Monday, August 06, 2012

Zakat KWSP dan Hukum Dividen KWSP

Salam,

Setelah saya post berkaitan dengan perkara-perkara yang boleh dibuat dengan duit KWSP, baru saya perasan yang tiada lagi penjelasan dibuat mengenai apakah tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebelum kita berbelanja dan melabur menggunakan duit tersebut.

Tanggungjawab tersebut ialah berkaitan dengan zakat dan pembersihan dividen KWSP. Kedua-dua ini adalah tanggungjawab agama yang sangat penting dan tidak boleh kita abaikan. Jika tidak terimalah akibatnya di akhirat nanti kerana melanggar hukum Allah swt.

Zakat KWSP

Seperti yang kita sedia maklum, majoriti daripada institusi kewangan tidak menunaikan zakat bagi pihak pendeposit terhadap simpanan yang dilakukan oleh pendeposit tersebut. KWSP tergolong di dalam kelompok tersebut. Oleh itu menjadi tanggungjawab pendeposit untuk menunaikan zakat simpanannya sendiri.


Tapi bagaimana kita nak tunaikan zakat tersebut sedangkan kita tidak berhak sepenuhnya ke atas duit tersebut? Sekiranya kita masih belum mengeluarkan keseluruhan duit KWSP tersebut, maka kita tidak wajib membayar zakat. Ini kerana duit itu belum sepenuhnya menjadi milik kita. Dalam kes pegawai kerajaan yang sudah boleh mengeluarkan kesemua wang KWSP kerana sudah menerima Pemberian Taraf Berpencen (PTB), maka beliau wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% sebaik sahaja menerima wang tersebut. Penjelasan lanjut mengenai hal tersebut bolehlah dirujuk di link berikut.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/01/zakat-kwsp.html

Hukum Dividen KWSP

Seperti yang kita sedia maklum, setiap institusi kewangan akan menggunakan wang simpanan pendeposit untuk dilaburkan bagi memastikan wang tersebut produktif dan dapat memberikan pulangan. Sama juga halnya dengan KWSP yang mempunyai dana simpanan pekerja yang sangat besar iaitu sekitar RM 444.5 bilion. Dengan jumlah wang yang sebegini besar KWSP perlu mencari instrumen-instrumen pelaburan yang banyak bagi mempelbagaikan (diversify) pelaburan. Sudah tentu kalau kita diberi pilihan pastilah kita mahukan wang kita dilaburkan ke dalam instrumen-instrumen pelaburan yang patuh syariah. Tapi hakikatnya perkara ini bukan senang untuk dilakukan.

Sememangnya diakui pada ketika ini semakin banyak syarikat yang diiktiraf sebagai patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Syariah Advisory Council. Namun tidak semua syarikat-syarikat ini bersesuaian dengan polisi KWSP yang mahu menjamin wang pendeposit daripada kerugian. Oleh itu hanya syarikat-syarikat yang berprofil tinggi, berkredibiliti dan prestasi masa lampaunya bagus sahaja yang akan dipilih. Maka di sini berlakulah pemilihan syarikat-syarikat yang tidak patuh syariah sebagai tempat untuk dilaburkan wang tersebut. Antaranya institusi-institusi kewangan konvensional yang tidak patuh syariah, pinjaman-pinjaman dalam bentuk bon dengan riba, fixed deposit dan lain-lain lagi. Sila rujuk surat daripada KWSP kepada PPIM di bawah.




Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkan wang dividen yang diperolehi hasil daripada pelaburan tersebut. Tapi tahukah kita akan peratusan dividen yang tidak bersih tersebut? Hakikatnya hanya KWSP sahaja yang tahu, dan perkara ini tidak didedahkan kepada orang awam. Ini adalah satu perkara yang menyedihkan kerana kita sering mencanangkan yang negara Malaysia adalah negara Islam. Diharap pihak KWSP boleh memperbaiki hal ini. Dan tentu yang lebih baik ialah dengan memastikan pelaburannya 100% patuh syariah walaupun agak sukar untuk dilakukan.

