Friday, August 31, 2012

OSK Investment Challenge (Campus Edition) 2012

Salam,

Mahu RM 22,000 dan kamera Lumix yang terkini? Jom sertai pertandingan OSK Investment Challenge (Campus Edition) 2012 anjuran OSK Investment Bank.

OSK Investment Challenge Website

Sebelum pergi lebih lanjut, syarat utamanya ialah masih student tak kiralah degree ke, master ke, PhD ke janji anda adalah student Universiti atau Kolej. Maklumat lanjut boleh rujuk Terms & Condition pertandingan tersebut di sini. Untuk Lecturer pun ada juga, tapi kategorinya lain dan hadiah maksimum pun RM 6,000 sahaja.

Setiap peserta akan diberikan RM 100,000 wang maya untuk dilaburkan. Tempoh pertandingan ialah hanya 1 bulan bermula dari 2 Oktober 2012 sehingga 31 Oktober 2012. Objektif pertandingan pula ialah untuk mendapatkan Absolute Total Portfolio Value yang tertinggi iaitu jumlah keseluruhan portfolio termasuk dengan tunai di tangan. Total Portfolio Value = Market Value + Cash at hand.

Berdasarkan tempoh yang diberi dan objektif tersebut, nampaknya analisis yang paling sesuai untuk digunakan adalah Technical Analysis dan secara trading (jual beli) bukan secara buy and hold (beli dan pegang). InsyaAllah dengan sistem trading yang betul, money management dan risk management, anda mungkin berjaya. Pilihan saham mestilah yang aktif dan volume tinggi sebab masa yang diberikan adalah singkat. Gunakan Charting Tool dan indikator-indikator teknikal yang sesuai untuk melakukan analisis. Untuk yang percuma anda boleh download di sini.

Contoh Penggunaan Chartnexus.


Kepada yang masih student, jangan lepaskan peluang ini. Walaupun tidak menang, pasti ada sesuatu yang akan dapat anda pelajari berkaitan dengan pelaburan.

Sekian, wassalam.

5 comments:

  1. Anonymous7:56 PM

    salam saudara. saya nk mntak pendapat saudara tentang satu pelaburan yang dinamakan, 'rapid gold and currency exchange'. setelah baca dan cuba research, ada byk pendapat tentang bnda ni. salah satu pndapatnya, ia halal kerana tiada riba malah ada akaun islamik sendiri. sejauh mana kebenaran nya kerana saya kurg faham tentang ilmu2 ni. jadi, saya ingin minta saudara kongsikan pendapat saudara. terima kasih.

    http://www.uncangemas.com/

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:00 PM

    maaf kerana enrty ini pula yg menjadi tempat bertanya.
    ini yg saya dapat melalui research di google. apa pendapat saudara yg lebih arif?

    PERSOALAN
    Hukum Pelaburan Spot Gold Index Trading

    Soalan
    Assalamualaikum,ustaz

    1.Perdagangan index emas ini merupakan pelaburan yang yang jarang orang dengar dan terlibat berbanding pelaburan emas fizikal seperti Public Gold,KFH Gold,Maybank Gold dan lain-lain.Keuntungan dan kerugian perdagangan ini berdasar turun naik harga emas.Pelaburan ini,mempunyai pasaran 2 hala iaitu boleh "long" dan "short".Persoalan saya sini ialah apakah hukum menjalankan urusniaga index emas (spot gold index trading) dalam islam .

    Jawapan

    Hukum asal perniagaan saham termasuk index saham banyak dibincangkan oleh para ulamak kerana ianya adalah sesuatu yang baharu, ada yang menghalalkannya dan ada yang mengharamkannya berdasarkan nas-nas dan dalil yang dibawa oleh setiap pihak. Ada antara hujah tersebut menepati hakikatnya dan ada yang tidak menepati hakikatnya. Isu ini juga sama seperti pembelian melalui internet juga mempunyai pendapat yang sama dikalangan ulamak.
    Ulamak yang mengharamkannya adalah ditakuti berlaku penipuan seperti gharar, tadlis, tiada qabad, tiada ijab qabul, tiada serah menyerah pada masa yang sama dan sebagainya. Manakala ulamak yang mengharuskannya meletakkan syarat-syarat tertentu antaranya tiada gharar, salah satu bentuk istisna' (tempahan), tiada paksaan dan sebagainya untuk memastikannya sebagai satu bentuk perniagaan yang dihalalkan. Ringkasnya ramai ulamak yang terdahulu (di peringkat awal) mengharamkannya. Manakala ulamak mutaahkir (kemudian) mengharuskannya.
    Dalam perniagaan index emas sebenarnya disebalik perniagaan itu terdapat emas yang betul yang dilakukan dalam bentuk jual dan beli serta mengambil keuntungan jika untung, dan menerima kerugiaan jika rugi. semuanya akan melibatkan duit sebenar yang ada di dalam akaun kita (pendeposit). Disinilah timbul khilaf ulamak, ada yang mengganggapkannya sebagai perniagaan "atas angin" maka mereka mengharamkannya atas dasar gharar. Manakala yang mengahruskannya menyatakan ianya adalah emas betul yamg dijual dan dibeli mengikut perubahan harga di peringkat dunia yang mungkin berubah pada setiap minit. Bagi yang menghalalkannya menyatakan ianya adalah benar-benar berlaku jual dan beli bukan sekadar "atas angin" sebab itu apabila untung kita dapat mengeluarkan duit keuntungan itu dalam bentuk cash, begitu juga sebaliknya jika rugi akan kehilangan cash (tunai) tersebut. Yang penting di sini ialah ianya mesti di lakukan dengan broker / bank yang berdaftar dan berperaturan (license and regulated) dan bukan yang tipu (scam).

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:01 PM

    samb.

    Perniagaan emas juga mesti memenuhi syarat yang disebut dalam hadis antaranya:
    -Yadan bi Yadin (Penyerahan tangan) seorang serah seorang terima.
    -Pada masa yang sama.
    -Nilai yang sama (5 gram dengan 5 gram).
    -Ada akad dan persetujuan bersama.

    Apabila syarat di atas di penuhi maka ianya adalah dihalalkan. Apabila kita perhalusi hadis ini dan apa yang berlaku maka kita akan dapati dalam perniagaan emas yang diwakili oleh index emas ianya adalah halal kecuali apabila ia melibatkan riba.
    Manakala pembelian secara Long dan Short juga di bincangkan oleh ulamak ianya juga mempunyai dua pendapat, tentang Long semua ulamak bersetuju manakala short ada yang bersetuju dan ada yang mengharamkannya, yang sahih ianya adalah dibolehkan.


    RGCX adalah syarikat broker rapid gold dan currency exchange yang menawarkan platform untuk kita melakukan akaun trading dalam tukaran matawang dan spot gold index. Persamaan kedua-dua akaun ini adalah tiada swap cas dikenakan apabila kita bertrading melalui platform yg disediakan.Swap charge adalah interest/bunga harian yg dikenakan kepada trader oleh kebanyakkan syarikat broker dan ini bertentangan dengan syarak. Maka sesetengah broker menyediakan akaun trading Islamic tanpa mengenakan swap dan ini tidak akan membebankan pelanggan yang berurus niaga. Malah untuk akaun EGTA pula, kita boleh melakukan trading spot gold index tanpa MARGIN CALL dan pihak RGCX menawarkan dividen dalam unit igold berdasarkan jumlah dana yang ditradingkan. Maka, EGTA adalah platform yang terbaik untuk sesiapa yang ingin memulakan trading spot gold index disamping mendapat pasif income daripada dana yang ditradingkan. Diharap perjelasan ini dapat difahami dan RGCX bukannya syarikat perlaburan emas atau menjual emas seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak dan juga bukan SKIM CEPAT KAYA.

    ReplyDelete
  4. Kalau RGCX hanya meniagakan index gold spot maka saya bersetuju dengan ustaz zaharudin di atas. Tapi kalau RGCX juga terlibat dengan forex, kita perlu perhalusi dahulu dari segi kontrak yang berlaku dan urus niaga lainnya. Kerana walaupun akaun tersebut tiada riba, tapi jual beli FOREX mestilah mengambil pakai hukum bagi jual beli emas iaitu ia mesti spot, berlaku pemilikan dan secara cash. Wallahualam..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete