Monday, March 26, 2007

Allah Knows..

Assalamualaikum wbt..

*Post hari ini saya tujukan kepada seorang sahabat karib, semoga dikuatkan semangat dan tabah menghadapi masalah yang melanda.

Hari ni kita nak cerita pasal masalah. Anda ada masalah tak? Kalau anda tak ada masalah, sudah tentu anda bukan orang. :D Kerana secara logik akalnya semua orang menghadapi berbagai-bagai masalah. Kecualilah budak-budak kecik dan orang-orang gila. Mereka memang takde masalah. Kalau budak-budak, yang mereka tahu hanya main sahaja. Alangkah bahagianya kalau dapat kembali seperti budak-budak dahulu. Kalau ada masalah pun takat camne nak beli komikla, nak beli mainan la dan sebagainya yang tidaklah besar mana pun masalah tersebut. :)

Tapi bila dah menjelang usia dewasa nih, berbagai masalah timbul. Masalah study, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah kerja dan lain-lain lagi. Mungkin pernah satu masa kita mengharapkan agar semua masalah-masalah ini hilang begitu sahaja. Kita sudah tak mahu berdepan dengan masalah-masalah tersebut. Tapi sedarkah kita bahawa masalah-masalah ini adalah sebahagian dari proses hidup kita. Dengan masalah-masalah inilah kita akan dapat belajar macam-macam pengalaman yang berguna dalam hidup di masa hadapan. :)

Tambah lagi bila seseorang itu bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dalam bisnes memang banyak dugaan dan cubaan. Dan kadang-kadang dugaan itu terlampau besar sehingga tak semua orang dapat menahannya dan akhirnya akan kembali makan gaji. Banyak cerita yang kita dengar pasal usahawan yang kehilangan beribu-ribu malah berjuta-juta ringgit, tetapi bangkit kembali dan terus berusaha sehinggalah mencapai kejayaan yang diingini. Tanyalah sesiapa sahaja yang menjadi usahawan, pasti pernah menghadapi satu kegagalan yang besar dalam bisnes mereka. Memanglah kita tengok mereka kaya, hidup senang tapi kita tidak pernah tanya mereka berapakah pengorbanan yang telah mereka lakukan yang membuatkan mereka berjaya. Kalau kita dengar belum tentu kita akan berjaya mengharunginya sepertimana mereka.

Benarlah kata-kata peribahasa "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" :)

Semua manusia dilanda masalah dan ujian. Persoalannya ialah sekuat mana kita berjaya untuk menanggung masalah kita? Pernahkah kita merasa sempit yang teramat sangat dunia ini kerana masalah yang menimpa kita? Saya pernah merasakannya. Dan saya yakin semua orang pernah merasakan perkara yang sama. Satu perkara yang selalu saya buat untuk menyedapkan hati ialah dengan mengingatkan diri sendiri bahawa, masih ramai lagi orang yang lebih teruk daripada kita. Dengan ini insyaAllah akan datang rasa syukur kepada Allah. :) Inilah yang dinamakan bersyukur walaupun dalam keadaan susah dan bermasalah. Tapi tak semua dapat melakukannya.

Saya suka dengar lagu ni.. Lagu nasyid dari Zain Bikha dan Dawud Wharnsby Ali bertajuk Allah Knows. Dengar berulang-ulang kali, ia mampu memberikan saya sedikit kekuatan untuk menghadapi segala ujian yang melanda. :) Sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung. Semoga kita semua semakin tabah dan kuat untuk menghadapi ujian di dunia yang sangat sementara ini. :)

"Losers QUIT when they FAIL, WINNERS FAIL until they SUCCEED"

Wassalam



Allah Knows
Album : Allah Khows
Munsyid : Zain Bhika and Dawud Wharnsby Ali
http://liriknasyid.com


When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember no matter where you are
Allah knows, Allah knows.

When you’re carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road you take
Allah knows, Allah knows.

Chorus:
(Cause) No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows, Allah knows.

And whatever lies in the heavens and the Earth
Every star in this whole universe
Allah knows, Allah knows.

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon shout it to everyone
Allah knows, Allah knows.

When you gaze with love in your eyes
Catch your glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows, Allah knows.

Chorus
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows, Allah knows.

See we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs never fret never frown
Allah knows, Allah knows.

Chorus 2x
Every grain of sands in every desert plants
He knows…
Every sheet of palm, every closed hand
He knows…
Every sparkling tear on every eye lash
He knows…
Every thought I had and every word I share
He knows…
Allah knows…


Saturday, March 24, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan Siri 3 - Simpanan Untuk Masa Depan.

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah hari ini kita nak bincang pasal langkah seterusnya untuk menjadi jutawan. Dalam post yang sebelum ini kita telah berjaya membuat keputusan untuk menjadi kaya, dan kita telah mula mencatatkan apakah misi yang perlu disempurnakan dalam perjalanan kita tersebut. Misi yang paling penting sebagai permulaan ialah dengan membuat simpanan. Dengan simpanan tersebutlah kita nak mula mengembangkan duit tersebut supaya beranak pinak. Dengan simpanan yang kita adalah kita nak mula menceburkan diri dalam bisnes, main saham, hartanah dan lain-lain lagi cara untuk mengembangkan duit kita.

Tetapi kalau anda berfikir bahawa dengan menyimpan sahaja anda boleh jadi kaya, maka anda sebenarnya telah tersilap besar. Menyimpan tidak akan membawa anda ke mana-mana walaupun wang yang anda simpan itu berkepuk-kepuk. :) Ini kerana wang tersebut hanya akan mengalami nilai susut setiap tahun kerana kadar inflasi. Contoh mudah ialah, katakan anda menyimpan RM 100 pada tahun ini di sebuah bank yang memberikan faedah purata sebanyak 3% setahun. Kadar inflasi pada tahun tersebut ialah 3%. Jadi walaupun wang anda kelihatan menjadi RM 103 tetapi sebenarnya ia telah susut nilai sebanyak 3% maka nilai sebenar wang anda sekarang masih tetap sama iaitu RM 100. Ini kalau sekiranya kadar inflasi 3%, katakan kadar inflasi lebih tinggi macam pada zaman dulu tu sebanyak 4.7% jadi nilai anda akan susut lebih jauh dari kadar sebenar.

Senang cerita, wang anda tu tak beranak pinak dan kerjanya hanya duduk sahaja di dalam bank tersebut. Sedangkan untuk menjadi kaya, kita memerlukan wang itu bekerja untuk kita, menjadikan kita lebih kaya. Caranya ialah anda perlu memastikan wang tersebut dapat ditambah nilainya dengan melakukan pelaburan-pelaburan ataupun bisnes. Anda boleh rujuk topik mengenai pelaburan di dalam Siri yang ke 4. Tapi walau macamanapun, simpanan tetap perlu kita buat kerana ia adalah "perkara yang paling asas" untuk menjadi kaya.

Okeh berbalik kepada topik simpanan tadi, biasanya kita hanya akan menyimpan bila ada lebih daripada duit perbelanjaan kita sehari-hari. Biasanya memang macam itulah orang ramai buat kan? Salah ke nak buat perkara yang sama dengan orang lain buat? Tak salah, tapi cuba lihat di sekeliling kita. Berapa ramai orang yang kaya? Boleh kira dengan jari bukan? Ini bermaksud sekiranya kita mengikut perkara yang biasa orang lain buat, maka kita pun tak boleh jadi kaya. Sebab orang yang jadi kaya membuat sesuatu yang lain daripada orang lain. Jadi ini membuktikan lagi kebenaran kata-kata yang berbunyi " Untuk jadi kaya, Don't Be Average!" :)

Jadi bagaimanakah mereka yang exception ini menyimpan? Mereka yang menjadi kaya raya menyimpan? Mereka tidak meletakkan Simpanan itu di ranking yang terbawah sesudah Perbelanjaan. Tetapi mereka meletakkan Simpanan di tempat yang pertama, kemudian barulah Perbelanjaan. Contohnya adalah seperti list di bawah (ikut turutan priority).

Orang Biasa
1. Makan
2. Minyak
3. Bil
4. Hiburan
5. Lain-lain
6. Simpanan (itupun kalau ada lebih)

Orang Kaya
1. Simpanan (InsyaAllah pasti ada sebab kita letak di atas sekali)
2. Makan
3. Minyak
4. Bil
5. Hiburan
6. Lain-lain

So boleh nampak kan beza dia? :) Konsep ini dinamakan Pay Yourself First! Sebab kita tak bayar bil-bil dahulu, bayar kedai makan, bayar stesen minyak, bayar tol dsbgnya (yang bermaksud orang lain) tapi kita bayar diri kita dahulu dengan memasukkan sejumlah duit ke dalam bank sebagai simpanan.

Kenapa kita perlu bayar orang lain dahulu?? Tidakkah kita sedar bahawa kita yang bekerja penat-penat siang malam untuk mendapatkan duit tersebut bukan orang lain? Kenapa pulak kita yang bekerja penat-penat tapi orang lain yang merasa duit kita dahulu. Bukan ke tak patut gitu? :) Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan siapa yang perlu kita bayar dulu hasil dari penat lelah kita. Dan sudah tentulah orang itu ialah diri kita sendiri. Kerana kitalah yang bekerja penat lelah bukan orang lain, bukan pengutip cukai, bukan TNB, bukan TM Streamyx, dan bukan jugak Datuk Samy Vellu. :)

Ok mungkin ada yang bertanya, adakah saya bermaksud jangan membayar bil-bil tersebut? Saya tidak bermaksud begitu. Tetapi saya mahu kita semua menyedari akan kepentingan Pay Yourself 1st ini. Kita perlu tetapkan satu-satu nilai untuk kita simpan setiap bulan tidak kira dalam keadaan kita susah mahupun senang. Ini supaya kita terbiasa dengan sikap menyimpan sebanyak nilai tersebut, mendisiplinkan diri kita, dan supaya dapat menanam sikap tidak mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri, memandangkan kita yang teruk-teruk bekerja untuk mendapatkan duit tersebut.

Dengan mengamalkan konsep ini juga, kita akan mula sedar bahawa kita sedang menghadapi masalah kewangan. Kita tidak akan sedar sekiranya kita tidak mengamalkan konsep ini. Kita akan rasa relaks, dan menangguh-nangguh. Akhirnya bila dah tua nanti barulah kita akan menyesal di atas kebodohan kita dahulu. Apabila kita mengamalkan konsep ini, dan kita sudah mula sedar bahawa ada lubang dalam portfolio kewangan kita, maka akan timbullah rasa tanggungjawab untuk mencari pendapatan sampingan. InsyaAllah dengan rasa tanggungjawab ini, kita akan mula berfikir bagaimanakah caranya untuk menambahkan lagi pendapatan sampingan kita.

Tips-tips untuk menjayakan konsep ini.
  1. Anggap simpanan tersebut sama seperti hutang-hutang, bil-bil, cukai, dan makan. Sekiranya kita tidak bayar kita akan merana kerana nanti ada orang datang rumah ugut nak bunuh dsbgnya (along) ataupun kita bakal mati kebuluran. :) Walaupun kesannya tidaklah seteruk ini tapi memang benar kerana kita akan merana dalam jangka masa panjang.
  2. Jangan usik langsung simpanan tersebut, kerana simpanan itu akan kita gunakan untuk menjadi kaya nanti dengan jalan pelaburan dan bisnes. Jadi jangan usik langsung.
  3. Jangan buat kad ATM untuk akaun tersebut, kerana kalau ada kad ATM terlampau mudah untuk kita mengeluarkan duit tersebut.
Kalau ada tips-tips lain leh la kongsikan di sini.. :)

Friday, March 23, 2007

MLM Haram??!!

Assalamualaikum wbt.

Mungkin ada yang pernah membaca artikel ini di mana-mana media massa atau di internet. Tetapi saya pastekan sekali lagi di sini sebab mesti ada yang tak baca lagi dan saya sendiri baru baca semalam. :)

Diharap anda membaca artikel ini sampai habis dan diharap dapat berlapang dada, kerana dengan dada yang lapang barulah ilmu itu boleh sampai ke dalam hati. Kalau anda sempitkan pemikiran dan telah siap sedia dengan hujah-hujah untuk menangkis segala kajian-kajian yang telah dibuat, maka anda tidak akan mendapat sedikitpun ilmu daripadanya. Dan perlu diketahui, tidak semua MLM tergolong dalam golongan yang haram.

(edited part)
Dan ini hanyalah sekadar pandangan awal dari ustaz Zaharudin. Sila baca sampai habis dan baca perenggan yang last sekali saya boldkan. Kerana ini hasil kajiannya. Jadi ia bukanlah muktamad dan kita perlu dengar juga pandangan daripada ulama-ulama yang lain.

So, lepas ini, kaji balik Syarikat mana yang anda telah join, dan sekiranya dah join maka cariklah jalan keluar sekiranya anda ragu-ragu. Kalau tak join lagi alhamdulillah, dan bolehlah carik syarikat-syarikat yang lulus dari segi point-point di bawah kerana menjauhi perkara yang syubhat itu adalah lebih baik.

Sekian sahaja. Wassalam.

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)



Thursday, March 22, 2007

Aku Seorang CEO.... & kue tiaw goreng

Kisah ini saya perolehi daripada kawan saya , dan kawan saya perolehinya daripada kawan dia. Kisah ini adalah berkaitan dengan sempai (senior kami) kami sebab study di Jepun juga. :D So semangat dia lebih sikit. Hehe..

Semoga kita teruja lepas baca kisah ini.. Salam.

Aku Seorang CEO.... & kue tiaw goreng

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wuih!! Meleleh air liur.. huhu


Islam itu indah.............................

Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.

Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru. Alhamdulillah.. aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari
terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan... dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.



Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun. Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.

Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia. Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini.

Alhamdulillah... aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam... bertungkus lumus... dunia aku hanyalah di pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan rumahtangga.

Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan dipapan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil
penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi.... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur
Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!!

Kebahagian keluarga.....Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai
seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus... yang sulung dah tak macam orang... rambut warna merah... bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi. Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting.... main golf pun bincang pasal kerja.... dinner pun meeting lagi!!!!... sampai tiada masa untuk bersolat!! Setiap
pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku... sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat...kekadang terlupa... Masyaallah!!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun. Aku mungkin kaya... tetapi jiwa aku kosong... kadang kala jiwa aku tertekan!!! Bila aku pulang ke rumah lewat
malam aku bersolat.... aku menangis... aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad...!!!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO. Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat.

Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO... tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!! Aku diketawakan oleh mereka.... tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...
bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari.... Alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari. Anggaran kasar pen! dapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai.

Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras... dari 2 gerai aku membuka 3.. dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN.

Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K.

Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalankan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau... atau lebih kurang jadi 'chairman'.... dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Dan sekarang baru ku sedar yang Nabi Muhammad SAW pernah bersabda....9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga!

Alhamdulillah.


Tuesday, March 20, 2007

Gagal Secepat Mungkin!

Assalamualaikum wbt..

Pernahkah anda mengalami kegagalan dalam hidup anda? Sudah pasti pernah bukan. Apakah kegagalan yang paling besar pernah anda alami dalam hidup dan apakah perasaan anda pada ketika itu? Ia boleh jadi gagal di dalam study, gagal di dalam bisnes ataupun gagal di dalam hubungan percintaan. Tiada seorangpun di dunia ini yang tidak pernah gagal. Mahupun kecil ataupun besar ia masih dianggap gagal. Persoalannya ialah sejauh mana kegagalan itu mampu mengubah hidup kita.

