan tersebut. Cuma nasihat saya, bagi anda yang mampu baca blog saya ini (baca: celik IT) iaitu orang bijak-bijak, kita masih mampu mencari alternatif lain. (Lainlah kalau anda bukan orang bijak-bijak. Huhu) Saya yakin kita masih boleh belajar bagaimana cara terbaik yang lain untuk mengembangkan duit kita. Teruskan baca blog ini, InsyaAllah saya akan tunjukkan caranya..

Bagi saya, dalam hal ini tiada siapa yang bersalah. ASB tidak bersalah kerana ia memberikan jalan untuk kita mencapai matlamat iaitu bebas kewangan (masalahnya matlamat tak menghalalkan cara). Kita pun tidak bersalah kerana kita sekadar rakyat marhaen yang perlukan jalan penyelesaian terhadap simpanan kita (baca: matawang fiat @ toilet paper bergambar) yang dimakan inflasi saban tahun. So siapa yang bersalah sekarang? Bak kata Bang Bil yang penuh kontroversi.. Lu PK lah sendiri!!

Tepuk dada tanya iman!

Wassalam.

Thursday, November 18, 2010

Ada 3 Polisi, Tapi Tiada Perlindungan?


Cerita detail dia boleh rujuk dekat sini: http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=185784

Betul ke cerita dia ni? Kalau dah masuk berita mesti betul lah kan.. So apa sebenarnya yang berlaku? Adakah benar Prudential tak boleh cover penyakit yang beliau alami ni?

Dalam kes Ms. Theresa Tan ni, situasi yang berlaku ialah apabila beliau telah disahkan mengidap penyakit Ductal Carcinoma In Situ (DCIS) ataupun dalam bahasa mudahnya adalah early stage breast cancer, or Stage 0 Cancer. Beliau telah diberikan rawatan pembedahan untuk membuang payu dara sebelah kanannya dan disusuli dengan reconstructive surgery dan jumlah keseluruhan kos pembedahan ialah RM30,000. Malangnya menurut beliau, Prudential tidak dapat melindungi jumlah tersebut walaupun setelah 20 tahun beliau menabung bersama Prudential.

Apakah alasan yang Prudential berikan? 

But her claims were rejected by Prudential, which explained to her in a letter that her condition was non-invasive and "does not fulfil the definition of cancer". 

Untuk pengetahuan semua, sekiranya coverage yang beliau maksudkan ialah Critical Illness Coverage @ Crisis Shield, sememangnya kanser stage 0 - stage 2 tidak diklasifikasikan sebagai Critical Illness. Kanser yang dianggap sebagai Critical Illness hanyalah kanser stage 3- stage 4 yang boleh membawa maut. Namun begitu, sekiranya diagnosis doktor telah menganggap kanser stage 0 - stage 2 sebagai kritikal, maka syarikat insuran tetap akan cover. Secara umumnya, semua syarikat insuran dan takaful mempunyai pegangan yang sama dalam hal ini. Cuba chek kalau tak percaya.

Sepatutnya agen perlu menerangkan dengan jelas perkara ini dan memastikan pelanggan betul-betul faham sesuatu produk sebelum membelinya. Sekiranya pelanggan tidak betul-betul faham, maka akan terjadilah kes-kes seperti ini iaitu tidak cukup perlindungan. Sepatutnya agen yang bagus akan mengesyorkan produk tambahan yang akan melindungi kes-kes seperti ini. Dalam kes ini, sepatutnya pelanggan juga dilindungi dengan Medical Card yang akan melindungi kos perubatan beliau termasuk pembedahan dan wad. Tapi kalau agen tak terangkan, tak mungkin pelanggan akan tahu. So adalah tanggungjawab agen untuk memastikan pelanggan mempunyai info yang lengkap sebelum sign borang. Jangan fikir komisyen sahaja.


Antara produk lain juga ialah Takaful Puteri @ PruLady. Produk ini akan memberikan pampasan sekiranya pelanggan mengalami kanser berkaitan wanita daripada stage awal lagi seperti dalam kes di atas. Tapi, pastinya produk yang bagus juga bermakna harga yang lebih perlu dibayar. Sekiranya pelanggan sanggup membayarnya tidak menjadi masalah. Tapi kalau pelanggan tidak berkemampuan, cukuplah sekadar mencadangkan Medical Card sahaja. Medical card tidak terlalu mahal tetapi mampu untuk menampung kos perubatan yang sentiasa meningkat terutamanya kos-kos yang besar untuk penyakit-penyakit kritkal seperti ini.


Kesimpulannya sekiranya anda belum lagi memiliki insuran @ takaful dan berniat untuk ambil, pastikan agen anda menerangkan dengan lengkap semua produk kepada anda. Kalau anda agen, pastikan anda jalankan tanggungjawab anda. Fikirkan apa yang pelanggan dapat daripada produk yang kita tawarkan, bukan apa yang kita dapat daripada premium @ sumbangan pelanggan tiap2 bulan saja!

Saturday, April 14, 2007

Alternatif Pelaburan Internet Haram

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada pengunjung2 yang masih setia melawati blog ini walaupun sudah semakin jarang update sekarang. Situasi internet yang dhoif menyebabkan saya semakin jarang online. :D So mintak maaf banyak2 saya ucapkan.

Ada sahabat yang bertanya mengenai Pelaburan di Internet yang diharamkan baru-baru ini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya tak mahu mengulas lanjut kerana saya bersetuju dengan pandangan Pakdi yang boleh anda semua baca di blog beliau sendiri dengan klik di sini. Cuma saya hendak kita semua sama2 cari jalan alternatif untuk menggantikan pelaburan yang haram ini.

Antara dua point yang pakdi sebutkan itu, kita perlu membezakan yang manakah circle of influence dan circle of concern. Manakah antara dua tersebut yang kita mampu untuk mengubahnya dengan tangan kita dan pasti kita mampu? Adakah Jahil dan Bodoh ataupun Delivery System Govt?? Mungkin ada yang mengatakan kita mampu utk mengubah Delivery System Govt itu dengan pangkah parti lain ataupun ubah pemimpin, tapi adakah itu satu kepastian? Walaupun mungkin kita mampu, tapi ia adalah tidak pasti. Jadi jalan yang pasti di sini ialah, jalan mengatasi Kejahilan dan Kebodohan kita yang rata2 mahu kaya cepat dengan jalan mudah.

Konsepnya mudah sahaja untuk jadi cepat kaya dengan jalan halal iaitu Pastikan cashflow (aliran tunai) bulanan sentiasa positif -> Tambahkan sumber pendapatan anda yang halal -> Tambahkan Aset dan Kurangkan Liabiliti.

Aliran tunai = Pendapatan - Perbelanjaan
Takrifan mudah Aset = Benda yang memasukkan duit ke dalam kocek anda (perniagaan, saham, rumah untuk disewa dll).
Takrifan mudah Liabiliti = Benda yang mengeluarkan duit dari kocek anda (rumah tempat anda tinggal, kereta anda, hutang piutang).

Bila cashflow bulanan positif secara otomatik duit itu akan menjadi simpanan kita. Tiada ilmu tambahan yang diperlukan di sini. Anda hanya memerlukan sebuah akaun bank ataupun Tabung Haji dan sedikit disiplin untuk memastikan cashflow sentiasa positif. Bila duit itu dah bertambah banyak, gunakanlah ia untuk mencari sumber pendapatan baru yang halal. Bila dah dapat, sudah tentu cashflow positif anda akan bertambah bukan? Maka ulangi lagi langkah ini hinggalah anda mencapai matlamat kewangan anda.

Tak nampak lagi? Mahukan contoh? Baiklah di sini saya sediakan satu contoh mudah.

Katakan anda dapat gaji RM 2000 sebulan. Dinasihatkan supaya anda aktif menyimpan terlebih dahulu menggunakan konsep Pay Yourself First. Disarankan 10% daripada gaji. Katakan RM 200 anda masukkan secara otomatik ke dalam akaun bank. So anda masih ada 90% lagi iaitu RM 1800. Kemudian tolak perkara2 yang penting seperti bil2, tolak bayar kereta, tolak sewa, bayar hutang belajar, makan, minyak dll lagi. Kemudian tolak pula perkara2 yang tak penting seperti pergi tengok wayang, beli majalah2, pegi main bowling dll lagi aktiviti berhibur. So agak2 berapa tinggal sekarang? :D Positif ke Negatif? Kalau positif alhamdulillah. Tapi kalau negatif bermakna anda sedang sakit kewangan.

So tindakan pertama yang perlu anda buat ialah memastikan cashflow anda positif. Cariklah jalan supaya ia berubah menjadi positif. Cara 1 ialah dengan mengurangkan perbelanjaan. Cara 2 ialah dengan menambah pendapatan sampingan. Mari kita lihat contoh tadi dengan lebih terperinci di bawah,

Cara 1
Gaji RM 2000
Simpanan RM 200
Perbelanjaan RM 1500
Hiburan RM 500

Cashflow = 2000-(200+1500+500) = -200 (Negatif)

Bila jadi begini, sbg contoh kita buang terus hiburan so cashflow kita akan jadi
Cashflow = 2000-(200+1500) = RM 300 (Positif)

Cara 2
Sama seperti tadi.
Gaji RM 2000
Simpanan RM 200
Perbelanjaan RM 1500
Hiburan RM 500

Cashflow = 2000-(200+1500+500) = -200 (Negatif)

Bila jadi begini, kita tambah pendapatan dengan mencari kerja sambilan, seperti MLM dll.
Katakan daripada kerja part time tersebut kita dapat RM 500 setiap bulan. So Cashflow kita akan jadi seperti berikut

Cashflow = 2000+500-(200+1500+500) = 300 (Positif)

Mana satu pilihan anda? Terpulang dan mengikut kesesuaian. :) Kalau anda rasa tak rela membuang semua keseronokan tersebut bolehlah anda pilih Cara 2. Tapi kalau anda rasa sibuk dan tak ada masa nak buat part time job, maka kenalah anda fikirkan Cara 1. Antara dua sahaja. Pilihan di tangan anda.

