Friday, October 19, 2012

VGMC Kemungkinan Besar SCAM!

Salam,

Berikut adalah beberapa hujah baru saya mengenai VGMC.

VGMC mempunyai kebarangkalian yang tinggi adalah sebuah SCAM. Antara hujah saya ialah, 


  1. Biasanya IPO sesebuah syarikat tidak memerlukan masa yang lama sehingga bertahun-tahun untuk disenaraikan. Paling lama pun hanya setahun. Ini kerana rugilah dia jika tunggu lama-lama, kerana pasti ramai pelabur di luar sana yang tak sabar nak beli saham IPO. Bila ramai pembeli saham IPO maka syarikat akan ada dana yang sangat besar untuk mengembangkan syarikat. Lagi lama tunggu, lagi rugi. Satu lagi, jika betul hendak disenaraikan ia sepatutnya telah diwarwarkan di Stock Exchange yang berkaitan. 
  2. Kedua, dividen yang terlampau tinggi yang diberikan oleh VGMC adalah satu perkara yang tidak logik. Syarikat yang paling untung di dunia pun hanya bagi dividen sekitar 10% - 15% sahaja SETAHUN! Itu pun dah dianggap sangat tinggi dan jarang berlaku. Biasanya keuntungan saham yang banyak ialah pada kenaikan harganya bukan pada dividennya. 
  3. Ketiga, VGMC sudah mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhan kerana gagal membayar dividen. Kalau modus operandinya ialah dengan menggunakan duit peserta baru untuk membayar dividen peserta lama, maka syarikat akan gagal sekiranya peserta baru semakin kurang. So akibatnya syarikat akan gulung tikar. 
Diharap kita dapat buka mata dan sedar sebelum terlambat. Jauhkan diri daripada VGMC kerana dibimbangi ia adalah SCAM yang akan jatuh tak lama lagi. 

Wallahualam.

21 comments:

  1. Kemungkinan VGMC mengamalkan skim piramid dan tidak mampu lagi membayar dividen.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:45 AM

    Dah terlambat dah pun.

    ReplyDelete
  3. ponzi scheme mcm sistem pyramid n referral yg lain

    ReplyDelete
  4. ponzi scheme mcm sistem pyramid n referral yg lain

    ReplyDelete
  5. Adalah lebih baik apabila sesuatu hujah itu berdasarkan fakta yang tepat. Sebab nanti akan menimbulkan fitnah. Saya sarankan tuan cek balik kenyataan tuan, atas dasar apa yang hujah itu di keluarkan? Fakta atau pandangan orang ramai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan. Hujah di atas adalah common sense. Kalau common sense pun VGMC tak lepas, inikan pula fakta-fakta yang sebenar.

      Delete
    2. The problem with common sense is that it's not very common. :<

      Ego+Gullible+Ignorance= Perfect ponzi victim.

      Delete
    3. Menurut common sense Alexander Graham Bell ketika itu, "Potong telinga aku kalau boleh telefon tanpa wayar". Sib baik dia dah mati skrg ni.. klu x org dah ptg telinga die... so much of a common sense :P~

      Delete
  6. Mgkn abbe havied merupakan salah seorang pelabur vgmc..bru2 nie sya ada terbaca post di fb yg mana ada downline yg tk dpt profit drp upline...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cool Daddy, FYI, VGMC bkan MLM yang ada upline & downline. Rasanya individu yg menipu bkan sykt yg mcm tu..

      Delete
  7. Anonymous10:21 AM

    If anyone would like to know about VGMC and the investment plan that they offer you could always email me at deepak@vgmail.com for us to discuss further without any obligation to become a shareholder or visit www.successinvestments.blogspot.com for further information on VGMC.

    Jika sesiapa ingin tahu mengenai VGMC dan pelan pelaburan yang mereka tawarkan anda boleh emel saya di deepak@vgmail.com supaya saya boleh terangkan dengan lebih teliti pelan VGMC tanpa apa-apa kewajipan untuk menjadi para pemegang saham atau pun sila layari www.successinvestments.blogspot.com untuk maklumat lanjut mengenai VGMC.

    ReplyDelete
  8. NAMPAKNYA ORG YG MENULIS NI PUN TAK TAHU ALL ABOUT VGMC SECARA DEKAT...MUNGKIN SEKADAR DENGAR2 CAKAP ORANG JE KUT........

    BUKAN SEMUDAH ITU UTK MENCAPAI IPO....

    DAN...D LUAR SANA...BYK BANK2 BESAR YG BOLEH KASI DVDEN BULANAN LEBIH 10%....

    ReplyDelete
    Replies
    1. asrul hazani.. sesungguhnya paling lama nak listing ipo pun dua tahun.. ini dah makan bertahun2.. boleh tuan kasi bank2 besar mana yang kasi dividen bulanan lebih dari 10%.. saya nak tahu sekarang juga sebab nak masukkan duit saya dalam tu..

      Delete
    2. Ada tuan abu muadz. JP Morgan Chase bank di New York. Dorg bleh bg sehingga 35% dividen drp product investment dorg. Tuan bleh bukak acc bank tersebut disana dan bawaklah semua duit tuan yang 'byk sgt' tu dan melaburlah kat situ. Saya telah diberitahu oleh seorang kenalan dan org itu adalah seorg VP dlm sebuah bank terbesar di M'sia dan juga invester dlm VGMC, sampai skrg C*** (nama bank di M'sia) TAK DAPAT2 nak bukak acc JP Morgan Chase Bank. FYI, VGMC adalah acc holder di bank JP Morgan dan setiap pengiriman ke local bank di M'sia akan stated transfer drp bank mana.
      Saya sarankan tuan cubalah bukak acc di bank tersebut.. (kalo boleh). Dan sekali lagi saya sarankan agar tuan cek balik kenyataan tuan. Fakta? pandangan orang ramai? atau syok sendiri??...

      Saya ada sepotong ayat utk renungan kita bersama drp surah Al-Israa ayat 36:
      "Dan janganlah kamu memperkata sesuatu tanpa ilmu, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati akan dipertanggungjawabkan"

      Sekian.

      Delete
    3. 35% sebulan ke setahun? kalau VGMC dah 120% setahun.. Logik ke bang? Sila jawab juga hujah saya mengenai IPO tersebut.. Dan ketahuilah disebabkan ada ilmu dalam dunia sahamlah yang saya tegur VGMC. Wallahualam.

      Delete
    4. 35% sebulan & yes 120% setahun malah lebih lagi. Ilmu saham skrg telah mengalami evolusi sejak QE 2 (Quantitative Easing) lagi. Dan skrg nak masuk QE 4. Ada byk perkara yg tak logic berlaku. Maybe kita di Msia x berapa terdedah sangat pasal benda2 ni. Ok sy tak nak berckp panjang dalam hal tersebut sebab nanti dlm blog ini dah start cite 'iluminati lah', 'Freemason lah'.. Baik tak yah.. Hahaha

      Ok berkenaan IPO VGMC, especially utk CPS-Gold semua shareholder termasuk saya start x terima dividen pada Oct 2012. Pada waktu itulah start yg VGMC proses ke IPO. Maknanya smpai laa ni baru 7 BULAN bang. Daripada mana abg dapat or semak berita kata VGMC dah bertahun-tahun IPO x kluar2 lagi.. Target dorg utk listing, pada end 2013 tapi pd 1 hb 5 hari tu saya terima email drp VGMC pasal CPS-Gold. ni emailnye ye "As for CPS-GOLD, I have come to understand that your shares may be listed within the next three (3) months, well ahead of schedule. Shareholders who have earlier booked the Option exercise price at USD0.58 have been given the priority to convert their Options to Shares from today, 1st of May until the 10th of May 2013. Those who decided to book the Options conversion later will have to pay a higher conversion premium. That is just how things work." So, paling lewat tuan tunggu pun hujung tahun ini jelah..

      Terkini!!!.. saya telah invest satu lagi pada MIG bank (dia sponsor petronas F1 team) dan Dukascopy Bank di europe yg ROI nye 15-30% a month. Last month saya dapat dividen 17%. Nak tau lebih lanjut call sms/whatsapp sya di 0147399634. Sekian terima kasih..

      Delete
    5. Kahkahkah.. Macam mana pulak boleh ada Option kalau tak listing lagi? Dan market/ bursa manakah yang ada produk Option untuk saham VGMC tersebut? Tuan, produk derivative Option bukan dikeluarkan oleh syarikat, tapi dikeluarkan oleh Bursa seperti NYSE, Bursa Malaysia dll. etc.

      Saham private mungkin boleh dijual oleh syarikat, tapi produk public derivatives seperti Option hanya dijual oleh Bursa. Jangan buat lawak tuan. Diharap agar tuan dapat belajar berkenaan dengan bidang saham ini sebelum melabur. Sebab saya nampak, ternyata VGMC lebih bijak daripada pelabur-pelaburnya supaya dia lebih mudah menipu pelabur2 yang tidak bijak dalam bab saham ini.

      Tuan, sila rujuk pada yang pakar dalam bidang saham ini. Kalau Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan saya serta otai2 lain yang melabur dalam saham pun kata VGMC adalah SCAM, maka terimalah dengan hati terbuka. Jangan disebabkan ego maka kita tetap dengan ingkar terhadap fakta-fakta yang diberikan.

      Delete
  9. Anonymous10:58 PM

    VGMC scam

    ReplyDelete
  10. Saya seorang pemberi pinjaman pinjaman peribadi yang mempunyai semua yang diperlukan untuk menjadi pemberi pinjaman tulen i memberi pinjaman yang terbaik untuk pelanggan saya pada kadar faedah rate.The yang sangat mudah untuk pinjaman ini adalah 3% .saya memberi pinjaman kepada individu awam dan swasta. jumlah maksimum i memberi di dalam pinjaman ini adalah $ 1,000,000.00 USD mengapa jumlah minimum i memberi keluar ialah 5000.for maklumat lanjut hubungi email osmanmoneynservice@gmail.com
    Maklumat Penuh Anda:
    Nama penuh :………
    Negara: .............
    menyatakan: .............
    Seks: .............
    Alamat ............
    Tel: .............
    Pekerjaan: ...... ..
    Jumlah yang diperlukan: ............
    Tujuan Pinjaman: ...... ..
    Tempoh Pinjaman: ............
    Nombor telefon :………
    Kenalan e-mel: osmanmoneynservice@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Worldwide best reliable forex signals service provider is Forex Signals Es. Most popular forex signals and trade copier provider company is Forex Signals Es. Forex Signals Es are going to offer you a choice to obtain forex signals just for the premium users. Otherwise everybody will use the Free Forex signals from Forex Signals Es web site. Forex Signals Es are going to apprize you before taking any trade. If you're not before of the commerce platform, no drawback Forex Signals Es are going to send you mobile notification through our international SMS services. So, you won’t miss any forex signals from the simplest top forex signals. Forex commerce signals providing is our main task that service you'll get directly and directly you'll be benefited once taking Forex Signals Es service.

    Forex Signals Es: http://www.forexsignals.es/

    ReplyDelete