Sunday, May 15, 2011

Soalan Sejuta Dinar!

Bayangkan anda ada sejuta dinar emas seperti ini!
Salam,

Pernahkah anda dengar mengenai ayat seribu dinar? Tentu pernah bukan? Ia adalah 3 ayat pertama daripada surah At-Talaq. Ayat tersebut diberi nama ayat seribu dinar kerana ada kisah silam yang berkaitan dengan pengamalan ayat tersebut. 

Saya tidak mahu bercerita mengenai kisah tersebut di sini sebab anda boleh search di internet sekiranya anda mahu. Tapi pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu soalan yang diberi nama Soalan Sejuta Dinar.. Soalan ini diberi nama sedemikian kerana ia adalah satu soalan yang sangat berkuasa sekiranya anda mampu menjawabnya. Mahukah anda sekiranya saya berkongsi soalan tersebut dengan anda? Tentu mahu bukan?

Sebelum itu apa yang saya mahu anda buat ialah, sediakan sekeping kertas kosong dan pen.

Sudah? Ok berikut adalah Soalan Sejuta Dinar tersebut..

Soalan Sejuta Dinar

Bagaimana saya boleh buat apa yang saya buat sekarang kepada lebih ramai orang dengan kerja yang sedikit dan dengan harga yang lebih baik?

Soalan tersebut boleh juga berbunyi begini..

Bagaimana saya boleh berkhidmat kepada lebih ramai orang dengan kerja yang sedikit dan dengan harga yang lebih baik?

Ok sekarang anda boleh cuba menjawab soalan tersebut sehingga berjaya. :-) Good luck! Soalan ini sangat penting kerana ia bakal mengubah hidup anda. Jadi fikirkan baik-baik dan sedalam-dalamnya. Luangkan masa yang khusus untuk menjawabnya.

Sekiranya anda masih belum mampu bertemu jawapannya, jangan putus asa. Pastikan anda terus berfikir dan cari jalan untuk mendapatkan jawapannya. Kerana ia adalah kunci ke arah kejayaan dan kekayaan yang tidak terhingga.

Ok sekarang tentu anda ingin tahu kenapa ia dipanggil Soalan Sejuta Dinar.

Hikmah

Untuk pengetahuan anda, soalan ini merupakan antara faktor kekayaan tidak terhingga beberapa individu terkaya di dunia. Nampak ringkas tapi ia penuh dengan rahsia. Sekiranya anda berjaya menjawabnya dan berusaha ke arah merealisasikan jawapan tersebut, anda juga tidak mustahil akan menjadi kaya seperti mereka.

Seperti anda, mereka yang jutawan ini juga melakukan sesuatu yang berguna/ memberi khidmat kepada orang lain setiap hari atau dalam kata lain kita panggil KERJA. Cuma bezanya mereka memberi khidmat kepada berjuta-juta orang dan kita memberi khidmat mungkin kepada berpuluh-puluh orang sahaja sehari.

Bagaimana mereka boleh buat demikian? Adakah mereka ini mempunyai kuasa seperti Superman atau Xmen? Jawapannya sudah tentu tidak. Mereka adalah manusia biasa seperti kita.

Jawapannya ialah mereka dapat berbuat demikian hanyalah melalui jalan perniagaan dan pelaburan sahaja.

Melalui jalan perniagaan dan pelaburan mereka akan dapat berkhidmat kepada lebih ramai manusia dan dalam masa yang sama meraih keuntungan. Perniagaan yang saya maksudkan di sini ialah sebagai Business Owner @ Pemilik Bisnes.

Saya beri contoh seorang doktor. Sekiranya beliau bekerja di hospital kerajaan beliau hanya dapat melayan 100 orang pesakit sehari. Begitu juga sekiranya beliau bekerja sendiri/ buka klinik sendiri. Malah beliau membuat kerja yang banyak kerana perlu melayan pelbagai kerenah 100 orang pesakit dengan bermacam-macam penyakit. Beliau juga tidak boleh bercuti/ tutup klinik kerana itu akan menjejaskan pendapatan beliau kerana tiada pesakit bermakna tiada rezeki beliau untuk hari tersebut.

Namun sekiranya beliau berjaya menjawab soalan tadi, beliau boleh menjadi kaya raya. Bagaimanakah caranya?

Gambar Hiasan

Bayangkan sekiranya beliau mula membina sebuah hospital beliau sendiri. Mula-mula beliau bina hanya sebuah hospital dengan beberapa orang doktor dan doktor pakar bekerja di bawah beliau. Apabila sudah berjaya membina sistem yang cekap dan berkesan, beliau mula membina rangkaian hospital beliau sendiri. Beliau menggaji lebih ramai doktor pakar dan pegawai perubatan yang lebih baik daripada beliau.

Dengan cara ini beliau boleh merawat beribu-ribu malah bepuluh-puluh ribu pesakit sehari. Beliau juga tidak perlu berpenat lelah melayan kerenah pesakit-pesakit tersebut kerana beliau kini hanya duduk di kerusi empuk di pejabat sebagai pengarah atau mungkin bermain golf dengan kawan-kawan jutawan yang lain. Dan sudah tentu pendapatan yang beliau perolehi hasil daripada bisnes tersebut beribu-ribu kali ganda lebih banyak berbanding gajinya semasa kerja makan gaji dulu. Inilah hasilnya sekiranya kita dapat menjawab soalan tersebut.

Contoh Sebenar

Teruja bukan bila mendengar contoh tersebut? Mahu saya sebutkan contoh-contoh yang berpijak di bumi nyata? Sebenarnya sangat banyak. Tapi cukuplah sekiranya saya berikan beberapa contoh sahaja. Yang lain anda boleh cari sendiri dan fikirkan.


Siapa yang tidak kenal dengan Bill Gates. Beliau adalah pengasas Microsoft Inc. Hanya bermula secara kecil-kecilan dari biliknya di universiti sebagai programmer perisian komputer, kini perisian beliau seperti Microsoft Windows dan Microsoft Office menjadi perisian wajib bagi hampir setiap komputer yang wujud di muka bumi ini. Di samping dapat berkhidmat kepada berjuta-juta manusia (memudahkan urusan komputer mereka) ganjarannya cukup lumayan. Beliau sentiasa berlumba dengan Warren Buffet untuk menduduki tangga pertama atau kedua manusia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan melebihi USD 50 billion.



Tidak perlu jauh-jauh di Amerika, di Malaysia juga kita memiliki contoh yang sesuai. Beliau ialah Datuk Tony Fernandes dan syarikatnya Air Asia. Apakah motto Air Asia?

Now everyone can fly! Kini semua orang boleh terbang!

Dengan matlamat untuk memberikan peluang kepada semua orang termasuk kelas pertengahan dan rendah untuk terbang melalui penerbangan tambang murah, beliau menjana kekayaan yang tidak terhingga. Beliau juga dapat menjawab soalan sejuta dinar dengan baik dan berusaha ke arahnya.

Jadi sahabat-sahabat semua, apa tunggu lagi mari kita fikirkan jawapan bagi soalan sejuta dinar tersebut dan sekiranya telah bertemu jawapannya, jangan buang masa lagi. Teruskan berusaha ke arah mencapainya! Tanpa usaha, kita tetap takkan berjaya. So final word from me.. Good luck!

Sekian, wassalam.

1 comment:

  1. Anonymous1:52 AM

    Hai semua,
    Saya akan memberitahu anda rahsia menjadi kaya dalam pelaburan bitcoin “orang yang bijak sepatutnya mempunyai wang di dalam kepala mereka, tetapi tidak di dalam hati.. Setiap hari adalah hari keputusan baru. Pilihan anda untuk menjadi kaya atau miskin & terus bergelut, mula membuat dana yang lebih besar dalam masa 72 jam dengan peniaga yang sah & pro seperti saya, Pelan pelaburan dibuka sekarang dengan pelaburan minimum $200 anda boleh memperoleh $2000 dalam 72 jam.

    Labur $200 mendapat $2,000
    Labur $500 mendapat $5,000
    Labur $700 mendapat $7,000
    Labur $1,000 mendapat $10,000
    Labur $2,000 mendapat $20,000
    Labur $5,000 mendapat $50,000
    Labur $7,000 mendapat $70,000

    Jangan lepaskan peluang yang jelas ini untuk mencapai kebebasan kewangan anda, mereka yang belum bersedia untuk melabur sekarang belum bersedia untuk bersara awal, jangan bergantung pada satu sumber pendapatan, biar kami berdagang untuk anda hari ini dan mula membuat keuntungan untuk anda. Sila hubungi kami Melalui WhatsApp: +1(252)285-2093 E-mel : andersoncarlassettrade@gmail.com

    ReplyDelete