Tindakan kedua, ialah menggunakan wang cashflow positif tadi + wang simpanan aktif anda 10% daripada duit gaji untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Sumber pendapatan tambahan ini berbeza dengan Part Time Job. Ia sepatutnya memberikan anda pendapatan tambahan yang memberikan pulangan besar di masa hadapan. Boleh jadi ia adalah sebuah pelaburan ataupun perniagaan. :)

Katakan kita ambil kiraan setahun 12 bulan. So, jumlah yang telah terkumpul ialah
RM 200 (simpanan) + RM 300 (cashflow positif) = RM 500 (setiap bulan)
RM 500 x 12 (bulan) = RM 6000

Inilah modal kita untuk melabur. Di sini kita memerlukan sedikit usaha untuk menimba ilmu berkaitan dengan pelaburan dan perniagaan yang boleh memberikan pulangan berterusan setiap tahun. Usaha ini penting supaya kita tahu apa yang kita buat, mengurangkan risiko, mengelakkan kerugian, dan tahu bagaimana untuk mendapatkan pulangan yang maksimum. Kalau masih tak cukup tambah lagi tempoh di atas kepada 2 tahun. Anda sudah boleh dapat RM 12000 dlm simpanan. So anda boleh gunakan untuk beli rumah untuk disewakan, atau melabur dalam pasaran saham. Kalau malas sangat masuk sahaja saham amanah. :) Pulangan 10% setahun berbanding simpanan di bank lebih baik bukan?

Ok katakan anda gunakan saham amanah sebagai medium pelaburan. Katakan purata keuntungan setiap tahun 10%. So pada tahun hadapan anda sudah dapat RM 6600. Tambah pula dengan RM 6000 baru pada tahun itu yang anda perolehi daripada simpanan. Sekarang anda sudah ada Aset bernilai RM 12600. Ulangi lagi langkah di atas.

Kalau anda teruskan dengan menyimpan sahaja, di waktu persaraan anda, anda boleh mencapai RM 180,000 (RM 6000 x 30 tahun). Belum tambah dengan dividen lagi. Cuba bayangkan anda dapat pula 10% setiap tahun hasil dari Saham Amanah. Sudah tentu lebih banyak lagi anda dapat. Belum lagi anda buat bisnes, main saham sendiri, ataupun kutip sewa rumah melalui pelaburan hartanah. Sudah tentu lebih banyak lagi asset yang anda ada. Dan menjadi jutawan bukan lagi sekadar mimpi. :) Ia boleh dicapai.

Konsepnya mudah sahaja.. Dan sesiapa jua boleh mengamalkannya walaupun anda bergaji kecil. Asalkan anda ada keazaman yang tinggi dan mahu berubah. InsyaAllah.

Pastikan cashflow (aliran tunai) bulanan sentiasa positif -> Tambahkan sumber pendapatan anda yang halal -> Tambahkan Aset dan Kurangkan Liabiliti.

Sekian Wassalam.

p/s : Semua yang diberikan di atas adalah sekadar contoh. Ia mungkin sedikit berbeza dari realiti, tapi yang penting ialah konsepnya itu.

Saturday, March 24, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan Siri 3 - Simpanan Untuk Masa Depan.

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah hari ini kita nak bincang pasal langkah seterusnya untuk menjadi jutawan. Dalam post yang sebelum ini kita telah berjaya membuat keputusan untuk menjadi kaya, dan kita telah mula mencatatkan apakah misi yang perlu disempurnakan dalam perjalanan kita tersebut. Misi yang paling penting sebagai permulaan ialah dengan membuat simpanan. Dengan simpanan tersebutlah kita nak mula mengembangkan duit tersebut supaya beranak pinak. Dengan simpanan yang kita adalah kita nak mula menceburkan diri dalam bisnes, main saham, hartanah dan lain-lain lagi cara untuk mengembangkan duit kita.

Tetapi kalau anda berfikir bahawa dengan menyimpan sahaja anda boleh jadi kaya, maka anda sebenarnya telah tersilap besar. Menyimpan tidak akan membawa anda ke mana-mana walaupun wang yang anda simpan itu berkepuk-kepuk. :) Ini kerana wang tersebut hanya akan mengalami nilai susut setiap tahun kerana kadar inflasi. Contoh mudah ialah, katakan anda menyimpan RM 100 pada tahun ini di sebuah bank yang memberikan faedah purata sebanyak 3% setahun. Kadar inflasi pada tahun tersebut ialah 3%. Jadi walaupun wang anda kelihatan menjadi RM 103 tetapi sebenarnya ia telah susut nilai sebanyak 3% maka nilai sebenar wang anda sekarang masih tetap sama iaitu RM 100. Ini kalau sekiranya kadar inflasi 3%, katakan kadar inflasi lebih tinggi macam pada zaman dulu tu sebanyak 4.7% jadi nilai anda akan susut lebih jauh dari kadar sebenar.

Senang cerita, wang anda tu tak beranak pinak dan kerjanya hanya duduk sahaja di dalam bank tersebut. Sedangkan untuk menjadi kaya, kita memerlukan wang itu bekerja untuk kita, menjadikan kita lebih kaya. Caranya ialah anda perlu memastikan wang tersebut dapat ditambah nilainya dengan melakukan pelaburan-pelaburan ataupun bisnes. Anda boleh rujuk topik mengenai pelaburan di dalam Siri yang ke 4. Tapi walau macamanapun, simpanan tetap perlu kita buat kerana ia adalah "perkara yang paling asas" untuk menjadi kaya.

Okeh berbalik kepada topik simpanan tadi, biasanya kita hanya akan menyimpan bila ada lebih daripada duit perbelanjaan kita sehari-hari. Biasanya memang macam itulah orang ramai buat kan? Salah ke nak buat perkara yang sama dengan orang lain buat? Tak salah, tapi cuba lihat di sekeliling kita. Berapa ramai orang yang kaya? Boleh kira dengan jari bukan? Ini bermaksud sekiranya kita mengikut perkara yang biasa orang lain buat, maka kita pun tak boleh jadi kaya. Sebab orang yang jadi kaya membuat sesuatu yang lain daripada orang lain. Jadi ini membuktikan lagi kebenaran kata-kata yang berbunyi " Untuk jadi kaya, Don't Be Average!" :)

Jadi bagaimanakah mereka yang exception ini menyimpan? Mereka yang menjadi kaya raya menyimpan? Mereka tidak meletakkan Simpanan itu di ranking yang terbawah sesudah Perbelanjaan. Tetapi mereka meletakkan Simpanan di tempat yang pertama, kemudian barulah Perbelanjaan. Contohnya adalah seperti list di bawah (ikut turutan priority).

Orang Biasa
1. Makan
2. Minyak
3. Bil
4. Hiburan
5. Lain-lain
6. Simpanan (itupun kalau ada lebih)

Orang Kaya
1. Simpanan (InsyaAllah pasti ada sebab kita letak di atas sekali)
2. Makan
3. Minyak
4. Bil
5. Hiburan
6. Lain-lain

So boleh nampak kan beza dia? :) Konsep ini dinamakan Pay Yourself First! Sebab kita tak bayar bil-bil dahulu, bayar kedai makan, bayar stesen minyak, bayar tol dsbgnya (yang bermaksud orang lain) tapi kita bayar diri kita dahulu dengan memasukkan sejumlah duit ke dalam bank sebagai simpanan.

Kenapa kita perlu bayar orang lain dahulu?? Tidakkah kita sedar bahawa kita yang bekerja penat-penat siang malam untuk mendapatkan duit tersebut bukan orang lain? Kenapa pulak kita yang bekerja penat-penat tapi orang lain yang merasa duit kita dahulu. Bukan ke tak patut gitu? :) Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan siapa yang perlu kita bayar dulu hasil dari penat lelah kita. Dan sudah tentulah orang itu ialah diri kita sendiri. Kerana kitalah yang bekerja penat lelah bukan orang lain, bukan pengutip cukai, bukan TNB, bukan TM Streamyx, dan bukan jugak Datuk Samy Vellu. :)

Ok mungkin ada yang bertanya, adakah saya bermaksud jangan membayar bil-bil tersebut? Saya tidak bermaksud begitu. Tetapi saya mahu kita semua menyedari akan kepentingan Pay Yourself 1st ini. Kita perlu tetapkan satu-satu nilai untuk kita simpan setiap bulan tidak kira dalam keadaan kita susah mahupun senang. Ini supaya kita terbiasa dengan sikap menyimpan sebanyak nilai tersebut, mendisiplinkan diri kita, dan supaya dapat menanam sikap tidak mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri, memandangkan kita yang teruk-teruk bekerja untuk mendapatkan duit tersebut.

Dengan mengamalkan konsep ini juga, kita akan mula sedar bahawa kita sedang menghadapi masalah kewangan. Kita tidak akan sedar sekiranya kita tidak mengamalkan konsep ini. Kita akan rasa relaks, dan menangguh-nangguh. Akhirnya bila dah tua nanti barulah kita akan menyesal di atas kebodohan kita dahulu. Apabila kita mengamalkan konsep ini, dan kita sudah mula sedar bahawa ada lubang dalam portfolio kewangan kita, maka akan timbullah rasa tanggungjawab untuk mencari pendapatan sampingan. InsyaAllah dengan rasa tanggungjawab ini, kita akan mula berfikir bagaimanakah caranya untuk menambahkan lagi pendapatan sampingan kita.

Tips-tips untuk menjayakan konsep ini.
  1. Anggap simpanan tersebut sama seperti hutang-hutang, bil-bil, cukai, dan makan. Sekiranya kita tidak bayar kita akan merana kerana nanti ada orang datang rumah ugut nak bunuh dsbgnya (along) ataupun kita bakal mati kebuluran. :) Walaupun kesannya tidaklah seteruk ini tapi memang benar kerana kita akan merana dalam jangka masa panjang.
  2. Jangan usik langsung simpanan tersebut, kerana simpanan itu akan kita gunakan untuk menjadi kaya nanti dengan jalan pelaburan dan bisnes. Jadi jangan usik langsung.
  3. Jangan buat kad ATM untuk akaun tersebut, kerana kalau ada kad ATM terlampau mudah untuk kita mengeluarkan duit tersebut.
Kalau ada tips-tips lain leh la kongsikan di sini.. :)

Friday, March 23, 2007

MLM Haram??!!

Assalamualaikum wbt.

Mungkin ada yang pernah membaca artikel ini di mana-mana media massa atau di internet. Tetapi saya pastekan sekali lagi di sini sebab mesti ada yang tak baca lagi dan saya sendiri baru baca semalam. :)

Diharap anda membaca artikel ini sampai habis dan diharap dapat berlapang dada, kerana dengan dada yang lapang barulah ilmu itu boleh sampai ke dalam hati. Kalau anda sempitkan pemikiran dan telah siap sedia dengan hujah-hujah untuk menangkis segala kajian-kajian yang telah dibuat, maka anda tidak akan mendapat sedikitpun ilmu daripadanya. Dan perlu diketahui, tidak semua MLM tergolong dalam golongan yang haram.

(edited part)
Dan ini hanyalah sekadar pandangan awal dari ustaz Zaharudin. Sila baca sampai habis dan baca perenggan yang last sekali saya boldkan. Kerana ini hasil kajiannya. Jadi ia bukanlah muktamad dan kita perlu dengar juga pandangan daripada ulama-ulama yang lain.

So, lepas ini, kaji balik Syarikat mana yang anda telah join, dan sekiranya dah join maka cariklah jalan keluar sekiranya anda ragu-ragu. Kalau tak join lagi alhamdulillah, dan bolehlah carik syarikat-syarikat yang lulus dari segi point-point di bawah kerana menjauhi perkara yang syubhat itu adalah lebih baik.

Sekian sahaja. Wassalam.

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)



Sunday, March 18, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan !! - Siri 2

Assalamualaikum wbt..

Oklah, mari kita lupakan sebentar masalah orang yang sempit pemikirannya itu. Buang masa kita sahaja melayan kerenah dia. Dia tetap tidak akan berubah selagi dia tidak mahu melapangkan dadanya melihat kebaikan yang terselindung di sebalik bermacam-macam cara untuk jadi kaya di zaman ini. Dia juga perlu menjauhi sikap serkap jarang dan perlu berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Terima kasih saya ucapkan kepada yang komen insyaAllah setakat ni apa yang mampu kita buat ialah dengan bersabar dan teruskan kerja-kerja kita.

InsyaAllah kali ni kita akan sambung siri skim cepat kaya yang sebenar. Semoga kita benar-benar berjaya memperoleh apa yang kita impikan dalam mengejar cita-cita memartabatkan ekonomi umat Islam. :)

So amacam? Dah buat keputusan ke belum? dah.. Apa dia? Saya tak dengar. DAH!!! hehe.. Bagus macam tulah yang kita mahukan. Bersemangat dan tiada lagi fikir dua tiga kali. Tapi sebelum tu saya nak timbulkan lagi beberapa soalan agar anda betul-betul tidak menyesal untuk mengejar kekayaan.

1. Sanggupkah anda membayar "harga" yang diperlukan? (rujuk siri 1)
2. Sanggupkah anda berdepan dengan kegagalan dan kesilapan, serta sedia untuk memperbaiki dan mempelajari sesuatu daripadanya?
3. Sanggupkah anda mendisipilinkan diri anda untuk mencapai kekayaan yang diharapkan?
4. Sanggupkah anda berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita tersebut?

Kalau semua jawapan anda YA, maka anda lulus untuk siri yang seterusnya. Jika masih ada soalan yang anda jawap TIDAK, NO dsbgnya maka anda bolehlah teruskan kerja anda seharian sama sahaja seperti hari-hari yang sebelumnya. Apa yang anda mahukan hanyalah naik pangkat dan gaji naik. Tapi itu semua tidak akan menyelesaikan masalah. Masalah hanya akan dapat diselesaikan dengan berusaha lebih sedikit mempelajari dan membayar harga yang sepatutnya untuk meningkatkan kewangan anda.

Bukankah dalam Islam kita diajar untuk memperbaiki perbuatan kita setiap hari? Supaya setiap hari kita menjadi orang yang lebih baik, lebih bijak, lebih kaya dan lebih bertanggungjawab. Jadi untuk menjadi Muslim Kaya yang memberikan natijah Islam Kuat maka tidak dapat tidak, kita perlu untuk melepasi sedikit rintangan yang disebutkan tadi.

Ok, kita sambung dengan langkah yang kedua.

Langkah yang kedua masih lagi dalam bab Mind Setting. Minda ataupun otak kita ialah satu anugerah Allah yang patut kita syukuri. Dengan otak kitalah kita akan dapat mengawal segala tingkah laku dan merancang hidup kita. Selagi ada otak, maka seorang manusia itu boleh kita anggap hidup. Sebab itu dalam hukum Islam sekiranya seseorang itu dikatakan koma oleh doktor tapi otaknya sudah mati, maka kita bolehlah menganggapnya sebagai mayat dan boleh disempurnakan jenazahnya. Saya pernah membaca mengenainya sebelum ini. Kalau salah mintak betulkan.

So langkah kedua ialah untuk menentukan matlamat yang JELAS dan TERPERINCI. Sesebuah matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya ia sangat umum dan kurang jelas. Misalnya matlamat saya hari ini ialah untuk makan sedap-sedap <----kurang jelas. Jelaskan lagi dengan makan nasik berlauk ayam masak lomak cili api (teringat masakan mak saya, terliur pulak) :D. Ok rasanya dah cukup jelas. Tapi belum cukup terperinci ataupun spesific. So perincikan lagi. Saya nak makan nasik berlauk ayam masak lomak cili api buatan mak saya bila saya balik ke kampung hujung minggu ini. Ha kan cukup jelas dan spesific tu. :)

Ok apakah ciri-ciri yang membuatkan sesuatu matlamat itu cukup jelas dan spesific. Menurut Brian Tracy dalam bukunya 21 Ways to Double Your Productivity dia memberitahu, sesebuah matlamat itu perlulah mengandungi ciri-ciri berikut.
  1. Tetapkan apakah matlamat kita itu dengan spesifik. Sebagai contoh dalam hal kita untuk menjadi kaya selalu kita ukur dengan jumlah wang. So tetapkan Jumlah Wang tersebut. Kita ambil contoh RM 1,000,000. (VISION @ VISI)
  2. Tuliskan matlamat itu di atas sebuah kertas. Kata Brian Tracy, sebuah matlamat yang tidak ditulis tidak boleh dianggap matlamat. Ia hanyalah angan-angan sahaja. :)
  3. Tetapkan masa tamat / deadline untuk matlamat tersebut. Kita ambil contoh pada umur 30 tahun. Kalau saya, maka saya hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi untuk mencapainya. huhu..
  4. Senaraikan segala jenis perkara atau perbuatan yang boleh membawa kita ke arah matlamat tersebut. Dalam hal untuk menjadi kaya, maka kita boleh tuliskan perkara-perkara seperti, bisnes, bisnes internet, bisnes mlm, part-time work, pelaburan saham, unit trust, pelaburan hartanah, insurans, adsense dan sebagainya. Kalau boleh lagi spesific lagi bagus. Misalnya bisnes internet = jadi tokan besar di Ebay dll lagi. (MISSION @ MISI)
  5. Setelah anda senaraikan semua perkara-perkara tersebut, anda tuliskan dalam bentuk plan. Tetapkan yang mana perlu anda lakukan dahulu dan yang mana anda perlu kemudiankan. Sebagai contoh, buat part time work dahulu sebagai agen insurans -> buka bisnes di internet untuk menambah modal -> buka bisnes restoran -> main saham untuk tambah capital -> pelaburan hartanah sebagai pelaburan jangka masa panjang -> tambah aset dengan mengembangkan perniagaan. Tetapkan priority dari segi masa yang mana perlu kita capai dahulu. Pastikan anda tulis semuanya di atas kertas.
  6. Ambil tindakan terhadap Plan Tadi. Buat sesuatu, atau apa sahaja asalkan anda buat sesuatu. Misalnya join Forum BicaraJutawan untuk berkongsi pendapat, menimba ilmu dan membuat business network. Beli buku-buku berkaitan dengan bisnes, pelaburan dan lain-lain. Sentiasa melawat blog-blog berkaitan dengan bisnes seperti blog ini, blog Pakdi blog Main Saham Fuad, Blog SmartUsaha dan lain-lain lagi. JANGAN BERTANGGUH!! InsyaAllah dalam post2 yang lain akan kita bincang sama-sama berkaitan MISSION2 dan bagaimana untuk melaksanakannya.
  7. Dan yang terakhir = step yang paling penting sekali ialah, buat sesuatu tersebut SETIAP HARI yang semakin mendekatkan kita kepada matlamat tersebut. Pastikan tiada satu haripun yang kita tinggalkan untuk membuat sesuatu bagi menyelesaikan mission kita tadi. Bagi saya di sinilah yang akan menentukan secepat mana anda akan dapat mencapai matlamat tersebut. Sekiranya orang lain bergerak lebih pantas setiap hari, maka dialah yang akan cepat sampai. Saya bagi contoh seorang tu dia nak ke KL dari Pasir Gudang (ramai orang Pasir Gudang dalam BJ hehe). Dia hanya berjalan kaki. Mungkin dia akan ambil masa beberapa minggu. Tapi kalau seseorang tu berusaha dengan lebih keras dengan berlari-lari anak. Sudah pasti dia akan sampai lebih cepat. Nampak kan?
Sebab itulah saya jeles dengan Pakdi sebab dia sudah banyak baca buku banding dengan saya. Heheh. Takpe2 slow-slow pun bagus juga sebab nanti kita tak cepat pancit. :P Slow-slow asalkan ada penambahan SETIAP HARI!. Mungkin kalau dah biasa nanti bolehlah speed up sikit. :) Jangan terlebih speed sudah sebab nanti akan ditahan oleh polis, kena saman, eksiden atau dalam erti kata lainnya, boleh timbul masalah.

Ok sekarang mari kita realisasikan matlamat tersebut. Kita mulakan dengan menulis matlamat tersebut. Anda perlu ada sehelai kertas dan pen di depan mata anda untuk menulis. Ok tuliskan matlamat anda dengan melengkapi ciri-ciri berikut.
  1. Mulakan dengan perkataan "Saya".
  2. Tetapkan matlamat anda dan tulis dengan Present Tense iaitu seolah-olah kita telah mencapai matlamat-matlamat tersebut. Sebagai contoh "Saya memiliki aset sebanyak..", "Saya memperoleh pendapatan sebanyak.." dll
Ok dah tulis? Sekarang anda tulis di bawahnya perkara 3, 4 dan 5 yang di atas tadi, dan mulakan tindakan anda SEKARANG dan pastikan ia berjalan SETIAP HARI! Formula yang diberikan ini boleh jugak diamalkan dalam disiplin-disiplin yang lain seperti study kita, nak kawin ke dsbgnya. :) Bak kata Pak Brian Tracy.

Alhamdulillah selesai satu lagi siri. Percaya tak sekarang ni anda dah melangkah satu lagi tapak ke hadapan. Ada berapa kilometer lagi untuk ke kelab Jutawan? Hehe. So apa lagi, teruskan dengan langkah2 yang seterusnya SETIAP HARI. :) Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang kita impikan. InsyaAllah kita akan sambung lagi siri-siri yang seterusnya di lain masa.

Wassalam.

Thursday, March 15, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan! - Siri 1

Assalamualaikum wbt. :)

Terima kasih kepada pelawat-pelawat Muslimkaya.blogspot kerana terus sedia bersama-sama saya dalam berusaha mengejar kekayaan untuk membantu perjuangan Islam. Ke ada yang tak berniat sebegitu?? Ada ke antara kita yang berniat untuk jadi kaya sahaja semata-mata utk menikmati kemewahan dunia? Percayalah sahabat-sahabat, SYURGA itu jauh lebih indah dari dunia ini. ;) Lagipun kekayaan kita tu tak akan kita bawak masuk dalam kubur. Last2 nanti orang lain yang dapat bukan kita. So sebab apa kita nak jadi kaya??

Mari sama-sama kita perbetulkan niat kita dahulu sebelum kita buat apa-apa. Ini kerana matlamat kita dijadikan oleh Allah ialah untuk mengabdikan diri kepadanya. Tak kira apa sahaja yang kita buat, ia haruslah kita tujukan kepada Allah. Kita sendiri membacanya dalam solat "Sesungguhnya hidupku, matiku hanyalah untuk Allah" :) Jadi kaya sebab apa? Sebab nak menguatkan Islam dan menjadikan kita hamba Allah yang sebenar juga sentiasa mensyukuri nikmatnya, maka itulah niat yang sepatutnya kita ada. Tak gitu?

Oklah, panjang lak mukadimahnya. ;) Hari ini saya nak memperkenalkan saudara-saudara semua kepada Skim Cepat Kaya yang sebenar. Hehe. Bunyi macam best. Yelah, sapa yang tak tertarik kalau boleh jadi kaya dengan cepat dan tak menipu, tol tak? Oklah, tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat apakah sebenarnya skim ini. jeng jeng jeng... :D

Sebenarnya takde apa-apa yang baru pun. :D Skim yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah ilmu menjadi kaya yang basic, dan telah tertulis di banyak buku2. Anda boleh baca sendiri tapi saya pun suka untuk kongsikan bersama-sama dan boleh kita bincang-bincangkan. Boleh saya revive balik ilmu2 tu. ;) Benda-benda ni basic dan mudah saja dari segi praktikalnya. Tapi dari segi mendisiplinkan diri untuk melakukannya ia memerlukan sedikit pengorbanan. :D Heheh. Saya tak cakap Skim Mudah dan Cepat Kaya kan? :) So jangan salahkan saya.

Membayar "Harga" Yang Sepatutnya
Sahabat-sahabat sekalian, mana ada jalan mudah untuk dapatkan sesuatu yang kita impi2kan betul tak? Kita belajar masuk universiti, kena bangun awal-awal pergi ke kelas, siapkan assignment dll. bila kita dah selesai alangkah leganya rasa, dan sudah tentu kita rasa begitu berharga sekeping sijil itu. Bandingkan dengan orang yang lepas universiti dengan cara yang tak sepatutnya, sudah tentu dia tidak akan menghargai sijil yang diperolehinya itu sebab diperolehi dengan mudah. :)

Begitu jugak ceritanya dengan nak menjadi kaya, ia memerlukan kita untuk membayar "harga"nya. Mungkin ada orang yang dapat kekayaan dengan mudah, seperti menang loteri, mencuri dll. tapi dia tidak akan merasakan harta itu berharga buatnya dan akhirnya akan lesap begitu sahaja harta-harta tersebut kerana habis dijoli. So apakah "harga" yang perlu dibayar untuk menjadi kaya. Mudah sahaja, iaitu sedikit usaha untuk menimba ilmu dan jugak usaha dengan disiplin dalam mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut. :) So anda sudah bersedia?? Anda sanggup membayar "harga"nya??

