Friday, May 27, 2011

Instrumen Pelaburan Siri 1: Asas Pelaburan

Salam,

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai beberapa instrumen pelaburan yang boleh kita gunakan untuk mencapai matlamat kewangan kita. Namun sebelum itu, sudah tentu kita perlu memahami apakah asas-asas pelaburan itu terlebih dahulu.

Begin With The End In Mind

"Macam pernah ku dengar tapi di mana ya?". Hehe. Ya, frasa yang saya quote ini diperolehi daripada buku 7 Habits of Highly Effective People. Seperti mana yang pernah saya tulis satu ketika dulu di sini, kita perlu mempunyai matlamat pelaburan yang jelas. Apakah yang kita inginkan daripada pelan pelaburan yang kita rancangkan?

Antara contoh matlamat yang jelas lagi nyata ialah seperti berikut:

  • Saya mahu bersara dengan pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan tanpa perlu bekerja pada usia 60 tahun
  • Saya mahu menanggung perbelanjaan pengajian tinggi anak-anak saya yang 4 orang tu sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan jumlah RM200,000
  • Saya mahu menjadi kaya pada usia 50 tahun dengan pendapatan tanpa perlu bekerja at least sebanyak RM500,000 setahun.
Sekiranya matlamat tersebut telah jelas, maka kita boleh mula merancang daripadanya. Sama juga situasinya sekiranya kita mahu pergi melancong. Kita tidak boleh merancang sahaja tanpa kita tahu ke mana hala tuju kita. Apabila kita telah buat keputusan untuk pergi ke Korea pada tahun depan misalnya, baru kita merancang apa yang perlu dibuat seperti kumpul duit, beli tiket, buat persiapan baju sejuk dan sebagainya.

Membuat Perancangan

Ini juga pernah saya sentuh di sini. Pelaburan adalah satu perancangan. Kita selalu mendengar jurujual-jurujual agen unit amanah, takaful, emas dan sebagainya memberitahu yang produk-produk mereka adalah 'pelaburan'. Sebenarnya itu adalah kurang tepat. Produk-produk tersebut bukanlah pelaburan tetapi ia adalah instrumen pelaburan. Ini akan saya kupas lebih lanjut lagi nanti.

Kita ambil sekali lagi contoh untuk pergi melancong ke Korea (sebab dah lama mengidam nak pergi Korea lagi.. hehe). Korea ialah matlamat akhir pelaburan kita. Manakala pelaburan ialah perancangan untuk pergi ke sana. Dalam perancangan tersebut kita boleh memilih beberapa instrumen/ medium/ cara perjalanan yang bakal menjayakan matlamat kita tersebut. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Masjid Itaewon, Seoul

Anda boleh memilih untuk berjalan kaki yang mungkin memakan masa berbulan-bulan, atau anda boleh memilih untuk menaiki kapal terbang yang hanya memakan masa sehari. Atau anda boleh pilih kombinasi di antara kedua-duanya. Namun timbul pula persoalan daripada segi kemampuan kita.

Begitu juga dengan pelaburan, ada instrumen yang boleh membawa kita kepada matlamat kita dengan cepat dan ada yang memakan masa yang sangat panjang. Tapi adakah kita mampu? Dalam pelaburan, 'kemampuan' tersebut bukan diukur dari sudut kewangan tetapi bolehlah kita tafsirkan sebagai mentaliti kita berkaitan pelaburan dan ilmu yang kita ada. InsyaAllah saya akan kupas mengenainya kemudian.

Pulangan Pelaburan

Asas yang perlu difahami ialah bagaimanakah caranya untuk menjana pulangan/ keuntungan hasil daripada instrumen pelaburan kita nanti. Terdapat dua jenis cara untuk menjana keuntungan iaitu:
  1. Capital Appreciation (Pengembangan Modal)
  2. Income (Pendapatan)
Asas ini terpakai bagi semua jenis instrumen pelaburan. Ada instrumen yang menjanjikan kedua-duanya sekali. Namun ada juga yang hanya menjanjikan salah satu daripadanya sahaja.

Mudah sahaja untuk memahami konsep di sebaliknya. Contohnya, andaikan anda mempunyai sejumlah wang yang anda ingin laburkan. Lalu anda pergi ke Korea (lagi..) dan membeli keronsang pada harga RM10 setiap satu. Lalu anda pulang ke Malaysia dan jual kepada makcik-makcik di pejabat dengan harga RM50 setiap satu. Maka anda pun mendapat untung sebanyak RM40 setiap satu keronsang yang anda berjaya jual. Maka pulangannya ialah sebanyak 400% daripada apa yang telah anda laburkan (Return On Investment, ROI). Pulangan seperti ini kita panggil sebagai Capital Appreciation. Namun ia tidak dapat memberi anda income kerana keronsang tersebut tidak dapat memberikan anda pendapatan bulanan. Sekali stok anda sudah habis, anda perlu top up semula.

Kedai brooch di Korea

Lain pula kisahnya sekiranya anda membeli sebuah kereta dengan harga RM20,000 secara tunai. Lalu anda sewakan kereta tersebut dengan kadar sewa RM500 sebulan. Pendapatan itulah yang dinamakan pulangan secara Income. Dalam tempoh setahun ROI bagi pulangan tersebut ialah sebanyak 30%. Ini bermakna ia akan memakan masa 3.3 tahun untuk anda mendapatkan semula 100% duit anda kembali. Tetapi yang menariknya, selepas daripada 3.3 tahun itu, anda akan memakan hasil pendapatan bulanan sebanyak RM500 itu sepanjang hayat kereta tersebut. Cuma malangnya, sekiranya anda ingin menjual semula kereta tersebut di akhir hayatnya, anda mungkin hanya mendapat sedikit sahaja duit anda kembali. Oleh itu ia tidak dapat memberikan anda satu lagi jenis  pulangan iaitu Capital Appreciation.

Prinsip Asas Pelaburan

Siapa yang tidak kenal dengan Warren Buffet, antara manusia yang terkaya di dunia. Beliau mempelajari ilmu pelaburan daripada mentor beliau yang tersohor iaitu Benjamin Graham. Kalau anda ingin berjaya dalam pelaburan ingatlah pesan ini yang diberikan oleh Warren Buffet. 
Warren Buffet Rule
Rule #1 Don't lose money 
Rule #2: Don't forget rule #1
Betapa pentingnya untuk kita memastikan untuk tidak hilang duit yang kita laburkan. Itu adalah prinsip asas pelaburan yang perlu kita pegang dalam apa jua pelaburan yang mahu kita ceburi.

Sekian untuk kali ini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment