Wednesday, February 28, 2007

Bujang Senang??!

Assalamualaikum wbt..

Semoga semua sihat-sihat hendaknya. Alhamdulillah setelah lama tidak dapat menulis (atau dalam erti kata lain malas menulis-sikap yang perlu dibuang) akhirnya saya merajinkan diri juga untuk menulis. Semoga diberikan kemudahan dan kekuatan untuk terus berjuang meningkatkan lagi status ekonomi umat Islam.

Dalam post kali ini, saya ingin menyentuh topik berkaitan dengan menjadi jutawan. Apakah puncanya saya mengepost berkenaan Jutawan? Sebab utamanya ialah saya baru sahaja lepas menonton filem yang dah agak lama dari Saiful Apek iaitu Bujang Senang. Bukan nama buaya ye.. hehe..

Oklah, dipendekkan cerita saya pun habislah menonton filem Bujang Senang yang berakhir dengan Happy Ending. Bujang dapat kawin dengan Murni dan juga dalam masa yang sama dapat memperolehi segala harta kepunyaan bapanya yang asyik terbatuk-batuk tu. Hehe.

Pertama sekali komen saya terhadap cerita ni ialah best!. Jalan cerita yang simple tetapi banyak mengandungi nilai-nilai murni dan tidak lupa juga menyelitkan nilai-nilai budaya di penghujung cerita. Apa dia nilai-nilai murni dalam cerita ni? Bagi yang tak tengok lagi, bolehlah pergi tengok walaupun dah habis tayang kat wayang. Bolehlah pergi tengok VCD ke kalau ada.

Nilai murni yang boleh saya kaitkan ialah berkenaan kisah seorang jutawan, ataupun anak jutawan yang dilakonkan oleh Apek. Dia jugalah CEO, Boss dan lain-lain gelaran yang sewaktu dengannya, tetapi sentiasa merendah diri. Dia tak mahu dipanggil Encik, tak mahu dilayan macam raja dll lagi. Masalahnya ada ke orang macam ni zaman sekarang? Ada memang ada, tapi bilangannya mungkin secoet dua sahaja. :)

Mungkin saya boleh katakan orang-orang yang semacam ini sebagai orang-orang yang tahu mengenal asal-usul mereka. Tahu harga diri dan nilai perikemanusiaan. Pendek kata orang-orang macam ni ialah orang-orang yang berakhlak dan tidak suka meninggi diri. Dalam erti kata lain, mereka inilah yang boleh kita labelkan sebagai Jutawan Muslim.

Muslim dalam erti kata membawa nilai-nilai Islam dalam diri. Dalam masa yang sama dia mengejar kekayaan dengan bisnes, kerja dan sebagainya, dia tetap tidak lupakan perintah Allah dan sedar akan dirinya sebagai hamba Allah. Akhlak sebagai seorang muslim tetap dijaga. Menghormati orang lain tidak kira siapa mereka. Juga tidak meninggi diri. Orang-orang macam nilah yang kita harap-harapkan dapat membantu meningkatkan status ekonomi umat Islam dan dalam masa yang sama dapat mendidik masyarakat.

Satu lagi yang saya kagum mengenai watak dalam cerita ini ialah, seorang bapak yang kaya raya tapi masih mampu untuk menjadikan anaknya seorang "Manusia" walaupun dia menyuruh orang gajinya melayan anaknya macam anak raja. Peh.. Mungkin kalau dalam realiti nampak macam mustahil. Sebab sudah tentu anak tersebut akan naik lemak kalau dilayan macam tu. Tapi tidak dalam cerita ini. Mungkin ini adalah disebabkan ketegasan yang dapat kita perhatikan dalam watak bapak Bujang. "SOCIAL!!" begitulah kata-kata beliau yang selalu didengari setiap kali memarahi anaknya. Heheh..

Semoga filem ini dapat memberikan tauladan buat semua sambil berhibur dengan bergelak ketawa. Saya sokong filem-filem seperti ini sebab ia mampu mendidik masyarakat walaupun dalam suasana berhibur. "Bermakna??" Takde makna-maknanya. :D Akhir kata, sama-sama kita kembalikan dunia hiburan tanahair kepada jalan yang baik, supaya masyarakat jadi elok, tidak jadi huru hara.

Sekian. Wassalam. SOCIAL!

4 comments:

  1. Hadis Nabi Riwayat Termizi:-

    Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,

    “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

    Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.

    Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.

    Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

    Keterangan

    Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat.

    Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi

    Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi.

    Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”. Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

    OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya

    ReplyDelete
  2. silent millionare still the best!

    ReplyDelete
  3. tol tu.. sokong.. kalau ikutkan tak ramai yang isytiharkan harta dia.. kita tengok senarai dari Forbes pun, orang2 yang isytiharkan nama dia.. Kalau takmo isytihar pun, sebab dia dah femes maka nak tanak kena gak bagitahu berapa harta dia ada..

    kalau boleh saya nak jadi orang kaya yang low profile.. :) insyaAllah

    ReplyDelete
  4. sy nk jadi silent millionaire...sbb sy sygkn kehidupan sedia kala yang mendidik sy.:)

    tu pon..kalo d rezeki jadi cmtu la..:) insyaALLAH:)

    ReplyDelete