Ok. Jalan yang kita mahu ikuti ini ialah jalan orang-orang yang telah berjaya. Jadi insyaAllah kita akan berjaya juga kalau benar-benar sanggup melakukannya. Di akhir post saya nanti akan saya sertakan rujukan dari buku mana saya ambil info-info ini. Mungkin anda boleh rujuk kemudian.

Mungkin timbul soalan daripada para pembaca, "betul ke boleh cepat kaya?". Saya tanya balik, "Kenapa? Tak percaya aa?" hehe dah lapuk lawak ni. :D Ok.. Kalau anda nak minggu depan jadi kaya, mungkin ilmu-ilmu ini bukan untuk anda, sebab saya rasa anda tidak sanggup untuk membayar harga untuk jadi kaya. Anda termasuk dalam golongan mahu cepat kaya sekelip mata. :) Dan itu adalah mustahil dengan jalan ini. Jalan yang anda mahukan itu mungkin jalan masuk peraduan, cabutan bertuah dan lain-lain. Jalan yang saya akan kongsikan ini memerlukan jatuh bangun dan disiplin yang tinggi. Ia memang boleh jadi kaya secepat yang kita mahu, tapi perlukan usaha yang lebih daripada kita semua. Tapi buat apa nak rush-rush kan. Hidup masih panjang. Kalau dah pendek pun nak fikir apa lagi. Kita dapat nikmat yang lebih bagus di syurga nanti. Tak gitu? So let's start from the basic and no need to rush. ;)

Langkah Pertama

Langkah yang pertama ini saya rasa kebanyakannya yang melawat blog ni dah lepas dah. :) Sebab ramai dari kalangan usahawan. Iaitu "Membuat Keputusan Untuk Menjadi Kaya". Kalau anda masih ragu-ragu dan teragak-agak samada untuk menjadi kaya, anda boleh teruskan membaca mana tahu anda akan berjaya buat keputusan di lain hari. :) Membuat keputusan yang muktamad untuk menjadi kaya adalah langkah yang paling utama dan paling penting!! Sebab kalau anda tak membuat keputusan untuk menjadi kaya, walau sebanyak mana pun duit anda, anda masih tidak kaya sebab anda tidak berniat pun untuk jadi kaya. :)

Langkah yang paling basic tapi begitu besar efeknya di masa hadapan. Samalah seperti perbuatan kita seharian. Nak makan atau tak? Kalau kita buat keputusan untuk makan, maka hari itu kita kenyang. Kalau kita buat keputusan untuk puasa maka dapatlah pahala puasa. Nampak tak?? Keputusan di awal = Keputusan di akhir. :) So kepada yang dah buat keputusan untuk menjadi kaya, tahniah saya ucapkan. Teruskan lagi membaca untuk ketahui langkah seterusnya.

Bagi yang masih belum pasti, anda perlu tetapkan sekarang. Buat keputusan sekarang! Dan pastikan tiada lagi jalan untuk beralih arah. Tiada lagi jalan untuk patah balik ke belakang. Barulah kita teguh dengan matlamat. Dengan itu insyaAllah kekayaan akan berada di dalam genggaman, kerana anda telah tetapkan menjadi kaya sebagai jalan hidup anda, maka apa sahaja ribut taufan yang melanda pun anda tetap tidak akan berganjak. :)

So itulah dia untuk siri pertama ini. Buat keputusan untuk menjadi kaya sekarang!! Bukan hari ini, bukan esok, bukan lusa, bukan minggu depan tapi sekarang by this time!! Hehe macam memaksa lak kan. Tak paksa. Kalau takmo takpelah. Teruskan lagi dengan blog ni sebab bukan tiap2 hari kita citer pasal skim cepat kaya ni. Benda2 lain pun ada jugak. :)

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Salam.

Disclaimer : Ilmu-ilmu yang dikongsikan ini adalah sekadar perkongsian ilmu berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari. Ia bukanlah nasihat rasmi dan rujukan muktamad untuk kewangan anda. Jangan salahkan saya kalau anda tak jadi kaya kaya jugak, sebab ilmu-ilmu ini tidak lengkap tanpa usaha dari kita semua dan ia jugak berubah-ubah mengikut situasi semasa. Jadi saya tak bertanggungjawab di atas segala kerugian yang ditanggung. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman.

Rujukan : 21 Ways To Double Your Productivity- Brian Tracy, Think & Grow Rich - Napoleon Hill.