Jadi apa yang perlu kita buat, ialah dengan menolak hanya 50% daripada wang dividen yang kita terima untuk tujuan tersebut. Ini tidak susah kerana di dalam penyata yang diperolehi bila kita mengeluarkan duit KWSP, telah dinyatakan berapakah dividen yang telah kita perolehi. Dan ternyata jumlahnya tidaklah banyak sangat kerana dividen tahunan KWSP hanya sekitar 4-5% sahaja.  Lebih baik kita lakukannya daripada kita terpaksa menanggung dosa akibat memakan harta yang haram. Duit tersebut bolehlah kita salurkan kepada fakir miskin. Untuk maklumat lanjut sila rujuk link berikut.

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=101&id=118329&Itemid=91

Contoh Pengiraan


Gambar di atas adalah snapshot daripada penyata yang dikeluarkan oleh KWSP. Dalam kes ini jumlah yang wajib dikenakan zakat ialah RM 21,418.62 dan 50% daripada dividen iaitu RM 328.70. Jadi jumlahnya ialah RM 21,747.32. Jadi jumlah zakat yang perlu dikeluarkan ialah 2.5% daripada jumlah tadi iaitu sebanyak RM 543.68.

Manakalah 50% lagi daripada dividen iaitu RM 328.70 perlulah dibersihkan dengan cara mendermakannya kepada fakir miskin.

Sekian,

Wassalam.

15 comments:

  1. Anonymous6:35 PM

    Mengikut pendapat UZAI yg pernah saya dengar. 70% pelaburan kwsp tidah halal hanya 30% halal. sumber drpd kawan UZAI yg berkerja dengan KWSP,
    Harap maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kalau tahu kadarnya lebih bagus.

      Delete
  2. Anonymous6:42 PM

    Assalamualaikum w.b.t
    Usaha yang bagus dan baik untuk umat islam yang ingin membersihkan harta dunia menuju akhirat.
    (UZAI-Ustaz Zaharuddin)
    Apa yang pernah saya dengar juga, wang 70% itu tidaklah boleh diniatkan menderma kerana hasilnya tidak halal. oleh yang demikian kita perlulah memberi duit itu tanpa niat sedekah atau derma tetapi hanya sekadar memberi tanpa niat ada manfaat untuk diri kita ataupun saudara-mara kita.
    bagi dan lupakan wang itu.
    sekian terima kasih jika salah harap betulkan.

    ReplyDelete
  3. Kalau takut subhah jangan ambil dividen tu, ini tak yang dok komplen tu yang beria ria bila dapat dividen terus senyap, jangan jagi hipokrit le, duit bila depan mata kopiah pun boleh senget, Ni le melayu cakap banyak, itu salah ini salah tak tahu hujung pangkal tuduh sana tuduh sini macam le mereka ni pandai2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Sekurang-kurangnya ada usaha mereka untuk menyucikan harta mereka.. Daripada orang yang makan semua tak kira halal haram.. Btw, Semuanya berdasarkan hujah.. kalau tak nak terima terpulang.. Tak perlulah kata nak tunjuk pandai..

      Delete
    2. Ntah..org nk bersihkn harta pn nk kondem..ni la prangai melayu bukan perangai islam

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Anonymous10:34 PM

      Orang yg agama hanya pada nama&kad pengenalan memang mcmnila perangainye.takut sgt nk keluar duit atas niat utk mnyucikan duit tu tp xtakut dgn azab akhirat..

      Delete
    5. Kepada sesiapa yang nak lupuskan wang tu boleh bagi kat teman

      Delete
  4. Anonymous10:19 PM

    Cara pengiraan uzai bg bukan mcm tu. Yg tu sikit sgt. Klu ikut pengiraan uzai, amaunnya mmg berpeluh kita

    Cth KWSP dpt rm20 ribu termasuk dividend. 35% dari 20 ribu merupakan hasil dividend sahaja. 70% dari 35% x 20 ribu tu yg haram

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:21 PM

    Rm4900 adalah haram

    ReplyDelete
  6. Bolehkah saya sedekah/derma wang zakat KWSP kepada fakir miskin tanpa membuat bayaran ke Pusat Zakat ?

    ReplyDelete
  7. Bolehkah saya sedekah/derma wang zakat KWSP kepada fakir miskin tanpa membuat bayaran ke Pusat Zakat ?

    ReplyDelete
  8. sesiapa yang nak lupuskan wang tu boleh bagi kat teman

    ReplyDelete