Assalamualaikum wbt :)
Hari ini insyaAllah saya nak membawakan satu topik berkenaan perbankan Islam di bank-bank yang terdapat di Malaysia.
Alhamdulillah pada hari ini, kebanyakan umat Islam di Malaysia sudah mula beralih arah daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Islam. Ini adalah satu petanda yang baik menunjukkan umat Islam sudah memiliki kesedaran dari segi halal dan haram rezeki yang mereka perolehi.
Namun begitu, kita perlu tahu membezakan bank yang mana sepatutnya kita gunakan. Bank yang mana sepatutnya kita menyimpan duit kita, dan bank yang mana perlu kita gunakan untuk membuat loan. Ini kerana walaupun secara zahirnya kita lihat semua bank yang mempunyai sistem perbankan Islam itu adalah sama, tapi secara tidak sedar sebenarnya ia adalah berbeza.
Arus Perubahan
Perubahan besar yang berlaku di dalam sistem perbankan Islam di Malaysia bermula sejak tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Timb. Perdana Menteri. Sistem yang dibawa oleh Bank Islam, telah menarik ramai umat Islam untuk menyimpan, dan melaburkan wang mereka di bawah Bank Islam. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik bagi peningkatan ekonomi umat Islam kerana kita boleh memastikan duit yang kita simpan atau laburkan itu berkembang secara halal dan tidak diragui.
Selepas daripada itu banyak bank-bank konvensional yang lain juga turut tidak ketinggalan untuk menyediakan kaunter perbankan Islam. Ini kerana mereka juga dapat melihat potensi yang besar daripada bilangan umat Islam yang ramai di negara ini. Ini juga adalah kesan daripada kesedaran Islam yang semakin meningkat di kalangan umat Islam alhamdulillah.
Maka makin banyaklah bank-bank yang menjalankan sistem perbankan Islam dan kita sudah ada banyak pilihan. Walaupun bank tersebut tidak dinamakan dengan nama Islam, tetapi masih ada kaunter Islam, seperti Bank RHB Islam, Bank Commerce Tijari dll lagi. Kita tidak perlu ragu akan persoalan ke mana duit kita disalurkan kerana memang sudah menjadi syarat kepada bank yang menjalankan sistem perbankan Islam supaya mengasingkan dana urusniaga konvensional dengan dana urusniaga Islam.
Nak pilih mana satu?
Cuma yang menjadi persoalannya sekarang ialah bank yang mana satukah harus kita pilih. "Kenapa kena pilih? Bukan ke sama je semua? Janji halal.. " Ada orang yang akan berkata demikian bila kita timbulkan persoalan tersebut.
Iya, memang semuanya dijamin halal. Tetapi, dalam kita menganalisis keadaan semasa ini, kita perlu melihat lebih dalam sedikit. Kalau kita mengkaji lebih jauh, kita akan mendapati tidak semua bank tersebut adalah sama. Ini adalah dinilai dari aspek keuntungan yang akan diperolehi semula oleh umat Islam secara umumnya pada masa hadapan.
Kalau kita lihat balik, pertumbuhan sistem perbankan Islam pada bank-bank konvensional juga telah membuatkan bank-bank besar yang bertaraf antarabangsa ataupun bank-bank milik bukan Islam turut teruja untuk menjalankan sistem yang sama. Maka kita akan dapat lihat bank-bank seperti Citibank, HSBC, Hong Leong Bank dll lagi turut sama menyediakan kaunter Islam.
Seperti yang kita sedia maklum, bank-bank ini adalah bank yang besar. Bank yang besar sudah tentu memiliki modal yang besar. Jadi tidak hairanlah kalau mereka mampu untuk menyediakan servis yang murah berbanding dengan bank milik umat Islam yang lain terutamanya Bank Islam. Kita melihat Bank Islam menyediakan servis yang mahal harganya jadi kita tidak mahu memilih Bank Islam. Kita sepatutnya faham bahawa Bank Islam tidak memiliki modal yang besar, jadi ia terpaksa menaikkan sedikit harga servis yang ditawarkan.
Masalah ini sama dengan yang berlaku di kalangan peniaga-peniaga umat Islam. Hari ini ramai peniaga-peniaga kecil umat Islam tidak dapat cari makan kerana kebanyakan daripada umat Islam lebih suka untuk membeli belah di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Carrefour, Tesco dll. Ini kerana pasaraya-pasaraya tersebut menyediakan barang-barang yang lebih murah. Murah pun takat beberapa sen saja. Mereka mampu menyediakan barang-barang yang murah sebab mereka syarikat besar yang memiliki modal yang banyak. Maka berlakulah persaingan yang menyebabkan yang besar makan yang kecil.
Jawapannya...
Jawapan kepada persoalan di atas ada pada diri kita setiap umat Islam. Tepuk dada tanya iman. Adakah kita mahu menguntungkan diri kita seorang sahaja, dan tidak mempedulikan masa depan umat Islam? Memanglah mahal sikit beli dari peniaga Islam, mahal sikit untuk guna loan Bank Islam, tapi pada jangka masa panjang, umat Islam sendiri yang akan dapat mengaut keuntungan daripada kemajuan dan kekayaan umat Islam. Kalau umat Islam kaya, maka kita juga yang akan merasai kekayaan itu nanti. Tapi kalau orang kafir yang kaya, mana tahu mereka akan gunakan semula kekayaan itu untuk menjatuhkan umat Islam.
Kita perlu sedar atas sikap kita yang lebih mementingkan diri sendiri ini, kesudahannya orang-orang kafir itu yang kaya, umat Islam akan terus berada di takuk yang lama tak maju-maju, tak kaya-kaya. Kita sepatutnya sedar akan kesilapan kita ini dan mula berubah dari sekarang supaya kita dapat kembali memajukan ekonomi umat Islam. Mulalah daripada hari ini, untuk menggunakan Bank Islam sebagai bank yang utama. Juga pastikan anda tidak lagi membeli barang-barang di Giant dll pasaraya-pasaraya hyper. Belilah dengan peniaga-peniaga Melayu Islam. InsyaAllah ekonomi kita umat Islam akan pulih semula.
Wallahualam. Wassalam.
Istilah bank tiada dalam Islam. BAnk adalah ciptaan yahudi melalui sistem kapitalisme. Malah penggunaan wang kertas seperti yang diamalkan didalam sistem ekonomi sekarang yang tidak diikat dengan nilai emas dan perak adalah tidak dibenarkan di dalam Islam. Mana boleh dinamakan bank Islam sedangkan bank itu sendiri masih berurusan dengan wang kertas ciptaan sistem kapitalis yahudi? Bank Islam ke macam tu? Itu bukan bank Islam tapi Bnak Yahudi bertopengkan Islam.
ReplyDeleteUlamak yang menghalalkan sistem perbankan Islam seperti yang diamalkan sekarang adalah ulamak bingung yang tidak mengerti sedikitpun tentang sistem kewangan dunia. Mereka tidak pernah belajar ekonomi apatah lagi sistem kewangan dunia. Malah mereka tidak tahupun bahawa wang kertas yang ada sekarang tidak diikat dengan nilai emas.
Bagaimana boleh dikatakan bank Islam sedangkan asas operasinya masih terikat dengan asas kapitalisme yahudi yang dikembangkan oleh orang-orang kafir? Semua pekerja bank sekarang sama ada bank islam atau bank konvensional termasuklah bank islam malaysia berhad ciptaan anuar ibrahim adalah mereka yang tidak sedar bahawa merekalah yang sebenarnya meruntuhkan sistem kewangan islam yang hakiki dan malah meneguhkan lagi sistem riba kapitalis yahudi. Mereka berkupiah namun hakikatnya mereka adalah anjing-anjing yahudi yang menyalak menegakkan sistem kewangan Yahudi kapitalis bertopengkan Islam. Nauzubillah.
KAlau betul Bank ISlam gunalah dinar-dirham bukan wang kertas. itupun belum mampu dibuat sudah menyatakan jaguh. Eloklah kita jangan mengikut ulamak-ulamak bingung ini lagi mereka malah lebih menjahanamkan islam daripada menyelamatkan.
ISLAM ADA PADA KEFAHAMAN BUKAN PADA IJAZAH.
MasyaAllah syeikh.. berat sungguh tuduhan enta.. Ana harap enta dapat tarik balik dan bertaubat..
DeleteSoalan ana cuma satu, apakah alternatif yang enta mampu tawarkan kepada rakyat dalam isu-isu perbankan masa kini, seperti di mana rakyat nak simpan duit, di mana rakyat nak dapatkan pembiayaan rumah, di mana rakyat nak melabur dan sebagainya.
Ana harap enta dapat kemukakan satu alternatif, memandangkan enta lebih tinggi ilmunya berbanding ulamak-ulamak kewangan Islam yang lain.
Penyelesaian kepada masalah penggunaan wang kertas sebenarnya terletak pada tangan pemimpin-pemimpin negara. Selagi pemimpin tidak menukar sistem ekonomi kapitalis kepada sistem ekonomi Islam, selagi itu masalah itu takkan selesai.
ReplyDeletePenubuhan Bank Islam sebenarnya merupakan satu langkah baik ke arah pelaksanaan sistem ekonomi Islam. Ini kerana Bank Islam tidak mengamalkan riba dan membuat pelaburan berlandaskan syariah.
Jadi lebih baik guna Bank Islam daripada guna bank konvensional.
Konklusinya, langkah ini mestilah disusuli dengan penukaran sistem ekonomi secara menyeluruh. Bukannya berhenti setakat itu sahaja. Semoga Allah memberi hidayah dan memudahkan segala urusan pemimpin-pemimpin kita dalam menegakkan hukum Allah. Insya Allah.
Assalamualaikum Cool Breeze
ReplyDeleteSila klik url berikut utk keterangan lanjut berkenaan Bank Islam dan bank konvensional:
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=587&Itemid=72
Walaupun kita masih lagi mengunakan wang kertas dalam perbankan Islam tetapi sekurang-kurangnya kita tidak terlibat dalam bank yang mengamalkan riba.
Sekian, Wassalam.
soalan yang sangat bagus.kenapa kite masih menggunakan mata wang dan bukan wang dirham.
ReplyDeletesebabnya ialah kalau kite guna mata wang dirham ia akan menyukarkan negara untuk inport&ekspot barang.kite terpaksa ikut guna duit kertas tetapi yang penting kite tidak melaksanakan unsur yang haram seperti riba,judi,gaharar
nampak mcm tidak mengamalkn riba..tetapi pd hakikatnya, wang kertas itu sudah sendrinya riba krn tidak diikat dgn nilai emas..
ReplyDeletesy masih konfius ngan sistem faedah yg diberikan oleh pihak bank samada konvensional mahupun islamic banking..ramai yg mengatakan ianya haram menggunakan faedah dr simpanan di konvensional bank tp halal bg islamic bank atas alasan ianya telah dizakatkn..
persoalan sy..zakat harta yg dikeluarkn dikira termasuk dgn faedah ataupun tidak?
seringkali juga diberitahu pelaburan yg sentiase untung adlah tidak dibenarkn sbg contoh ASB ataupun ASN..bank2 islam juga membuat pelaburan..tp sy xpenah lg tgk kerugian ditanggung bersama dgn pelabur..yg nmpk asyik dpt faedah je..so cmne tu??
Tuan. Jika tuan anggap duit kertas itu sendiri adalah riba, maka hukumnya haram dan adalah haram jika tuan membeli makanan, minuman dan pakaian menggunakan duit itu..
DeleteAdapun dalam Islamic Bank, tiada faedah yang diberikan kepada pendeposit. Yang ada ialah keuntungan hasil daripada perniagaan yang dijalankan oleh bank menggunakan duit pendeposit. Ia adalah satu perkara yang berbeza besar. Dalam bisnes memang ada untung rugi. Tapi perniagaan yang dijalankan di bank jika kena caranya, insyaAllah boleh untung dengan banyak.
Wallahualam wassalam.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteISRA COLLOQUIUM 2012
“Islamic Finance in a Challenging Economy: Moving Forward”
Kuala Lumpur, Malaysia: October 10, 2012
Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah. TQ ;)
http://www.isra.my/events/current-event-2012/colloquium-2012/call-for-paper-english.html
Islam la sangat..setiap bulan dah masuk tahun ke tiga.. Tarikh sepatut bayar adalah pada 5hb setiap bulan..Gaji saya adalah pada 25hb setiap bulan..Setiap hari ejen pengutip hutang yang konon mengaku dari bank islam akan call dari 8hb sampaila 24hb...sedangkan saya cuma lewat bayar 20hari,tapi call macam saya tak bayar langsung. Bayaran saya konsisten setiap bulan seperti cara di atas.
ReplyDeleteInikah yang dinamakan islam ?????