Semoga semua sihat-sihat hendaknya. Alhamdulillah setelah lama tidak dapat menulis (atau dalam erti kata lain malas menulis-sikap yang perlu dibuang) akhirnya saya merajinkan diri juga untuk menulis. Semoga diberikan kemudahan dan kekuatan untuk terus berjuang meningkatkan lagi status ekonomi umat Islam.
Dalam post kali ini, saya ingin menyentuh topik berkaitan dengan menjadi jutawan. Apakah puncanya saya mengepost berkenaan Jutawan? Sebab utamanya ialah saya baru sahaja lepas menonton filem yang dah agak lama dari Saiful Apek iaitu Bujang Senang. Bukan nama buaya ye.. hehe..
Oklah, dipendekkan cerita saya pun habislah menonton filem Bujang Senang yang berakhir dengan Happy Ending. Bujang dapat kawin dengan Murni dan juga dalam masa yang sama dapat memperolehi segala harta kepunyaan bapanya yang asyik terbatuk-batuk tu. Hehe.
Pertama sekali komen saya terhadap cerita ni ialah best!. Jalan cerita yang simple tetapi banyak mengandungi nilai-nilai murni dan tidak lupa juga menyelitkan nilai-nilai budaya di penghujung cerita. Apa dia nilai-nilai murni dalam cerita ni? Bagi yang tak tengok lagi, bolehlah pergi tengok walaupun dah habis tayang kat wayang. Bolehlah pergi tengok VCD ke kalau ada.
Nilai murni yang boleh saya kaitkan ialah berkenaan kisah seorang jutawan, ataupun anak jutawan yang dilakonkan oleh Apek. Dia jugalah CEO, Boss dan lain-lain gelaran yang sewaktu dengannya, tetapi sentiasa merendah diri. Dia tak mahu dipanggil Encik, tak mahu dilayan macam raja dll lagi. Masalahnya ada ke orang macam ni zaman sekarang? Ada memang ada, tapi bilangannya mungkin secoet dua sahaja. :)
Mungkin saya boleh katakan orang-orang yang semacam ini sebagai orang-orang yang tahu mengenal asal-usul mereka. Tahu harga diri dan nilai perikemanusiaan. Pendek kata orang-orang macam ni ialah orang-orang yang berakhlak dan tidak suka meninggi diri. Dalam erti kata lain, mereka inilah yang boleh kita labelkan sebagai Jutawan Muslim.
Muslim dalam erti kata membawa nilai-nilai Islam dalam diri. Dalam masa yang sama dia mengejar kekayaan dengan bisnes, kerja dan sebagainya, dia tetap tidak lupakan perintah Allah dan sedar akan dirinya sebagai hamba Allah. Akhlak sebagai seorang muslim tetap dijaga. Menghormati orang lain tidak kira siapa mereka. Juga tidak meninggi diri. Orang-orang macam nilah yang kita harap-harapkan dapat membantu meningkatkan status ekonomi umat Islam dan dalam masa yang sama dapat mendidik masyarakat.
Satu lagi yang saya kagum mengenai watak dalam cerita ini ialah, seorang bapak yang kaya raya tapi masih mampu untuk menjadikan anaknya seorang "Manusia" walaupun dia menyuruh orang gajinya melayan anaknya macam anak raja. Peh.. Mungkin kalau dalam realiti nampak macam mustahil. Sebab sudah tentu anak tersebut akan naik lemak kalau dilayan macam tu. Tapi tidak dalam cerita ini. Mungkin ini adalah disebabkan ketegasan yang dapat kita perhatikan dalam watak bapak Bujang. "SOCIAL!!" begitulah kata-kata beliau yang selalu didengari setiap kali memarahi anaknya. Heheh..
Semoga filem ini dapat memberikan tauladan buat semua sambil berhibur dengan bergelak ketawa. Saya sokong filem-filem seperti ini sebab ia mampu mendidik masyarakat walaupun dalam suasana berhibur. "Bermakna??" Takde makna-maknanya. :D Akhir kata, sama-sama kita kembalikan dunia hiburan tanahair kepada jalan yang baik, supaya masyarakat jadi elok, tidak jadi huru hara.
Sekian. Wassalam. SOCIAL!
Tags: