Tuesday, October 31, 2006

Hukum Penggunaan Kad Kredit

Assalamualaikum wbt.. :) Kembali semula menemui anda setelah puas berhari raya. Jangan lupa untuk berpuasa enam pada bulan Syawal ni. InsyaAllah akan dapat pahala berpuasa selama setahun. :)

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kad kredit.. Ada di antara kita yang memakai kad kredit dan ada yang tidak.. Di antara mereka yang tidak memakai kad kredit mempunyai alasan bahawa kad kredit adalah haram dan berunsurkan riba'.. Tetapi adakah ia benar? InsyaAllah penjelasan daripada Ust. Zaharudin di bawah dapat membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang kad kredit. Sekiranya kita betul-betul mengikuti apa yang digariskan, insyaAllah kad kredit akan memberikan kita kemudahan, malah boleh memberikan keuntungan kepada kita dalam banyak aspek. :)

Sekiranya ada apa2 pendapat bolehlah sama2 kita bincangkan di ruangan komen.

Kad Kredit Dari Perspektif Islam


Photobucket - Video and Image Hosting

Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti Al-Yarmouk, Jordan

zaharuddin@yahoo.com

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du'at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-

Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.

Hukum setiap urusniaga dan yg berkaitan dgn Kad Kredit.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yg mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dlm bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan 'mawqif'(pendirian) Islam terhdp kontrak yang kian polpular di kalangan msyrkt hari ini.


RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT

1. Takrif Kad Kredit
Menurut Kamus Oxford : " Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kpd pemegangnya utk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)"

'Hutang' dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn 'Arabi "Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dgnnya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dgn masa yg ditetapkan atau tidak)"

Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma' Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : "Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yg diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar."

2. Jenis Kad Kredit

Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan car-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :

Kad Kredit Jenis (Charge Card)

Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.

Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.

Antara cirinya yang terpenting :-

Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kpd Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang2nya hasil penggunaan kad.

Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had 'tempoh izin tangguh jangka pendek' yg telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dgn penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.

Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yg ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibaung dari keahlian dan sebginya.

Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.

Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)

*Jenis ia adalah yang paling byk tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.

Ia juga mempunyai byk ciri yang sama dgn yg pertama tadi cuma terdpt beberapa perbezaan utama.

Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan 'kos guna' nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yg diberikan, TETAPI DIBENARKAN UTK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yg diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yg tertangguh ini.

Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh berbelanja sbyk mana yg disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dgn dikenakan peratusan faedah.

Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 shj asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.

Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.

HUKUM BERKAITAN DGN PENGGUNAAN KAD KREDIT

1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.

Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana 'Kafil' (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), 'Makful' (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan 'Makful lahu' (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dgn kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kpd Pengeluar.

Maka tidak harus peniaga menuntutnya drpd Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dll. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.

2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad

Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhdp khidmat yg disediakannya. Juga HARUS jika terdpt perbezaan jumlah yuran khidmat bergantng kpd perbezaan jenis khidmat. Tetapi dgn syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dgn khidmat sebenar yg diberikan..jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.

Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma' Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada persidangnnya ke-3 , Okt 1986

3. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar

Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad meletakkan syarat dlm kontraknya dgn para peniaga sejumlah 'kos tertentu' dalam bentuk peratusan yang dipotong dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)

Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kpd Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yg disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.

Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah kpd . (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dll ), Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah wakalah) kpd Bank krn menjadi 'wakil' bagi Peniaga dlm mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sbg Diskaun Khas dari peniaga kpd pengeluar. Ada juga yg mengatakan ia sbg upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).


3. Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka Akaun di Bank Pengeluar.

Bagi mereka yg ingin mendptkan kad, mereka disyaratkan menyimpan sejumlah tertentu di dalam akaun bank pengeluar. Ia sbg bukti pengiktirafan hak-haknya.

Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia mengambil hukum 'Ar-Rahn' (Barang Gadaian).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)

Ia bertujuan utk menarik golongan menengah dan atasan bg menyertai skim mereka. Maka utk tujuan itu, mrk menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.

Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap US dolar hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran2 dll. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)

Hukumnya :

Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram krn mengandungi unsur Riba,Gharar, Jahalah, Judi dll. Bgmnpun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa2 kpd syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yg diputuskan, malah ia dianggap sbg hadiah galakan shj dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah krn ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi' (perkara sampingan yang terhasil dr perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bhw (Dimaafkan yg berlaku pd tawabi' dan tidak pd lainnya- Rujuk Majalah al-Ahkam Al-'Adliyah).

2. Hadiah2 lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dlm muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dgn syarat hadiah ini terdiri drpd perkara yg halal syarak. Bgmnpun dlm hal seumpama ini ,ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar 'Sadd az-Zarai' (Menutup jalan haram dari berlaku).

5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Shj

Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak utk menamatkan kontrak wp tanpa persetujuan Pemegang kad.

Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara', kerana kontrak yg diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sbg kontrak 'Ghair Lazim' (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.

6. Membeli Emas & Perak dgn Kad Kredit

Majoriti Fuqaha' (Ulama Fiqh) telah menegaskan bhw antara syarat sah pembelian emas dan perak dgn wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut at-taqabud fil hal dlm istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yg jelas menyatakan perihal tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.

Persoalannya : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Fuqaha Semasa menyatakan bhw At-Taqabud sebenarnya telah terlaksana, iaitu dgn cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dgn tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu.

Maka hukumnya : HARUS dan at-Taqabud telah berlaku secara al-Hukmi (secara hukumnya) dan telah tercapai, sbgmnnya pembelian dgn cek..Demikian Qarar dan Fatwa dari Majma' Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995 .

7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau 'As-Sarf') Dgn Kad Kredit.

Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bg membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dgn penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dgn matawang negara yg terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dgn Matawang tempatan (dgn menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sbgmn termaktub di dlm perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sbgmn maklum syarat dalam Islam bg pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.

Hukumnya : HARAM. Ini adalah krn kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bg pertukaran matawang yg telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu' .

BGMNPUN dikecualikan dr haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yg amat sgt.

8. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bg 'Charge Card'.

Terkandung di dalam syarat kontrak bg 'Charge Card', bhw pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bilnya dalam tempoh izin. Sudah tentu ia berbentuk wang.

Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sgt dilarang di dalam Islam kerana terdpt unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma' seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998. BGMNPUN terdpt keputusan berbeza dari persidangan AL-BARAKAH ke 12, yang memutuskan HARUS, ia berdasarakan sebab kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dlm melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.

9. Bunga @ Faedah Dikenakan bg Memperbaharui Bil Bg Credit Card

Terkandung dlm syarat kontrak 'Credit Card' syarat , bg pemegang yg tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yg berbaki tersebut akan dikenakan faedah.

Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu2. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

Soalan : Adakah harus seorg muslim memohon Kad ini, yg jelas mensyaratkan faedah bg bil berbaki?

JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bgmpun terdpt pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dgn syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebrg baki yg boleh dikenakan Faedah.

10. Mengeluarkan Wang dgn Kad Kredit

Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kpd Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui 'Auto Teller Machine' bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sbg wakil).

Hukumnya :

1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya shj. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dgn kadar khidmat mereka yg sebenar.

2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SHJ. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.

3. Jika Pemegang tiada jumlah yg mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank..dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sbgmn Hadith Mawquf : 'Kullu Qardhi Jarra Naf'an Fahuwa Riba' Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bg pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.

PENUTUP

Demikian, shj beberapa bentuk urusniaga yang terhasil dari penggunaan kad kredit, diharap ianya dpt memberikan gambaran yang jelas terhadap seluruh hukum-hakam yg berkaiatan dgnnya, dan diberikan kita kekuatan utk menjauhi mana yang haram sedaya mungkin.

Sekian,
Irbid, Jordan
17 Jun 2003


Rujukan :

Al-Bidaqah al-Bankiyah, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, Dar al-Qalam, Dimasqh , cet 1, 1998 m .

Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh Fil Mal wal iqtisod, Prof. Dr Nazih Kamal Hammad, Dar al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 2001 M.

Bidaqah al-I'timan min Manzur Islami, Prof. Dr Abd Fatah Idris, Cet 1, 2001 M

The Law Relating to Credit Cards, Jones , Sally A , London, 1989

Majalah Majma Fiqh Islami , Bil 3 dan 8 , Sidang 1, 3 dan 9

Al-Fatawa al-Hindiyyah, cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H

Al-Fatawa al-Bazaziyyah , cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H

Bitoqah al-I'timan, Al-Syeikh Dr Abd Satar Abu Ghuddah

Al-Mabsut , Imam As-Sarakhasi, cet as-sa'adah, Mesir, 1324 H

Hawl Jawaz Ilzam al-Mumatil bita'wid lid Dain, Majalah Dirasat Iqtisodiyaah Islamiyah, jil 3 , Bil 2, 1996 m

Sunday, October 22, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam

Assalamualaikum wbt..

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini, saya mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN


kepada semua pengunjung MuslimKaya.blogspot.com :) Semoga kita semua diberkati oleh Allah dan dikurniakan keampunan di pagi hari raya..

Sedikit nasihat daripada saya sempena hari raya ini,
  • Dalam kita bergembira di hari raya, janganlah dilupakan insan-insan yang kurang bernasib baik. Orang2 fakir miskin, anak-anak yatim piatu, warga emas di rumah orang2 tua, saudara-saudara kita yang berada jauh di perantauan, saudara seIslam di Palestin, Lebanon, Acheh, Kashmir, Afghanistan dll tempat yang bergolak dan dilanda bencana alam.. Mereka tidak senasib dengan kita.. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan buat mereka dan janganlah lupa untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan..
  • Jangan lupa bayar zakat fitrah. Zakat fitrah sepatutnya dibayar awal sebelum hari raya lagi.. Ini supaya insan2 yang tidak bernasib baik, juga dapat merayakan hari yang mulia ini seperti mana insan2 yang lain.. Jadi kalau anda terlupa, anda sepatutnya merasa bersalah. Kerana orang2 seperti andalah menyebabkan ada orang lain yang tak dapat merasakan nikmat seperti kita.. Ingat, duit yang dikenakan zakat itu bukan duit anda.. Ia adalah milik mereka yang sepatutnya.. Jadi kalau anda tak beri zakat, maka anda makan duit haram dan harta anda tidak berkat.. Tapi kalau anda beri zakat, maka harta anda adalah suci dan bersih.. :)
  • Makanlah sekadarnya dan jangan makan berlebihan.. Sepatutnya latihan yang diberikan kepada kita sepanjang bulan puasa menjadikan kita seorang yang mampu menahan nafsu makan kita.. Bukanlah hari raya itu bermaksud kita boleh melepaskan semua nafsu makan kita yang telah kita tahan selama sebulan..
  • Berhati-hati di jalan raya.. Ingatlah orang yang tersayang.. Juga ingatlah akan tanggungjawab, hutang2 yang masih tertinggal tidak berbayar.. Juga jangan dilupakan amalan2 kita yang masih belum cukup untuk kita bawa sebagai bekal di hari akhirat nanti.. Semua itu akan disoal nanti yang akhirnya akan menyebabkan perjalanan kita menuju ke SYURGA idaman terbantut.. :)
  • Gunakan masa berharga sepanjang Syawal ini untuk berkunjung2an, bermaaf2an dan mengeratkan silaturrahim.. Janganlah menghabiskan masa dengan hanya berada di depan TV sahaja.. Inilah masa yang sangat berharga, yang mana ia akan membawa kita berjumpa semula dengan sahabat2 lampau, saudara mara yang jauh setahun sekali.. Seolah2 macam Jejak Kasih yang hanya ada setahun sekali.. :) Rancangan kat TV tu bila2 boleh tengok.. Beli aje VCD tengoklah puas2.. Tapi saudara mara dan sahabat handai?? Entahkan esok lusa, atau bila2 masa sahaja mereka akan meninggalkan kita tanpa kita sempat memohon maaf daripada mereka.. :)
Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini membawa seribu makna buat kita semua.. Wallahualam..

Wassalam.

Thursday, October 19, 2006

Jutawan Muslim : Siapa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Siapa Syed Mokhtar? - 23/09/2002 - Utusan Malaysia

Photobucket - Video and Image Hosting


RAMAI yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amal.

Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.

Wartawan Utusan, ZAHARUDDIN MOHD. ALI cuba menghuraikan siapa sebenarnya Syed Mokhtar dan apa yang telah menjadikan beliau seorang yang amat berjaya.

KEBELAKANGAN ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan - rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya.
Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.

Namanya tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat - termasuk syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.
Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.

Walau bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka.

Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas.

Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau.
Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.
Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.

Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.

Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini - mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?

Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.
Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.

Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.
Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.

Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.

Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.

Sekembali beliau ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua - bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.

Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.

Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.

Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu.
Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.

Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.

``Bermula dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,'' kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.

Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar.
Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.

Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik.

Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan.

Dalam masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan.

DARIPADA seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia.

Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan.

Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar.
Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.

Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.

Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.

Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap pada 2004.

``Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,'' kata Datuk Ismail Yusof yang mengetuai Yayasan Al Bukhary.

Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.

Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.

Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.

Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia.

Menurut Ismail: ``Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya.
``Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.
``Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini''.

Syed Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan sekarang mempunyai empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Ismail berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu miliki kerana kesempitan wang.

``Beliau mahu melihat adik beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.

Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi.
Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.

Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama.
Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.

Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.

Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata:
``Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.
``Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan''.

Syed Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh - bermula dari membantu bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang besar serta dikagumi.

Beliau telah mengambil 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang.

Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya.
Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak' tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.

Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu - berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.

Tuesday, October 17, 2006

Pemenang Nobel 2006 - Wira Rakyat Miskin

Inilah dia contoh umat Islam yang membanggakan kita.. Mampu membantu meningkatkan ekonomi umat Islam.. Semoga kita menjadikan beliau iktibar supaya turut sama membantu golongan yang kurang bernasib baik.. Baca kisah beliau seterusnya..

Photobucket - Video and Image Hosting


Prof Yunus - seorang muslim yg membantu fakir2 miskin, akhirnya menang hadiah Nobel 2006 dalam bulan Ramadan ..

Banker Org Miskin
Muhammad Yunus yg baru saja dianugerahkan Anugerah Nobel 2006 (Keamanan) meninggalkan kerjanya sebagai Professor Ekonomi di Dhaka apabila wabak kebuluran melanda Bangladesh dlm tahun 1974.

Beliau yg malu bila teori2 ekonominya langsung tidak praktikal utk membantu petani2 miskin yg dtg ke bandar dlm keadaan seperti mayat, mengendong anak2 kecil yg tiada makan akhirnya turun padang membantu.

Beliau berhenti kerja dan mencari jalan utk mengeluarkan org2 fakir ini dari kesusahan amat sgt ketika itu. Caranya?

Pinjamkan Duit !
Beri pinjam wang kepada WANITA (sahaja). Tanpa cengkeram, tanpa cagaran. Kelayakan meminjam? Tunjukkan yg anda betul2 miskin. Beliau mula2 meminjam dari bank dan menyalurkan wang ini kpd fakir2 utk MENIAGA atau memulakan PERTANIAN.

Sebelum ini golongan fakir terpaksa pinjam AhLong yg kenakan interest menggila sampai fakir2 ini jadi 2xfakir. Bank pulak taknak bantu sebab takde cagaran (bank nak tolong org yg tak perlu ditolong je!).

Org kata dia bodoh dan gila bagi org miskin pinkam tanpa cagaran. Apabila bilangan fakir yg perlu dibantu meningkat, dia menubuhkan Grameen Bank. Institusi yg akhirnya memalukan bank2 besar bila kadar bayaran balik adalah lebih dari 99%. Ha! Sapa kata org miskin takleh bayar balik?

Muhammad Yunus memberi harapan paling besar utk golongan fakir di Bangladesh berbanding mana2 pemimpin di sana sebelum itu.

Sekarang Ini
Bank beliau buat masa ini telah memberi pinjaman sebanyak lebih $4.7 billion US dolar kepada 4.4 juta golongan fakir.

Gramen Bank juga telah berkembang dan telah adakan kilang2, sykt. phone (antar terbesar di bangladesh), sykt baju, sistem pertanian kelompok dan mcm2 lagi utk bantu org miskin.

Sistem beliau yg dikatakan gila ini akhirnya dicontohi oleh 250 institusi seluruh dunia. Kat sini, Malaysia contohi dgn dibuat Amanah Ikhtiar Malaysia.

Ambil Iktibar
Moga2 kisah Prof Yunus jadi tauladan kita semua. Mulianya hati beliau dan kesungguhan beliau membantu akhirnya merubah fakir2 Bangladesh dan juga org2 yg memerlukan di seluruh dunia.

Inilah contoh Banker yg diperlukan org kita. Syukur dia ni org Islam. Moga2 Allah beri kita semua kekuatan utk bantu sekurang2nya ahli keluarga kita, jiran2, rakan2, org disekeliling kita dan yg memerlukan. Aminn..

credit to Iskandar, BicaraJutawan.

http://www.my-inspirational-quotes.com/inspirational-stories/prof-yunus.html


Tajdid Iman : Islam Galak Umat Kaya Harta Benda

Bersama Dr Juanda Jaya

Sifat zuhud fahami kekayaan milik sementara, tidak kuasai hati nurani

SUATU hari Abdullah bin Abbas memakai pakaian paling indah dan mahal berharga 10,000 dirham.


Beliau bermaksud mengadakan dialog dengan kaum Khawarij yang memberontak.

Orang Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengetepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, fiqh dan hadis Rasulullah SAW.

Mereka terkenal sebagai kaum yang degil, berpuak-puak dan membenci sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan mereka.

Abdullah bin Abbas mandi dan memakai wangian paling harum, menyikat rambutnya serta mengenakan pakaian indah dan bersih.

Beliau akan berhadapan dengan orang-orang degil yang memakai baju bertampal-tampal, muka yang berdebu dan kusut masai.

Mereka berkata, “Kamu adalah anak bapa saudara Rasulullah SAW. Mengapa kamu memakai pakaian seperti ini? Abdullah bin Abbas menjawab, “Apakah kalian lebih tahu mengenai Rasulullah SAW berbanding saya?.

Mereka berkata, “Tentulah kamu yang lebih tahu.” Abdullah berkata lagi, “Demi Allah yang jiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah SAW berpakaian dengan mengenakan perhiasan berwarna merah dan itu adalah sebaik-baik perhiasan.”

Aisyah pada suatu ketika melihat sekumpulan pemuda berjalan dalam keadaan lemah, pucat dan kelihatan malas. Beliau bertanya, “Siapakah mereka itu?” Sahabat menjawab, “Mereka itu adalah kumpulan ahli ibadat.”

Kemudian Aisyah berkata, “Demi Allah, yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya Umar bin al-Khattab adalah orang yang lebih bertakwa dan lebih takut kepada Allah berbanding mereka itu.

Kalau beliau berjalan, beliau berjalan dengan cepat dan tangkas.

Apabila bercakap, beliau dalam keadaan berwibawa, jelas kedengaran percakapannya dan apabila beliau memukul, pukulannya terasa sakit.”

Hal ini semua berlaku adalah akibat memahami ilmu secara kurang menyeluruh, memberatkan hal ibadat yang sebenarnya mudah, sampai ke tahap berlebih-lebihan dan menyusahkan diri.

Begitulah keadaan sebahagian umat Islam yang lupa kepada wasiat Rasulullah SAW yang disampaikan kepada sahabatnya, Muaz bin Jabal ketika beliau dikirim menjadi Duta dakwah ke negeri Yaman. Kata Baginda yang maksudnya: "Wahai Muaz, mudahkanlah setiap urusan, jangan memberat-beratkannya."

Apakah agama Islam mengajar untuk membenci dunia? Kalau begitu, mengapa Abu Bakar al-Siddiq boleh berbangga dengan harta kekayaannya untuk membela agama Allah? Begitu juga dengan Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin 'Affan yang mengeluarkan perbelanjaan membiayai gerombolan tentera Allah dengan wang daripada poket mereka sendiri.

Adakah Rasulullah SAW melarang mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk meraih keuntungan duniawi?

Bahkan di dalam al-Quran, Allah menegaskan bagi sesiapa yang menolong agama Allah mereka wajib mempunyai bekalan. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh-musuhmu." (Surah al-Anfal, ayat 60)

Bagaimanakah Islam akan menang jika umatnya adalah mereka yang berada dalam skala Negara Dunia Ketiga? Negara miskin dan terkebelakang serta dikuasai oleh musuhnya.

Apabila mereka hendak membeli makanan, mereka terpaksa meminta belas ihsan orang kafir.

Apakah zuhud itu bererti membiarkan dunia dimiliki dan dikuasai oleh musuh Allah? Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata: "Apabila emas seberat gunung diamanahkan kepadaku, aku tidak akan tidur selagi ia tidak habis dimanfaatkan untuk umat Islam."

Sebagai panduan bersama, ingatlah pandangan Shaikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah.

Beliau berkata: "Zuhud itu adalah kamu meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah untuk akhiratmu."

Harta yang halal hendaklah dipastikan dikeluarkan pada tempat yang halal.

Jangan mencari di lubuk yang halal saja tetapi membelanjakannya pada jalan maksiat.

Atau kebalikannya, mengambil daripada sarang penyamun dan membelanjakannya untuk ibadat.

Itu semua bertentangan dengan perintah Allah.

Orang beriman percaya harta adalah titipan dan amanah Allah, pinjaman sementara dan bila-bila saja Dia mahukannya, akan lenyaplah ia daripada tangan kita.

Cukuplah ia berada dalam genggaman tangan, jangan masuk menguasai hati nurani.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal apabila ditanya mengenai seorang lelaki yang memiliki harta kekayaan sebanyak 100,000 dinar wang emas.

Bolehkan dia dikatakan sebagai seorang yang zahid? Beliau menjawab: "Lelaki itu dikatakan zuhud apabila ada dua sifat:


Tidak terlalu bergembira ketika hartanya bertambah.


Tidak terlalu berduka cita apabila hartanya berkurangan."

Nikmatilah dunia dan segala kesenangannya tetapi pastikan harta yang dimiliki tidak menahan langkah di akhirat kelak dan melambatkan perjalanan ke pintu syurga.

Ia kerana semakin banyak harta, maka pasti semakin rumit hisab perhitungan yang dilakukan, kecuali harta yang halal yang dibelanjakan untuk keredaan Allah.

Jika pegawai Badan Pencegah Rasuah datang menyiasat harta dan ia adalah suatu yang menggerunkan, maka bagaimana dengan penyiasatan mahkamah Allah nanti, yang pasti memiliki segala bukti?

INTI PATI

Islam menggalakkan umatNya bekerja bersungguh-sungguh untuk meraih keuntungan duniawi.

Segala kekayaan dianugerahkan Allah hendaklah dibelanjakan ke jalan Allah.

Rasulullah berpesan supaya umat Baginda tidak memberatkan hal ibadat yang sebenarnya mudah, sampai ke tahap berlebih-lebihan sehingga menyusahkan diri.

Islam mahu umat kaya dengan harta benda agar tidak ditindas kerana jika miskin terpaksa minta bantuan orang kafir.

Sunday, October 15, 2006

Kisah Sahabat : Abdul Rahman Bin 'Auf

Kisah Sahabat : Abdul Rahman Bin 'Auf orang kaya berpendirian mulia

SAHABAT Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.

Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.

Suatu hari selepas melihat pelbagai penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Lebih baik kamu meninggalkan Makkah menuju ke negeri Abisinia kerana di sana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Itulah suatu tempat yang cukup baik untuk melakukan hijrah sampai saat Tuhan membukakan jalan bagi kamu sekalian."

Apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW itu meninggalkan kesan mendalam kepada sahabatnya. Tidak lama kemudian, rombongan pertama seramai 10 lelaki dan empat wanita melakukan hijrah. Selepas itu, rombongan kedua kaum Quraisy daripada 83 lelaki, 17 wanita dan kanak-kanak pula, menyusuli mereka.

Mereka yang turut berhijrah ialah Usman bin Affan yang kemudian muncul sebagai seorang daripada khalifah Islam. Usman berhijrah bersama isterinya, Rukiah, iaitu puteri Rasulullah SAW.

Turut berhijrah ialah Abdul Rahman. Penyertaan Abdul Rahman dalam kumpulan yang berhijrah itu membawa makna besar kepada rombongan itu. Perkara sedemikian kerana dia adalah orang berada. Disebabkan kedudukannya itu, dia kelak dapat membantu kumpulan umat Islam dalam apa juga masalah.

Abdul Rahman adalah pedagang berjaya dan dipandang tinggi oleh kaumnya. Ia tidak syak lagi memberikan kekuatan dan keyakinan kepada mereka untuk mengharungi perjuangan menegakkan Islam dengan lebih baik.

Pengorbanan Abdul Rahman memang besar dalam menegak dan meninggikan syariat Islam. Orang kaya sepertinya sanggup mengharungi penderitaan semata-mata mahu menegakkan agamanya.

Sifat yang ada pada Abdul Rahman amat bernilai kepada perjuangan Islam pada zamannya. Dengan kekayaan yang ada, Abdul Rahman memilih untuk mengharung kesusahan dan penderitaan demi menegakkan syiar Islam di bumi.

Tanpa rasa malu dan takut, dia bergerak bersama umat Islam lain dalam rombongan hijrah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW itu. Sesungguhnya perpindahan Abdul Rahman dalam misi hijrah anjuran Rasulullah SAW itu adalah pengorbanan paling besar dalam rangka menegakkan Islam pada masa depan.

Selain dikenali sebagai orang kaya, Abdul Rahman adalah seorang perunding bijaksana. Perkara ini dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia. Sahabat Rasulullah SAW berkumpul di rumah seorang sahabat bernama Miswar bin Makhram.

Seperti biasa, dalam majlis perbincangan, timbul pelbagai pendapat yang berbeza. Hal ini juga berlaku dalam perjumpaan di rumah Miswar. Sedikit sebanyak dalam perjumpaan itu, timbul hasrat beberapa sahabat yang ingin menjadi pemimpin. Dalam pada itu, ada juga yang berfikiran rasional serta tidak mementingkan diri seperti Talhah.

Beliau berpendapat adalah lebih baik baginya tidak menjadi pemimpin sekiranya ia hanya berkemungkinan menindas sesama sendiri.

Talhah bimbang jika beliau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan orang lain jika dilantik sebagai pemimpin. Biarlah mereka yang layak mengurus dengan adil dilantik sebagai pemimpin.

Sewaktu pelbagai pendapat yang boleh mencetuskan konflik timbul di kalangan sahabat itu, ternyata Abdul Rahman mempunyai pendirian mulia. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu konflik yang tidak mendatangkan faedah dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan krisis.

Oleh itu, Abdul Rahman memikirkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapi sahabat yang bermesyuarat itu.

Akhirnya, beliau mengemukakan formula dan diterima dengan baik oleh semua pihak.

Menurut kaedah Abdul Rahman, sesiapa yang tidak bersedia menjadi khalifah, eloklah menarik diri daripada dicalonkan menduduki jawatan itu. Sebaliknya, mereka boleh menyerahkan jawatan itu kepada orang terbaik di kalangan mereka.

Sebagai membuktikan keikhlasannya, Abdul Rahman sendiri membuat pengakuan pada majlis itu dengan menarik diri daripada dicalonkan ke jawatan khalifah.

Pengakuan terbuka Abdul Rahman itu sesungguhnya menjadi kaedah kepemimpinan melalui teladan yang sangat murni sifatnya.

Kita sedia maklum biasanya seseorang yang sudah ada kekayaan tentulah ingin pula mencapai kedudukan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, tidak demikian halnya dengan Abdul Rahman. Sungguhpun dengan segala kekayaan yang ada padanya, sudah cukup untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk melantiknya menjadi khalifah tetapi dia tidak mahu berbuat demikian semata-mata kerana tuntutan nafsu.

Usahawan Muslim : Ikut kata hati kunci kejayaan Ali Hassan

Oleh Zainab Mohd Yatim

Tauke Al-Ikhsan penyumbang zakat kedua terbesar di Johor

PENAMPILANNYA begitu ringkas dan tidak siapa menyangka beliau memiliki 32 rangkaian perniagaan runcit di seluruh negara, selepas memulakan perniagaan tidak sampai 12 tahun.

Siapa sangka anak muda berusia 36 tahun, berasal dari Skudai, Johor, ini kini adalah juga adalah penyumbang zakat kedua terbesar di Johor tahun lalu, selepas Tabung Haji.

Bukan anak orang kaya, malah pernah gagal mendapat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan, semata-mata kerana tidak dapat menyediakan cagaran.

Ali Hassan Mohd Hassan, Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, tidak memerlukan tali leher dan bilik berhawa dingin untuk mengemudi empayar perniagaan runcit barangan sukan berjenama terkemuka di negara ini.

Al-Ikhsan menjual peralatan sukan jenama terkenal luar negara, seperti Nike, Puma, Adidas, Diadora, Lotto dan Reebok, dengan tumpuan pada sukan bola sepak dan futsal, sukan yang begitu digemari remaja masa kini.

Kerap kali beliau turun padang untuk memastikan sendiri operasi setiap cawangannya yang kini telah bertapak hampir di setiap negeri di Semenanjung.

Falsafah perniagaannya mudah: ?Buat sesuatu dengan bersungguh dan selebihnya berserah kepada takdir. Tetapi setiap yang dibuat mesti disertai dengan niat yang betul, dan jangan sekali-kali tinggal sembahyang lima waktu kerana itu adalah tunjang hidup, serta bersedekah dan jangan abaikan kedua ibu-bapa.?

Mungkin mudah dilahir dengan kata-katanya, tetapi siapa yang tahu jika beliau hanya tidur dua hingga tiga jam sehari semata-mata untuk menguruskan perniagaan yang dikuasai bangsa asing.

Kekuatan dirinya adalah ibu, Siti Mariam Mahmud dan isteri, Marina Abu Bakar, yang dikahwini pada 1996, menyebabkan beliau tidak pernah memandang remeh bidang perniagaan yang diceburinya.

Juga sentiasa pasrah dengan ketentuan yang Maha Esa, katanya, beliau tidak pernah merancang apa yang hendak dilakukan setiap hari, tetapi setiap yang dilalui dibuat dengan kesungguhan yang tidak berbelah bagi.

Nama Al-Ikhsan itu juga tidak dirancang tetapi digunakan selepas beberapa nama lain yang dicadangkan ketika melakukan pendaftaran, ditolak kerana telah ada yang menggunakannya.

Pada awal perniagaan, beliau hanya menawarkan pakaian sukan jenama ?kelas ketiga? dan produk buatan tempatan bagi menarik jumlah jualan, dengan pelanggan daripada kalangan pelajar dan kelas bawahan serta pertengahan.

Selepas enam tahun beliau mampu menarik nafas lega apabila jenama Al-Ikhsan sudah diterima ramai, hingga memberi kekuatan kepada beliau untuk mengembangkan perniagaan ke Kuala Lumpur.

Kini, selepas kekukuhan jenama telah dibina, Al-Ikhsan sudah mampu membuat pilihan mengenai produk yang hendak ditawarkan kepada pelanggan. Inilah juga yang menyebabkan hanya jenama terkemuka saja dijual di kedai berkenaan.

Ali Hassan juga memberi jaminan, setiap barangan yang dijual di kedainya dijamin barangan jenama asli, sesuai dengan pendirian kuatnya terhadap agama Islam.

Mengulas mengenai kesungguhannya dalam membangunkan Al-Ikhsan, Ali Hassan berkata, banyak perkara yang dibuatnya mengikut kata hati, dan jarang mendengar kata orang kerana hanya diri sendiri yang faham kehendak sendiri dan yang akan berdepan sebarang halangan serta apa juga cabaran yang mendatang.

Namun, katanya, kata hati tidak diikuti membuta tuli, kerana setiap langkah yang mahu diambil, akan dibuat penganalisaan dan kajian dari segi keperluan dan pasaran.

?Berniaga dalam bidang runcit bukan dibuat dengan membuta tuli, tapi kena kaji pasaran dan fahami keperluan masyarakat,? katanya yang tidak menafikan kesukaran hidup masa kecil membuatkan beliau tabah untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

Sebagai anggota polis pada zaman British di Singapura, dengan anak seramai lapan orang, beliau faham betapa beratnya beban yang digalas bapanya untuk membesarkan beliau adik beradik seramai lapan orang.

Lulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu tidak meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi, walaupun menjadi pelajar terbaik dalam bidang yang diambilnya.

Memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM50 ketika belajar di universiti beliau berniaga kemeja-T secara kecil-kecilan dengan rakan dan kelab sekolej pada harga berpatutan.

Dengan wang itu jugalah beliau mengumpul modal untuk meneruskan perniagaannya yang bermula di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah pada 1993 sebelum membuka sebuah premis kecil di Holiday Plaza, Johor Baharu yang masih beroperasi hingga hari ini.

Secara berlawak, beliau berkata, minatnya pada perniagaan barangan sukan mungkin sebab hari lahirnya jatuh pada 9 Julai 1970 iaitu tarikh keramat bagi peminat bola yang menyaksikan Brazil memenangi Piala Dunia dengan tendangan emas pemain pujaan dunia, Pele, pada perlawanan Piala Dunia yang berlangsung di Mexico.

?Mungkin kebetulan, tetapi itulah tarikh keramat kelahiran saya, dan setiap empat tahun sekali, saya meraikan hari jadi pada detik kejayaan akhir Piala Dunia,? bekas pelajar Sekolah Sains Johor, di Tanjung Agas, Muar, itu.

Kini, selepas lebih 10 tahun membina empayar perniagaannya, masanya banyak dibahagikan kepada bayi lelakinya berusia tidak sampai setahun, hasil perkongsian hidup dengan isterinya.

Menyingkap keperitannya ketika mengembangkan perniagaannya, Ali Hassan berkata beliau pernah kecewa kerana gagal mendapatkan pinjaman bank.

?Saya begitu kecewa dengan pendekatan bank tempatan yang kononnya berazam membantu peniaga kecil, tetapi sebenarnya bantuan tidak pernah diberikan.

?Pendekatan itu sepatutnya diubah, dan pihak bank perlu proaktif dengan memperuntukkan masa untuk mengkaji bidang perniagaan yang berpotensi untuk naik, sebelum menolak mentah-mentah permohonan peminjam,? katanya.

Ketika memulakan perniagaan, Ali Hassan tidak pernah terfikir memiliki perniagaan sebesar sekarang, dan kini beliau menyedari perniagaannya memerlukan perancangan strategik untuk terus bersaing dengan peserta baru di pasaran, bukan seperti dulu yang hanya berserah.

Masih mencari ilmu agama untuk melengkapkan diri sebelum menutup mata, beliau berazam mewakafkan semua hartanya kepada sebuah yayasan yang ditubuhkan sendiri untuk kegunaan generasi di masa depan.

?Bila sudah sampai masa saya, saya tidak mahu pegang walaupun seringgit, dan yang ada bukan lagi milik saya, kerana harta itu akan ditanya di akhirat kelak, dan berat tanggungannya bagi seorang insan,? katanya yang berhasrat membuka 30 lagi cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lagi.

FAKTA Al-Ikhsan Sports

Bermula di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah pada 1993 sebelum membuka sebuah premis kecil di Holiday Plaza, Johor Bahru.

Menjual peralatan su kan jenama terkenal luar negara, seperti Nike, Puma, Adidas, Diadora, Lotto dan Reebok, dengan tumpuan pada sukan bola sepak dan futsal.

Nama Al-Ikhsan itu juga tidak dirancang tetapi digunakan selepas beberapa nama lain yang dicadangkan ketika melakukan pendaftaran.

Rancang 30 cawangan baru di seluruh negara dalam masa lima tahun akan datang.

Friday, October 13, 2006

Isu Denmark dan Jihad Ekonomi

Isu Denmark dan Jihad Ekonomi

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Walaupun agak lama kita amat terluka melihat umat yang dipukul bertalu-talu. Namun apa yang berlaku kebelakangan ini, dapatlah menjadi sedikit pengubat bagi keperitan itu. Isu lukisan kartun yang menghina kekasih dan hati nurani umat ini iaitu baginda Nabi s.a.w telah membangkitkan kemarahan yang hebat. Ia bukan sekadar demonstrasi jalanan yang berakhir setelah letih menjerit dan habis kain bendera untuk dibakar. Bahkan ia disertai dengan tindakan pemulauan barangan Denmark yang benar-benar memberikan kesan ekonomi kepada negara terkutuk itu. Allahu Akbar!!! Umat ini masih hidup rupanya. Kali ini bukan sahaja rakyat bawahan, bahkan kerajaan dan pemerintah umat Islam juga sudah berani bersuara.


Kerajaan Arab Saudi menjadi bintang yang bercahaya apabila mereka menarik balik duta dan memulaukan barangan Denmark. Rakyat Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain memulaukan dengan serius barangan Denmark. Barangan negara keji itu dikeluarkan sendiri oleh empunya-empunya pasaraya dari rak-rak jualan mereka. Persoalan untung rugi harta sudah bukan keutamaan lagi apabila kekasih tercinta RasululLah dihina. Kaum muslimin di kebanyakan negara Arab menyahut seruan tersebut, khusus negara-negara Teluk yang kaya-raya. Ternyata ia amat berkesan. Ekonomi syarikat-syarikat Denmark yang berdagang dengan negara-negara umat Islam merudum jatuh. Sehingga syarikat-syarikat gergasi lain yang bukan dari Denmark terpaksa membuat pengemuman terbuka bahawa mereka bukan berasal dari Denmark.

Terbukti, umat ini sangat kuat jika bersatu hati. Kalaulah hanya ‘tidak membeli’ sahaja umat Islam boleh menggugat ekonomi sesebuah negara. Bagaimana jadinya jika kita ini negara pengeluar dan kuasa ekonomi yang ‘tidak ingin menjual’. Tentu kesannya lebih daripada itu. Namun apabila kita bercerai-berai kita menjadi lemah. Kita lemah kerana ramai di kalangan kita yang tidak berprinsip lantas tidak merasai kita satu ini satu juzuk dari umat Islam. Manusia yang tidak berprinsip akan mengukur setiap tindakan dengan habuan dunia semata. Prinsip hidupnya ‘apapun utamakan perut sendiri dulu’. Malang sekali jika kita tidak sensitif dengan isu Denmark, sedangkan rakyat Palestin dan Afghanistan sekalipun sentiasa dihimpit tetap bangun meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada dunia apabila Rasul yang mulia telah dihina. Arab Saudi paling hebat dalam kes ini dari segi kesan tindakan pimpinan negara dan rakyat. Walaupun mereka tidak buat sambutan maulid saban tahun sehebat kita, tetapi kesetiaan mereka lebih jelas. Sekalipun kita berarak maulid hebat saban tahun, namun kita tetap corot dari segi penampilan sikap. Ramai orang kita yang ‘tidak ambil tahu apa yang berlaku’. Barang kali ini boleh membezakan antara kecintaan yang tulen, dan penampilan kecintaan yang tidak berpijak atas asas yang kukuh.

Jika kuasa ekonomi dan harta digunakan dengan cara yang betul, memang banyak maruah dan harga diri umat dapat dibela. Kuasa ekonomi sangat penting. Namun yang lebih penting ialah akidah yang tulen yang memastikan kesetiaan kepada ALLAH dan RasulNya lebih dari kecintaan kepada harta. Jika tidak, yang bercakap pada ‘jihad ekonomi’ pun, takut hendak boikot barangan Denmark. Padahal ini sebahagian dari jihad ekonomi.

Justeru, sekalipun harta dunia sangat mustahak untuk kita miliki dan kuasai dalam persaingan era ini, tetapi harta tersebut hendaklah bersifat harta yang membela agama. Bukan mengganggu kesetiaan seseorang kepada agama. Dengan itu ALLAH menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)” (Surah al-Taubah: 24)

Jelas, jika kita ingin memperkatakan perjuangan umat Islam di sudut ekonomi, kita mesti menyiapkan manusia berakidah murni terhadap ALLAH dan RasulNya. Hanya golongan ini yang akan jujur terhadap umat ini. Kaum yang wala`nya jelas kepada ALLAH, rasulNya dan masyarakat Islam. Firman ALLAH: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. (Surah al-Maidah: 54-56)

Jika tidak, jadilah kita kumpulan manusia yang kaya raya dan dengan kekayaan itu kita makin meninggalkan agamanya. Kempen kepada “Jihad Ekonomi” mestilah bermula dari pengukuhan akidah para pejuangnya sebelum terjun ke medan yang sengit itu. Ini kerana, cabaran dan ujian harta lebih dahsyat daripada cabaran dan ujian senjata. Di medan jihad senjata lagikan ada yang terseleweng tujuannya kerana inginkan harta rampasan perang. Inikan pula mereka yang berjihad di medan ekonomi. Malangnya, kempen jihad ekonomi yang diperkatakan oleh sesetengah pihak, titik perjuangannya bermula dari ‘aku ingin kaya’. Tanpa dikaitkan dengan perjuangan umat dan kehidupan akhirat. Maka apabila dia kaya maka dia pun menderhakai ALLAH s.w.t. dengan hartanya.

Jika diandaikan kebanyakan umat Islam ini kaya, tetapi mereka tidak teguh akidahnya, Islam tetap akan lemah. Bahkan kekayaan itulah yang akan memusnahkan agama. Dengan kekayaan itu, berbagai projek munkar akan dihidupkan. Ini seperti sabda Nabi s.a.w: “Demi ALLAH bukan kefakiran yang aku takut menimpa kamu. Tetapi aku takut dibentangkan kepada kamu dunia seperti pernah dibentangkan kepada mereka yang sebelum kamu. Lalu kamu bersaingan mendapatkannya seperti mana mereka dahulunya bersaingan, lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti ia telah memusnahkan mereka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kelemahan akidah telah mengheret umat ini kepada segala macam kelemahan yang lain. Kata Muhammad Qutb: (Berpunca) daripada kemunduran akidah, timbullah segala macam kemunduran yang menimpa Dunia Islam..kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi,peperangan, pemikiran dan kebudayaan (Muhammad Qutb, Waqi'una al-Mu‘asir, m.s. 172, Saudi: Muassasah al-Madinah)



Akidah adalah tunjang kepada segala bentuk jihad. Jihad tidak lain hanya bertujuan untuk menjadikan kalimah ALLAH yang paling tinggi. Bukan untuk kepentingan diri. Malangnya, apabila asas ini tidak jelas, kempen mengkayakan orang Islam hanya sekadar untuk memenuhi tembolok masing-masing semata. Nama Islam dan jihad telah disalahgunakan. Dalam hadith Abu Musa r.a: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: “Seorang lelaki berperang untuk (mendapat) harta rampasan perang, seorang lagi berperang agar dipuji, seorang yang lain berperang untuk mengangkat kedudukannya. Siapakah yang berada dalam jihad pada jalan ALLAH? Sabda baginda: “Sesiapa yang berperang agar kalimah ALLAH menjadi yang paling tinggi maka dia berada pada jalan ALLAH”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dunia hari ini sudah berubah dibandingkan dahulu. Bukan hanya kekuatan persenjataan yang menentukan penguasaan sesuatu bangsa atau negara itu terhadap percaturan dunia. Bahkan ekonomi juga memainkan peranan penting dalam menentukan percaturan dunia. Firman Allah:(maksudnya): Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Surah al-Anfal: 60)



Ayat ini adalah perintah Allah untuk muslimin menyediakan kekuatan menghadapi musuh-musuh umat. Kekuatan yang mesti disiapkan itu ialah dari jenis apa sahaja yang mampu menggerunkan musuh. Kuda adalah salah satu daripadanya yang dapat dilihat oleh manusia di zaman penurunan al-Quran dan juga selepas itu. Pada zaman sekarang dari segi persenjataan, senjata-senjata canggih yang wujud pula menduduki tempat tugasan menggerunkan musuh. Maka umat Islam mesti berusaha menyiap dan memilikinya. Di samping itu, kekuatan ekonomi juga adalah senjata baru dalam membina kekuasaan di era moden. Kekuatan ekonomi mampu membawa kepada hasrat yang sama iaitu menggerunkan musuh. Maka membina kekuatan ekonomi di zaman ini adalah satu tuntutan agama.

Namun seperti yang dijelaskan tadi, ia hendaklah berpaksikan akidah Islam yang tulen yang akan mewarnai segala tidakan kita. Kekuatan kita bergantung sepenuhnya dengan sejauh mana kita berpegang dengan Islam. Tanpa pertolongan ALLAH yang menurunkan Islam untuk manusia, mustahil kita dapat keluar dari kehinaan hidup dan kejatuhan maruah di pentas dunia hari ini. benarlah ucapan ‘Umar ibn Khattab:“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah” (Riwayat ini sanadnya disahihkan oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Dhahabi. Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut.)



Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh menggambar betapa Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil dari pentas sejarah. Sekalipun pada Arab itu ada ciri-ciri yang baik dan akhlak yang mulia. Mereka memiliki keberanian dan kepandaian dalam senjata, juga tunggangan kuda. Mereka mempunyai bahasa yang tinggi nilainya, indah dan baik. Malangnya kesemua itu tidak mampu membawa mereka ke persada sejarah yang gemilang. Namun mereka akhir berjaya memasuki pentas sejarah apabila mereka menjadi pembawa risalah dan hidayah. Sehingga al-Nadwi menyatakan: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya” (Al-Nadwi, Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, India: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi)



Daripada akidah yang tulen lahirnya rasa ukhuwwah sesama muslim yang menggerakkan ekonomi dan kekuatan umat. Daripada akidah yang teguh dapat dibentuk sikap bertanggungjawab terhadap seluruh strategi yang diatur demi membangunkan umat. Tanpa akidah hilanglah ikatan persaudaraan atau ukhuwwah Islamiyyah yang menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi.



Sekiranya kesedaran akidah dan ukhuwwah islamiyyah mengenai tanggungjawab bantu membantu membangunkan ekonomi umat ini berjaya diterapkan, maka peluang ke arah menjayakannya di peringkat pelaksanaan adalah terbentang luas. Ini saya katakan berdasarkan faktor-foktor berikut:



i. Kuasa Membeli Yang Tinggi

Jumlah umat Islam yang banyak membawa kepada secara kelompok mereka memiliki kuasa membeli yang tinggi. Lihat sahaja kuasa membeli ini apabila digunakan dalam isu Denmark. Ini kerana jumlah umat yang banyak menjadikan keperluan barangan dan makanan mereka juga tinggi. Jika kuasa membeli ini dialirkan kepada membeli barangan yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri, tentulah berlakunya kitaran ekonomi yang kuat di kalangan masyarakat Islam tempatan dan antarabangsa



ii. Sentimen Agama

Isu-isu seperti kebiadapan Barat, sikap anti-Islam mereka, pencerobohan ke atas negara umat Islam, mengenai makanan tidak halal dan seumpamanya telah menimbulkan keresahan kebanyakan umat Islam yang sensitif dengan penghinaan terhadap mereka. Umat Islam dipermainkan kerana mereka bergantung kepada orang lain dalam menghasilkan keperluan mereka. Dalam isu halal umpamanya, kesempatan ini boleh diambil agar memastikan keselamatan umat Islam dalam soal makanan. Maka kita menggesa mereka menggunakan produk muslim yang seakidah dengan mereka. Bahkan kita boleh mencadangkan agar bukan sahaja logo halal dikeluarkan, sebaliknya kita keluarkan logo yang melambang produk muslim-halal. Dengan itu wang umat kembali dialirkan ke tangan umat sendiri.



iii. Ketengangan Yang Wujud

Ketegangan yang wujud sekarang antara Blok Barat dan Umat Islam boleh membantu ke arah mewujudkan umat yang lebih memiliki jatidiri dan berdikari. Orang Islam khasnya arab rasa tidak lagi selamat berada di negara Barat. Mereka mula merubah arah ke negara-negara seperti Malaysia. Jika pelancong-peloncong Arab ramai yang enggan ke Barat lagi, mengapa tidak kita jadikan mereka juga hanya ingin membeli produk saudara muslim mereka sahaja.



iv. Banyak Ruang Belum Diterokai

Walaupun agak banyak produk muslim yang diwujud di pasaran, namun secara perbandingan kita masih ketinggalan jauh. Jika kesedaran yang ingin kita pupuk itu berjaya, ruang menghasilkan berbagai produk terbuka luas peluangnya untuk setiap muslim. Sehingga hari ini kita belum memiliki satu pasaraya yang memasarkan hanya barangan keluaran muslim. Jika ini dapat dijayakan, hasrat ke arah pembinaan kekuatan ekonomi muslim tempatan dan antarabangsa bertambah mudah.



Dalam perkara ini saya sering memetik kata-kata Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h. yang mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain”.( Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, cetakan: Maktab al-Sunnah, Kaherah)



Dr. Yusuf al-Qaradawi mengeluh perkara yang sama dengan katanya: “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita...jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta–kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, m.s.12-13, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut)

Jihad Ekonomi hendaklah bertunjangkan akidah dan arahnya membina kekuatan umat atas acuan Islam yang tulen!!!.

Tanggungjawab Menyokong Perniagaan Muslim

Oleh : Mohd Asri b. Zainul Abidin
moasriza@yahoo.com

Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.


