Tuesday, November 20, 2012

MyRightAd.com Kemungkinan Besar SCAM!!

Assalamualaikum wbt.

Tak serik-serik puak-puak nih. Mudah sangat terpedaya dengan Skim Cepat Kaya.

Laman Web MyRightAd


Habis je tamat riwayat WorldShoppersLink, muncul pula satu lagi laman web yang baharu iaitu MyRightAd.com. Kelihatan modus operandinya hampir sama dengan WSL. Masukkan duit untuk beli pakej pengiklanan dan anda akan dapat duit secara mingguan berdasarkan pakej yang anda beli dengan cara klik iklan. Pakej paling rendah berharga $100 dan mingguan anda akan dapat $6. Jika anda beli pakej yang paling mahal iaitu $2000 anda akan dapat mingguan $200. Dalam masa 10 minggu sahaja anda akan balik modal! Wah! Menariknyaaaaa!

Tapi tunggu dulu.. Jangan laburkan duit anda terlebih dahulu, kerana terdapat beberapa perkara yang meragukan dan kemungkinan besar MyRightAd.com adalah SCAM!!


Majoriti pelawatnya ialah Malaysia!

  1. Bisnes yang begitu global dan gempak seperti ini tapi tiada alamat dan no. telefon di laman web mereka? Macam mana saya nak call dan semak akaun saya jika saya tiada talian internet? Macam mana saya nak dapatkan balik duit saya kalau saya tak dapat akses laman web MyRightAd.com? 
  2. Syarikat bisnes online semestinya memerlukan traffic yang tinggi untuk memastikan bisnesnya berjaya. Traffic yang tinggi boleh diterjemahkan melalui Google Page Rank dan Alexa.com. Walaupun di Alexa.com ranking yang diperolehi oleh MyRightAd.com adalah agak tinggi, tapi Google Page Rank bagi website ini adalah 0/10. Ini adalah satu perkara yang boleh dipertikaikan bagi sebuah syarikat pengiklanan!
  3. Jika saya adalah sebuah syarikat besar yang ingin mengiklankan produk saya, saya akan memilih website-website yang mempunyai traffic yang sangat tinggi setiap hari kerana kandungannya yang menarik bagi memastikan keberkesanan iklan saya. Contohnya Facebook, Google dan Youtube yang mempunyai traffic yang sangat tinggi dan saya boleh mensasarkan produk saya kepada orang yang tepat melalui kecenderungan mereka terhadap perkara yang mereka minati. Kenapa saya ingin mengiklankan produk saya di dalam laman web pengiklanan yang tidak ramai pelawat kerana kandungannya hanyalah iklan sahaja dan tidak menarik langsung? Siapa yang nak tengok iklan-iklan tersebut melainkan hanya para pengiklan sahaja? 
  4. Jika saya adalah sebuah syarikat pengiklanan, saya sepatutnya menerima bayaran daripada client saya iaitu syarikat yang hendak mengiklankan produknya di dalam website saya. Kenapa pula saya nak terima bayaran daripada para pengunjung website saya yang nak melihat iklan-iklan yang dipaparkan? Suratkhabar MalayMail dan TheSun di Malaysia boleh memberikan suratkhabarnya secara percuma kerana menerima bayaran daripada syarikat yang mengiklankan produknya. Begitu juga siaran TV3, NTV7 dll. yang tidak menyuruh kita membayar apa-apa untuk menonton siaran. Semua pendapatannya hasil daripada menjual slot-slot iklan kepada syarikat yang hendak mengiklankan produk. 
  5. Jika saya adalah sebuah syarikat pengiklanan, saya sepatutnya membuka paparan iklan-iklan tersebut kepada seramai mungkin pengunjung website saya bagi memastikan keberkesanan iklan. Kenapa bila pengunjung yang belum berdaftar melawat website ini tiada iklan yang ditayangkan dan hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh masuk dan lihat iklan-iklan tersebut? Bukankah ini menghadkan kuasa keberkesanan pengiklanan tersebut? 
  6. Dan akhir sekali hujah yang sama seperti WSL, kadar bayaran bagi setiap klik yang sangat tinggi adalah satu perkara yang mencurigakan. Sudahlah keberkesanan iklan dipertikaikan, traffic rendah, macam mana kadar bayaran bagi setiap klik pula boleh mengatasi Google Adsense dan Facebook Ads? 
Kalau kita bongkar lagi, pasti kita akan temui banyak lagi kesangsian dan kecurigaan dalam website tersebut.  Tapi cukuplah setakat ini untuk kita sama-sama berfikir dan hindari segala bentuk Skim Cepat Kaya. Ingat, walaupun kita mungkin mendapat keuntungan daripada skim seperti ini, tapi hukumnya adalah HARAM disebabkan ia adalah skim cepat kaya yang tidak mempunyai urusniaga yang jelas dan meragukan. Biarlah kita beroleh kekayaan dengan cara yang lambat dan bertahun-tahun tapi berkat. Wallahualam. 





90 comments:

  1. Anonymous3:47 PM

    Betul. Kalau nak elak daripada kena SCAM, jangan sentuh apa-apa bab pasal pelaburan. itu adalah sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. maaf!!!hamba tak tahu apa bendanya SCAM tu???blh beri penjelasan???satu lagi...kiranya join myright ni haram lah ye????

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:09 PM

    klu website camni x scam aku mmg teringin nak masuk.tp objektif aku nak masuk bkn la sbb aku nak kaya.juz nak tambah duit poket jer.klu nak harapkan duit gaji berapalah sgt.aku pn xpandai sgt bab2 berniaga.so,ni lah harapan aku nak tambah pendapatan.

    ReplyDelete
  4. apakah hukum wang pendapatan yang dapat daripada program perniagaan klik iklan seumpama ini? sila beri penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum menyertai skim cepat kaya adalah haram. sila rujuk majlis fatwa kebangsaan.

      Delete
  5. Anonymous12:40 PM

    aku ada join bebda ni..mintak2 blik modal...sasaran sekadar bleh isi minyak kereta jer dah ckup!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:44 PM

    Assalamualaikum tuan tanah~

    Saya baru 3 minggu join myrightad dan kini ingin tanya pendapat tuan.

    Sblom saya masuk MRA saya didedahkan bahawa MRA ini

    1~merupakan syarikat berlesen dan berdaftar di negara
    hong kong.
    2~ad surat perjanjian/agreement dgn syarikat acer n
    syarikat2 berjenama lain
    3~bley buat kad visa n boleh pakai kad itu utk keluaran
    duit di mana2 mesin atm.
    4~bley gunakan akaun Liberty reserve utk keluarkan duit.
    5~bley download google play ke telefon android n boleh
    klik iklan pakai software tu dm telefon.

    itu sume perkara2 yg mnyebabkan saya yakin bhw syarikat ini bkn scam.

    tapi saya ni org baru n ni first time join business tenet cmni. jd saya ingin tahu pndapat2 tuan ttg ni. kalu betol2 scam, saya akn berhenti dr mra ni.

    thanks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2:00 PM

      yang sudah paham, tentang MRA, silahkan di tulis pencerahannya...di sini juga sedang lagi booming??

      Delete
    2. 1. apa-apa bisnes pun boleh didaftarkan walaupun haram. contohnya bisnes pelacuran didaftarkan atas nama rumah urut. bisnes along boleh didaftarkan atas nama syarikat pajak dll. sebab tu kita tengok along tetap bermaharajalela.

      2. di mana anda lihat surat itu? yakinkah anda surat tersebut adalah surat yang tulen.. sedangkan cek dan duit pun boleh dipalsukan inikan pula surat. boleh rujuk syarikat tersebut untuk confirmkan.

      3. kad visa ni pun sama. asalkan syarikat yang sah dan ada duit, bolehlah buat.

      4. LR pun meragukan. banyak dah report mengenai LR yang mengatakan LR juga scam.

      5. Siapa-siapa pun boleh buat app android tu. sebab tu kita tengok banyak app2 yang tak berkualiti dan entah hapa2..

      Jika nak lawan hujah, sila jawab hujah saya dalam post di atas.

      Wallahualam.

      Delete
    3. Tn-tn cuba rujuk 2 lagi websites yg mangatakan ini perniagaan palsu melainkan mahu menyemarakan money- game. Money game adalah haram kata fatwa..

      http://myrightadmoney.blogspot.com/

      http://www.empowernetwork.com/forexpipmaker/blog/myrightad-review-scam-the-advertising-contract-is-fake/

      Kalau tn-tn rasa halal, hah bawak ke Umrah atau Haji....

      Delete
  7. join nie la...bwu ada wat pembayaran...join....pastu wat kad mastercaed...bayar directly kad lagi senang...

    ReplyDelete
  8. Penantian anda kini terjawab, DGREAT NETWORK membuka peluang utk Anda BUAT DUIT dgn hanya menjadi PENGGUNA BIJAK tanpa perlu mengubah cara hidup anda
    SEMUA ORANG ADALAH PENGGUNA, NAMUN ORANG KAYA MEMILIH UTK JADI PENGGUNA YANG LEBIH BIJAK DARI ORANG BIASA. LIHAT NI..

    JADI PENGGUNA BIJAK , TUKAR SEGALA PEMBAYARAN KEPADA PENDAPATAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous12:30 AM

      haprak la. ejaan pun x betul NISNES. najis tol. org sini bincang perkara penting, ko pulak sedap2 buat iklan. ptuih.

      Delete
  9. Anonymous3:03 PM

    macam mana nak buat visa card????

    ReplyDelete
  10. Anonymous7:38 PM

    Kenapa tuan tanah xreply comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:10 PM

      Tuan tanah nie biasalah...dia owner kpd blog. Dia akan mencipta blog dia dengan article2 yang menarik untuk menarik pelawat mengunjungi blog dia. Bila pelawat dah ramai dia dapatlah komersial dia punya blog. Sekrg nie ramai org boleh wat duit dgn blog....itu pendapat sahaja.

      Delete
  11. Anonymous3:07 PM

    yg berminat nak join myrightad msg@call sy number 0194176102.
    Sy boleh bagi rate cun.

    Memang terbaik! Takde scam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada orang bayar, selagi itu ia akan berterusan.. Biasalah ponzi kan :)

      Raja Ponzi

      Delete
  12. Salam, kalau nak di ikut kan dari jenis perniagaan MRA ni, ianya lebih ke arah skim ponzi. Masih ingat 12DP dan program2 sezamannya dulu yang popular?

    Ahli Fikir Blog

    ReplyDelete
  13. Sebelum membuat apa-apa bentuk pelaburan. ketahui la bahawa semua bentuk pelaburan tetap mempunyai risiko walau sehalal mana pun bentuk pelaburan itu. kalau bukan rezeki anda, memang tak sampai kemana-mana juga. jangan bazirkan wang titik peluh anda untuk sesuatu yang anda tidak fahami secara terperinci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:22 PM

      Saya setuju dgn anda. Pelaburan mempunyai risiko 100% tp profit 300% tak kira apa bentuk pelaburan. Hanya org yg faham ttg risiko pelaburan sahaja yg boleh melabur. Jika nak melabur siasat dulu ttg syarikat, projek yg syarikat buat dll lg sebelum melabur.

      Delete
  14. Anonymous8:42 PM

    IP address 158.255.44.49.
    MyRightAd Corporate
    maklumat myrightad,lengkap dgn addres
    Michael Mack
    Level 20, AIA Tower,
    251-301, Avenida Commercial De Macau
    Macau, Macau 763763, HK

    Phone: +852.877687667
    Email Address:myrightad@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebuah syarikat besar world class menggunakan gmail sebagai email yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja. mana email company

      Delete
    2. Mr.Joha12:00 AM

      Entahlah, emailpun guna yang free je, boleh percaya ke..??

      Delete
  15. Anonymous6:35 PM

    halo2..penulis yg tulis blog ni sdah join ka MRA..,klau blom join tu,jganlah dok bg pndapat yg negatif ttg MRA,lu talak join mna lu tau,gua ada..,lu ada???,klu MRA ni mau tipu maa..,dia x akn bayar maa ke lr or local bank..,dah bribu maa..gua mkn,gua sndiri punya talak2 sponsor olang maa..,tu pun gua dah utung laaa..,jd apa lu kisah..,lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous12:33 AM

      alo bro, kawan seopis gua sudah join MRA, tiap2 minggu duit masok gua sendiri tengok. dia labur RM6000 utk 44 weeks dia akan dapat RM540 seminggu. ada kompeni nak bagi gaji camtu? jgn pandang negatif dulu, kuar duit dulu baru tau.

      Delete
    2. Hukum menyertai skim cepat kaya adalah haram. Harap maklum.

      Delete
    3. Anonymous12:20 AM

      jgn tutup periuk nasi org tuan tanah.....nti silap ckp free dapat dosa

      Delete
    4. tiada silap cakap bro.. fatwa tersebut dikeluarkan oleh JAKIM.. hujah2 di atas pula adalah kajian saya.. boleh juga rujuk beberapa blog2 lain yang dah mendedahkan yg MRA adalah scam @ skim cepat kaya.. so? tepuk dada tanya iman.

      Delete
    5. carilah rezeki lain yang diyakini halal.. walaupun sikit yang penting halal dan berkat..

      Delete
    6. Anonymous3:12 PM

      salam... Tn Tanah, kalu mau ikut halal haram semua nye tak halal lagi undang2 pon dah tak halal...zaman nabi dulu ada ke demokrasi dan demokrasi tu ajaran siapa ?

      Delete
    7. ucapan tahniah kpd tuan tanah, sy dah join myrightads, ternyata satu penipuan yang terancang. memang bagus tuan tanah bongkarkan rahsia ini agar orang ramai tidak tertipu. sape nak join myrightad harap2 jgn menyesal di kemudian hari, dah la haram kena tipu lagi,,,saya gelar mywrongad.com

      Delete
  16. Anonymous8:59 PM

    ala... ak da join myrightad.. tp lps join. ak siasat balik syarikat ni.. laaa,,,tipu la. sijil pendaftaran syarikat pon x sah. apatah lagi penjanjian kontrak antara acer dgn mra. korang yg da join ni da tgk lom full kontrak mra dgn acer tu.. check la... ad ilmu guna la btol2.. kontrak tu pon x sah

    ReplyDelete
  17. saya sangat yakin MRA adalah SCAM. insyaAllah tak lama lagi BNM akan ambil tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:07 PM

      BNM mcm mana ambil tindakan?syarikat itu bukan beroperasi di Malaysia.

      Delete
  18. Anonymous7:18 PM

    ye sy yakin jgk.. dan saya ad bukti bnda ni scam. yg saya paling geram skali, lawyer yg masuk pon gtau mra ni sah, bnda ni jd.. kalu ak jmpa abg tu, mmg ak tibai la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:18 PM

      demo join ko?? klu xjoin duduk diam wak bodoo jah..... dlm bisnes ade untung rugi...klu nk untung sokmo gk curi lar,,,

      Delete
  19. MRA Bukan Skim Cepat Kaya....Lambat Kaya la..

    ReplyDelete
  20. Salam sejahtera.

    Peluang jana PENDAPATAN LUMAYAN dalam pelaburan mata wang bersama ZNESS.com.

    Sila layari web kami untuk maklumat lanjut dan Daftar di sini.. SEGERA !

    http://zness2u.com/?id=zaharahim

    Dan capai impian anda untuk kebebasan kewangan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Org malaysia sukamsgt program skim cepat kaya. Malas sgt nk berusaha. Banyak biz yang legal dlam Malaysia mcm MLM. Tapi ramai xnak buat sbb alasan x pandai cari orang dan taja orang.
    Saya nak perkenalkan satu biz mlm paling hebat dan terbaik dimana kita hanya duduk depan laptop. Tak perlu keluar berjumpa sesiapa. Yang hebatnya plan marketing kaki gajah. Kami susun ahli satu kaki memanjang ke bawah. Ahli yg tak menaja pun boleh dpt duit. Klu biz lain tengok je la tak dapat apa2 sebab x menaja. Tapi dgn biz ni mmg boleh dapat duit tanpa menaja dgn plan kaki gajah. Ramai yg dah dapat pun walau tak menaja..
    Untuk info lanjut boleh sms saya..0175937650 atau layari
    http://www.otaiteam.com/jutawan75

    ReplyDelete
  22. Cuba tengok site ni ada mat salleh revealed pasala myrightad.
    http://myrightadmoney.blogspot.com/2012/11/myrightad-scam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  23. Anonymous5:11 PM

    hai............saya dah masuk sebulan....duit belum pulang modal tapi webnya dah mula buat perangai..yg belum masuk ...tak payah le,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:43 PM

      buat website buat perangai site tengah maintenance setiap site company pun ada updating semasa ke samasa....dont worry

      Delete
  24. Anonymous9:43 PM

    Nasib baik aku google dulu, kalau tak ke laut.

    ReplyDelete
  25. Anonymous11:21 PM

    sama mcm wsl juga la

    ReplyDelete
  26. Anonymous6:49 PM

    MRA is not scam!!!

    ReplyDelete
  27. Anonymous4:05 PM

    saya dapat je tiap minggu..

    ReplyDelete
  28. Anonymous4:30 AM

    bohong kuat blog ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaki skim cepat kaya memang takkan percaya semua hujah-hujah..

      Delete
    2. Anonymous11:21 PM

      tuan tanah!!! klu xjoin ddk diam....apa hukum ttup periuk nasi org??

      Delete
    3. Anonymous4:49 PM

      astafirullahalazim...
      Bawak mengucap ye..dh tahu haram,x jelas kesahihan sumbernya yang menjana duit saudara,manakan boleh dikira halal? bila duit tu dh di bw mkn,jd darah daging,susah nanti. Fikir dgn tenang...

      Delete
    4. Mr.Joha12:19 AM

      Dorang ni memang tak serik2 walaupun dah banyak contoh2 yang boleh dibuat teladan tapi HAMPEH..!! Mintak maaf saya cakap, orang kita memang betul-betul BODOH dan MUDAH LUPA..

      Wahai saudaraku, betul orang cina cakap..ORANG KITA MEMANG PANDAI BILANG TETAPI TIDAK PANDAI KIRA.. Sudah berguni contoh yang ada didepan mata tetapi asyik nakkkk juga..

      Sekarang ada pula web yang baru, sistem dan modus operandinya sama dengan WSL, MRA dan yang lain2 tu juga, khabarnya dah makin ramai yang join, memang betul2 BODOHLAH mereka ni.. link dia kat bawah ni..

      =>> http://www.produkherbs.com

      Delete
  29. Tips pelaburan : Laburkan wang anda sebanyak amaun yang mampu anda rugi.

    ReplyDelete
  30. Anonymous6:18 PM

    3minggu lg blik la modal aku....harapkan gaji makan pasir aku...setiap biz ade risiko bro so yg nk masuk fkir2 dlu..

    ReplyDelete
  31. Anonymous6:25 PM

    www.ajclubmembers.com/klikdapatduit.com
    biz xperlu cr penaja... klau bro yg luar sne nk join akau cadangkn tgk dlu surat beranak die.. aku mmg follow up benda nie.. www.scamadviser.com pastu ko masuk website yg nk join....aku sarankn bg yg nk join ko tgk dlu benda 2 kt surat beranak die

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:03 PM

      boleh percaya ke scamadviser.com? website maybank2u.com pong dikatakannya high risk, padahal hari2 ada jer org dok guna wat online transaction. adoyai!

      Delete
  32. X kata benda ni scam x kata benda ni btol 100%.. Semua terpulang pada individu masing2... Saya masuk dah dpt balik modal so saya skrg amik untung jer..x perlu cari org pun...klu website tu tutup aku x rugi apa2 :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous12:34 AM

      setuju.

      Delete
    2. kalau dah balik modal selamatlah.. namun segala untung yang terhasil daripadanya adalah haram.

      Delete
  33. X kata benda ni scam x kata benda ni btol 100%.. Semua terpulang pada individu masing2... Saya masuk dah dpt balik modal so saya skrg amik untung jer..x perlu cari org pun...klu website tu tutup aku x rugi apa2 :))

    ReplyDelete
  34. Anonymous9:04 AM

    Jap, yg blogger tuan tanah ni pun guna nuffnang.. apa cerita? Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:46 AM

      Bila ada fitnah, so duit yg dapat dari nuffnang paypervisit.. jadi duit haram ke tak? Hehe...

      Delete
    2. Anonymous12:41 PM

      So nuffnang juka syarikat iklan.. dengan mengadakan berita sensasi tanpa usul periksa dan hanya membuat teori sahaja mra ni scam.. so duit dari nuffy pun boleh jadi haram.. sbb fitnah.. nak berhujah, hujah betul2.. silap2 duit haram tu jadi darah dagibg sendiri.. wallahualam..

      Delete
    3. Anonymous12:44 PM

      Sembang macam alim sangat.. sendiri buat pun xfikir.. so better jangan buat hasutan.. hasutan tu amalan syaitan yang direjam

      Delete
    4. hahaha.. manusia sekarang macam-macam jenis.. tidak tahu macam mana yang dipanggil fitnah dan macam mana yang dipanggil hujah.

      Delete
    5. Anonymous11:24 PM

      hahaha.......org xkn cr kelemahan kte klau kte xcr kelemahan org tuan tuan....pk sdri

      Delete
    6. Haha.. Apa kelemahan saya? pakai nuffnang? buat lawak lah tuan ni.. jangan menampakkan kebodohan tuan

      Delete
  35. Anonymous5:34 PM

    tinggl 2 minggu lg aku blik modal...i minggu akan dapat 450... sebulan???
    aku cadangkan lau nk join benda ni kne pk risiko die..bg yg xberani xpyh...

    ReplyDelete
  36. Anonymous9:25 AM

    aku memang ada business yg berdaftar dan telah beroperasi lebih 10 tahun. Kadang2 tu ada juga ruginya. Jadi moralnya berniaga bukanlah untung jer. Kena bercinta juga ngan ruginnya. Aku yakin mra ni memang skim cepat kaya. Cuma kalau nk melabur dlm skim cam ni janganlah tamak. Cukuplah pelaburan yg masuk akal. Ia cuma sementara je. So... rebutlah peluang ini. Kalau nk join, contact la aku.

    ReplyDelete
  37. Anonymous1:06 AM

    ala ni mcm WorldShoppersLink juga la...dulu sembang besar la dpt income lebih bagai..bila dah kantoi website dah tutup..mana p habis org2 yg mulut manis WorldShoppersLink tuh?? utk geng MyRightAd.com skg sembang kencang la..kita tgk website MyRightAd.com tu buat hal lingkup tutup...mana suara2 korang nnt ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:14 AM

      setuju. dh beberapa hari w.site myrightad.com buat hal ~ tak blh login. kapal dh mula karam

      Delete
  38. Anonymous7:54 PM

    bersyukur lah kerana ada blog ini

    ReplyDelete
  39. Anonymous11:55 PM

    dh kelaut pn

    ReplyDelete
  40. Anonymous1:31 PM

    Inilah risiko skim cepat kaya. lain x kalau nak melabor dlm skim camni, korang sule je dulu bontot dia orang guna kayu api. baru ngam oii...

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. Anonymous1:05 AM

    why login failure in myrighad.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:16 PM

      Myrigthad Scam now !!! I cant login too :(

      Delete
  43. Alhamdulillah...sy baca blog ni.dan stop melabur.dh dpt modal dan x mncari downline...walaupun upline suruh buat networking..

    ReplyDelete
  44. Anonymous1:26 AM

    dh ke laut lm dh myrightad..terima lah myrightad scam...

    ReplyDelete
  45. Anonymous8:14 PM

    I want to buy some MRA points..if u have points more than 5000 contact me soon..my email is diluk.dhanushka@gmail.com
    face book- Dluk Dhanushka

    ReplyDelete
  46. Anonymous1:43 PM

    finnaly myrighad.com dah berkubur... habis modal aku sebanyak USD 100.. memang masa mula2 daftar bulan november 2012 tu okay je dia punya income.. sampai bulan 2, langsung dah tak boleh login..asyik invalid je padahal password aku tak pernah tukar pun.. then baru2 ni try nak masuk balik, website dia pulak dah bungkus.. memang bugima betul lah scam ni.. menyesal sudah tidak bermakna lagi.. :'(

    ReplyDelete
  47. Anonymous11:31 PM

    Benda ni dah bincang lama sebelum kene.. org kasi nasihat tak mau dgr.. kata jgn tutop periuk nasi org lain la.. pandangan negative la.. hehehe.. sekarang dah lingkup.. apa kata kawan2 yg dah join tu plak? Lol

    ReplyDelete
  48. Mr.Joha12:22 AM

    Dorang ni memang tak serik2 walaupun dah banyak contoh2 yang boleh dibuat teladan tapi HAMPEH..!! Mintak maaf saya cakap, orang kita memang betul-betul BODOH dan MUDAH LUPA..

    Wahai saudaraku, betul orang cina cakap..ORANG KITA MEMANG PANDAI BILANG TETAPI TIDAK PANDAI KIRA.. Sudah berguni contoh yang ada didepan mata tetapi asyik nakkkk juga..

    Sekarang ada pula web yang baru, sistem dan modus operandinya sama dengan WSL, MRA dan yang lain2 tu juga, khabarnya dah makin ramai yang join, memang betul2 BODOHLAH mereka ni.. link dia kat bawah ni..

    =>> http://www.produkherbs.com

    ReplyDelete
  49. bagaimana dgn yang ini.... http://www.theweeklypay.com/index.php?share=350020

    ReplyDelete
  50. join ni je... http://tunetalk.ws/193035.php

    ReplyDelete
  51. hello
    myrightad that website is working

    ReplyDelete
  52. Anonymous5:11 PM

    Hi.
    My name is Andrew, I represent NewForex brokerage company.
    We would like to discuss partnership with You.
    Please contact me.

    My contacts:
    Mail: partnership@newforex.com
    Skype: partnership.newforex

    ReplyDelete
  53. Saya seorang pemberi pinjaman pinjaman peribadi yang mempunyai semua yang diperlukan untuk menjadi pemberi pinjaman tulen i memberi pinjaman yang terbaik untuk pelanggan saya pada kadar faedah rate.The yang sangat mudah untuk pinjaman ini adalah 3% .saya memberi pinjaman kepada individu awam dan swasta. jumlah maksimum i memberi di dalam pinjaman ini adalah $ 1,000,000.00 USD mengapa jumlah minimum i memberi keluar ialah 5000.for maklumat lanjut hubungi email osmanmoneynservice@gmail.com
    Maklumat Penuh Anda:
    Nama penuh :………
    Negara: .............
    menyatakan: .............
    Seks: .............
    Alamat ............
    Tel: .............
    Pekerjaan: ...... ..
    Jumlah yang diperlukan: ............
    Tujuan Pinjaman: ...... ..
    Tempoh Pinjaman: ............
    Nombor telefon :………
    Kenalan e-mel: osmanmoneynservice@gmail.com

    ReplyDelete