Di samping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli di gerai, kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. Demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Padahal dalam keadaan sebeginilah setiap umat Islam lebih dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. Menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. Demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Juga menunaikan tanggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Ianya juga menguatkan ekonomi umat. Sekiranya individu umat memiliki kuasa harta serta mereka beriman dan beriltizam, maka masyarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat. Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin ketika menghuraikan hadith “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain” di atas, menyebut: Bandingan yang dibuat dalam hadith ini bertujuan menggalakkan bantu membantu dan tolong menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan menguatkan sebahagian yang lain. Seorang mukmin tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudaranya yang mukmin. Jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa (Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin, jld 1, m.s. 199,cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut).

Jika ada peniaga muslim di sesuatu tempat, pembeli muslim yang lain hendak membantunya dengan membeli daripadanya. Janganlah dijadikan perbezaan harga yang sedikit menjadi ukuran. Ini kerana kita tahu, kekuatan ekonomi saudara kita masih lemah dalam menghadapi persaingan. Jadikan akidah dan persaudaraan lebih utama, dan anggaplah membeli daripada saudara kita yang muslim adalah ibadah.

Demikian juga jika ada barangan keluaran muslim, pembeli muslim yang lain hendaklah membeli daripadanya. Jangan jadikan perbezaan rasa dan kualiti yang sedikit, menyebabkan kita menggadaikan persaudaraan kita. Membeli barangan saudara kita yang muslim adalah ibadah. Apatah lagi dalam keadaan kita sedang berusaha membangkit umat yang kebelakang dalam persaingan ekonominya. Ini semua menunaikan apa yang digesa di dalam hadith yang sahih, sabda Nabi s.a.w: “Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bayangkan kalau semua rumah muslim menggunakan barang keperluan makanan hariannya seperti rempah, sos, kicap, minyak masak dan lain-lain keluaran muslim, betapa kita telah menguatkan ekonomi saudara-saudara kita para peniaga muslim, dan memastikan wang kita sebagai pembeli muslim mengalir kepada saudara kita muslim yang lain. Terngamakkah kita menggunakan barangan “orang lain” dan meninggalkan barangan saudara muslim kita. Iman yang tulin membantah tindakan ini. Bahkan dalam arus persaingan yang ada, kita sebenarnya mengkhianati saudara kita para peniaga muslim, yang sedang melaksanakan fardu kifayah mengeluarkan barangan tersebut. Sabda Nabi s.a.w.: “Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Taqwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Riwayat al-Tirmizi, kata hadith ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)

Ibn `Allan (meninggal 1057H) ketika menghuraikan maksud “tidak mengkhianatinya”, berkata: “mengkhianatinya ialah mengurangkan haknya yang mesti ditunaikan iaitu tolong menolong dan bantu membantu” (Ibn `Allan, Dalil al-Falihin, jld. 1, m.s. 17, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)

Hadith-hadith lain begitu banyak yang menunjukkan betapa seorang muslim wajib menolong saudaranya muslim yang lain. Seperti yang disebutkan tadi, suasana persaingan yang ada menuntut untuk semangat ukhuwwah dipertingkatkan. Malangnya sebahagian kuliah-kuliah hambar di masjid dan surau tidak menekan peri pentingnya hal ini. Sehingga kita menjadi lemah. Pengusaha-pengusaha muslim tidak mendapat sokongan daripada saudara seakidahnya sendiri.

Bayangkan sekiranya setiap kedai makan dan restoran yang dimiliki oleh orang muslim yang tumbuh bagaikan cendawan kebelakangan ini menggunakan produk buatan muslim, betapa kita berjaya menguatkan ekonomi umat membantu antara satu sama lain. Bayangkan setiap perniagaan muslim mendapat sokongan daripada saudara muslim yang lain. Tentu wang umat akan berkisar sesama umat dan penglibatan muslim dalam bidang perniagaan akan dapat ditingkatkan.

Berdasarkan hadith-hadith yang disebutkan, nyata membeli barangan muslim dengan niat persaudaraan Islam dan ingin membantunya adalah ibadah. Dalam kata lain, pembeli muslim bukan sahaja memperolehi barang, tetapi dia juga memperolehi pahala. Jika ada sedikit sebanyak kekurangan, dalam suasana lemah dan persaingan yang ada, kita hendaklah menasihati saudara kita penjual muslim dan bersabar.

Di sudut para peniaga muslim pula, mereka hendaklah mengamalkan akhlak Islam dalam perniagaan. Proses menghidupkan suasana tolong menolong di dalam memajukan perniagaan muslim tidak akan berjaya jika tidak wujudnya kesedaran dari kedua belah pihak. Perkara yang paling buruk sekali di dalam perniagaan ialah penipuan. Peniaga muslim ketika mengendalikan perniagaan, atau mengeluarkan produknya hendaklah amanah dan sama sekali mengelakkan anasir penipuan di dalam perniagaan. Para penipu umat tidak termasuk di kalangan umat Nabi s.a.w. dan tidak layak mendapat pertolongan di dalam kalangan masyarakat muslim yang kita idamkan. Dalam hadith riwayat Muslim, Rasulallah s.a.w. lalu di hadapan selonggok makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangan baginda ke dalamnya. Kemudian di dapati jari baginda lembab. Bagianda bertanya: Apa ini wahai tuan punya makanan?. Jawabnya: Ianya terkena hujan, wahai Rasululallah!. Baginda lantas bersabda: “Mengapa engkau tidak letak ianya di atas, sehingga orang boleh lihat?!!. Sesiapa yang menipu kami dia bukan dari kalangan kami”. Di dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi setiap yang belot (menyalahi janji) ada bendera pada hari kiamat, dikatakan inilah pengkhianat si pulan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata Dr. Muhammad `Ali al-Hasyimi: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. begitu keras terhadap penipuan, tipu daya dan pemungkir janji, tidak memadai sekadar mencampak jauh penipu dan pengkhianat janji dari masyarakat muslimin di dunia, bahkan mengistiharkan bahawa setiap pemungkir janji akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan dia membawa bendera penipuan” (Dr. Muhammmad `Ali al-Hasyimi, Syakhsiah al-Muslim, m.s. 164, cetakan: Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut)

Berbekalkan perasaan takutkan azab Allah pada hari kiamat, para peniaga muslim mengeluarkan produknya, atau mengendalikan perniagaan dengan penuh amanah dan tanpa sebarang tipu daya. Masyarakat Islam pula berusaha membeli barangan para peniaga saudara muslim mereka yang dijamin kejujurannya. Para pembeli dalam masyarakat Islam beribadah ketika membeli, sementara para peniaga pula beribadah ketika menguruskan peniagaan dengan jujur dan amanah. Hasilnya para peniaga muslim mendapat jaminan pasaran daripada saudara-saudara muslim mereka, sementara para pembeli mendapat barangan yang dijamin kejujuran pengurusan dan produknya. Jaminan ini tidak tertera di atas kertas perjanjian rasmi, tetapi ianya adalah jaminan iman dan taqwa yang melahirkan ukhuwwah islamiyyah atau persaudaraan islam yang melebihi segala persaudaraan dan perjanjian. Firman Allah: “Bertolong menolonglah kamu di dalam kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong di dalam dosa dan permusuhan” (Surah al-Maidah, ayat 2)

Di samping itu, perlu diingatkan bahawa para peniaga muslim perlulah memastikan kualiti dalam pengeluaran dan pengurusan. Ini kerana sikap yang amanah sahaja, tanpa kualiti barangan tidak akan dapat memenuhi sasaran. Al-Quran menyebut: "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)."(Surah al-Qasas, ayat 26). Kelayakan mengendali sesuatu urusan mestilah bergabungnya dua faktor; pertama amanah, kedua; kemampuan atau kemahiran. Sekiranya peniaga muslim menggabungkan di dalam dirinya sikap amanah berserta kualiti perniagaan, maka dia memberikan khidmat yang memuaskan hati umat yang sedang bersiap untuk membantu mereka dengan cara membeli produk-produk yang dikeluarkan. Bersemaraklah suasana tolong menolong di atas dasar taqwa.

Juga antara ciri tolong-menolong ialah memudahkan pembeli. Sebagai contohnya; adalah mendukacitakan, apabila kita dapati ada kedai runcit muslim yang sebahagian barangan penting yang menjadi keperluan tidak dijual di dalamnya. Bila ditanya, jawab empunya kedai “untungnya tidak seberapa” atau “untungnya tipis”. Tidakkah dia berfikir sekiranya dia menyediakan barangan tersebut dia telah memudahkan pembeli yang datang ke kedainya, supaya mereka tidak perlu ke kedai lain lagi. Dalam masa yang sama ianya adalah tarikan kepada pembeli dan memudahkan urusan mereka. Memudahkan urusan orang lain adalah ibadah, dan juga membawa faedah kepada perniagaan. Perkara seperti ini sepatutnya difahami dengan baik oleh peniaga muslim. Dalam hadith Nabi s.a.w. bersabda: “..engkau menolong orang lain mengangkat barang ke atas kenderaannya adalah sedekah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tentulah peniaga yang menolong pembeli memudah kerja pembelinya adalah sedekah. Demikian dia berniaga dan beribadah.

Hendaklah kita semua meniru apa yang dilakukan oleh kaum al-`Asy`ariyin (kaum Abu Musa al-`Asy`ari) yang sentiasa tolong menolong antara mereka. Rasulullah s.a.w. memuji mereka, sabda baginda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila keluar berperang, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maksud “ Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah menggambarkan redhanya Nabi s.a.w. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.

Hadith ini memperlihatkan betapa sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama sendiri dalam keadaan terdesak sangat dituntut. Demikianlah membeli barangan muslim dalam keadaan kekuatan ekonomi tidak berada di tangan umat adalah lebih dituntut. Ini bukanlah menggambarkan sikap jumud dan taksub kepada puak. Nabi s.a.w. dalam hadith di atas memuji kaum al-`As`ariyin yang sentiasa tolong menolong sesama sendiri dan tidak menganggap itu sebagai sikap berpuak yang dicemuh. Sebaliknya baginda memuji mereka. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memerangi `asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-`As`ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin-menjamin dan bantu membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan. (Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mabadik wa qawa`id `ammah, m.s. 134, Dar al-Fikr, Beirut).

Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat, sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Umat wajib terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain. Setiap individu muslim hanya ada dua pilihan di hadapannya, samada dia menjadi pengeluar barangan atau pembeli barang keluaran saudara muslimnya yang lain. Mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat, juga melupai tanggungjawab ukhuwwah islamiyyah. Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain..” (Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, cetakan: Maktab al-Sunnah, Kaherah).

Marilah kita mengambil pengajaran daripada apa yang disebut oleh Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi ini agar kita bersegera membaiki diri dan kekuatan umat. Umat Islam di tanahair kita jumlahnya banyak, kita memiliki kuasa membeli yang tinggi, malangnya kita tidak tahu bagaimana mengalirkannya dengan tepat

Memulihkan Kekuatan Ekonomi Umat Islam

Oleh : Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin.
Ditaip semula oleh : Abdul Kadir

Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya sabda Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya kaum al-‘Asy’ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripada aku dan aku daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas, Nabi S.A.W. memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil berat antara satu sama lain. baginda S.A.W memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-‘Asy’ariyin yang jamin menjamin kebajikan sesama mereka. maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah mengambarkan redhanya Nabi S.A.W. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah S.W.T.


Tolong menolong sesama sendiri atau puak, atau bangsa atau kumpulan dalam daerah kebajikan dan taqwa tidak dianggap sebagai perkauman yang sempit. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas “Sesungguhnya Nabi S.A.W. memerangi asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-‘Asy’ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin menjamin dan bantu membantu dalam harta, juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan”. (Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mubadik wa qawa’id ‘ammah, m.s. 134. Dar al-Fikr, Beirut)

Ini kerana seseorang individu atau sesebuah organisasi kadang-kala tidak dapat melaksanakan bantu-membantu atau jamin-menjamin dalam kebajikan meliputi semua masyarakat. Maka sekurang-kurangnya hedaklah dibuat dalam batasan kelompok yang termampu. Namun konsep kebajikan tidaklah boleh dihadkan hanya kepada sekelompok manusia sahaja, jika ada ruang atau tuntutan maka ianya mesti diluaskan. Tidak boleh pula menolong sesama sendiri sehingga ada pihak yang terzalim atau menyempitkan maksud pertolongan sehingga tidak diberi pertolongan melainkan hanya kepada kaum atau kumpulan sendiri sahaja. Ini untuk mengelakkan sikap asabiyyah yang menolong kaum atau kumpulan sendiri sekalipun atas nilai kezaliman. Apabila ditanya Nabi S.A.W. :

“Wahai Rasulullah ! apakah termasuk di dalam asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya ? Jawab baginda :Tidak ! Tetapi asabiyyah itu seseorang menolong kaumnya atas kezaliman.”

Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah S.A.W. demi kebajikan terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah tolong menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuhi dan ditindas lebih dituntut. Bahkan tolong menolong-menolong, bantu-membantu dan jamin menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebajikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. sabda Nabi S.A.W. :

“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bagunan, kuat menguatkan antara satu sama lain.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan fakktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

Disamping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli digerai, kedai atau pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Di peringkat antarabangsa pula, negara-negara umat Islam masih lagi bergantung kepada dunia barat. Ini adalah salah satu factor yang menjadikan dunia Islam dayus kepada Barat. Banyak bahan mentah yang dimiliki oleh umat Islam terutamanya minyak tetapi masih gagal untuk menjadikan dunia Islam blok yang digeruni. Kita masih lagi gagal untuk mewujudkan kesatuan perdagangan dalam dunia Islam. Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia baratdalam tulisannya dengan mengatakan :

“Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memeliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri, dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh dibuminya dan ditenun dengan tangannya… sesungguhnya dunia Arab tidak dapat memerangi Barat – jika keadaan memerlukan demikian – selagi mereka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain." (Abu Hasan ‘Ali an-Nadwi, Maza khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin, ms. 416, cetakan : Maktab al-Sunnah, Kaherah)

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi pula : “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hudup di bumi Allah yang paling strategic, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak berani di bumi kita,tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…. Jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar , pengimport bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai dalam menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, ms. 12-13, cetakan muasasah al-Risalah, Beirut.)

Dalam keadaan sebeginilah umat Islam dalam semua peringkat individu dan negara dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Bagi peringkat antarabangsa berdagang sesama negara umat Islam adalah kewajipan kerajaan-kerajaan umat Islam yang ada.

Ini salah satu cara terbesar pada masa ini dalam menunaikan taggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Sekiranya individu umat memiliki kuasa ekonomi serta mereka beriman dan beriltizam, maka masarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat. Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin ketika menghuraikan hadith : “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat menguatkan antara satu sama lain” di atas, menyebut : “Bandingan yang dibuat dalam hadith ini bertujuan menggalakkan bantu-membantu dan tolong menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan menguatkan sebahagian yang lain. seorang mukmin tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudaranya yang mukmin, jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa." (Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin. 1/119, cetakan: Muasasah al-Risalah, Beirut)

Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat, sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Di peringkat bawahan, umat Islam wajib terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain. lihat pada cuti perayaan orang lain di negara kita, orang Islam menjadi terdesak untuk membeli dan berurusan, ini menggambarkan betapa kita bergantung kepada orang lain. Bagaimanakah kita ingin menceritakan kehebatan Islam kepada mereka dalam membina umat ?

Pengajaran Semasa
1- Setiap individu muslim hanya ada dua pilihan di hadapannya, samaada dia menjadi pengeluar barangan atau pembeli barang keluaran saudara muslimnya yang lain. mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat, juga melupai tanggungjawab ukhuwwah Islamiyyah. Ini kerana suasana umat Islam sekarang amat tertekan dan tertindas.

2- Negara-negara umat Islam mestilah berusaha mengeluarkan keluaran sendiri terutamanya senjata dan barangan yang menjadi keperluan semua. Barangan asas yang menentukan kekuatan negara mestilah dihasilkan sendiri oleh umat Islam.

3- Negara-negara umat Islam wajiblah menjadi kitaran dagangan antara mereka. ini supaya hasil dan harta umat tidak jatuh ke tangan musuh. Berdagang sesama negara adalah tuntutan yang mesti dipikul oleh bahu para pemerintah umat Islam masa kini. Hasil kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab maka lihat apa yang terjadi kepada kekayaan Arab yang dilabur dan dileburkan di Amerika dan dunia Barat.

4- Di peringkat individu, muslim hendaklah membantu perniagaan muslim sedaya mungkin. Ini bagi memastikan kita dapat membina kembali kekuatan masyarakat Islam. persaudaraan Islam membantah seorang muslim meninggalkan saudara muslim yang berniaga lalu membeli dari orang lain.

5- Membantu ekonomi muslim adalah ibadah.

6- Mewujudkan badan kebajikan atau seumpamanya demi membantu kebajikan sesama muslim juga adalah ibadah dan perkara yang dipuji dalam Islam.