Mari kita imbas kembali saat-saat ketika kegagalan yang paling besar itu menimpa kita. Pada saat itu mungkin ada di antara kita yang tidak henti-henti menyumpah. Biasanya kita akan menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kegagalan itu. Kita salahkan "sensei" kita. Kita salahkan "rakan-rakan" kita, kita salahkan "along" dan lain-lain. :D

Ada pula yang bersedih dan tidak henti-henti mengatakan betapa bodohnya diri ini. Menangis berhari-hari sampaikan tidak lalu makan dan minum. Sedih sahaja tak apalah, tapi disertakan pula dengan ayat-ayat yang melemahkan diri sendiri. Ini hanya akan membuatkan kita menjadi bertambah kurang keyakinan terhadap diri sendiri, dan sentiasa merasa rendah diri, tidak mahu menonjol dan merasakan diri sendiri tidak layak untuk berbuat apa-apa sekalipun. Bukankah ini menyebabkan kita menjadi semakin lemah berbanding orang lain?

Tapi sedarkah kita bahawa dengan membuat sedemikian di atas, kita sebenarnya menghalang diri sendiri untuk belajar sesuatu daripada kesilapan tersebut. Bagaimana untuk belajar sesuatu daripada kesilapan dan kegagalan tersebut? :) Senang saja, cuba buat yang sebaliknya daripada perkara-perkara yang disebutkan tadi.

Cuba fikirkan kembali. Adakah kita seorang sahaja yang begitu? Adakah kita seorang sahaja yang mengalami kegagalan? Tentu tidak bukan? Semua orang pernah merasainya. Tapi kenapa orang lain boleh menjadi lebih berjaya kerana kegagalannya? Kenapa orang lain boleh teruskan hidup tanpa mengambil endah akan kegagalannya? Jawapannya ada pada sikap masing-masing ketika menilai sesuatu kegagalan itu. Orang yang sentiasa bersikap positif yakin bahawa kegagalan adalah suatu daya yang positif, tetapi sebaliknya bagi orang yang bersikap negatif. Inilah kata kunci utama yang membezakan orang yang berjaya "winner" dengan orang yang kalah "loser".

"Losers quit when they fail, Winners fail until they succeed" - Rich Dad

Katakan saja siapa yang berjaya tapi tidak pernah gagal?? Hampir semua orang kaya pernah kehilangan duit mereka disebabkan kegagalan mereka. Tapi kesilapan itulah yang menyebabkan mereka membuat lebih banyak duit di masa akan datang kerana mereka belajar daripada kesilapan. Donald Trump pernah hilang berbillion-billion ringgit. Tapi dia menjadi lebih kaya lagi sekarang. Begitu jugak dengan Robert Kiyosaki, Chris Gardner, dll lagi. Namun kegagalan-kegagalan itu tidak pernah membuatkan mereka lemah semangat untuk terus berusaha. Tapi kita? Baru hilang beratus-ratus ringgit dah rasa lemah semangat untuk teruskan bisnes. Baru kurang laku sikit kita dah putus asa. Macamana nak jadi usahawan yang berjaya?

Kata kunci di sini ialah lagi cepat kita gagal, lagi cepat kita berjaya. Sebab bagi saya kegagalan adalah tangga kejayaan. Tapi jangan sengaja2 gagal sebab itu kerja bodoh namanya. Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah, supaya kita usahawan semua jangan mudah putus asa bila menghadapi kegagalan. Kerana dengan kegagalan itulah kita akan menjadi usahawan yang lebih berjaya lagi di masa hadapan. (* Peringatan : Usahawan berbeza dengan pekerja, nanti kita bincang di post lain)

Satu lagi kata kunci di sini, ialah supaya kita sama-sama berhenti sejenak dan memikirkan balik semua kesilapan2 tersebut. Cuba playback kembali. Tengok balik betul2, adakah ini salah mereka dan keluarga mereka ataupun salah kita sendiri? :) Kalau betul-betul tengok, pasti akhirnya jari-jari itu akan tertuju ke arah kita sendiri. Bila kita tuding jari telunjuk ke arah orang lain, tanpa kita sedari jari tengah, jari manis, jari kelingking sedang menunjuk ke arah kita. Kalau anda tak rasa macam tu sekalipun, cubalah carik di mana-mana dan letakkan kesalahan itu semua di atas diri sendiri. :) Jangan cari alasan lagi. Jangan berselindung lagi dengan menyebut nama orang-orang lain. Akuilah kita yang bersalah. InsyaAllah Hanya dengan cara ini sahajalah kita mampu untuk memperbaiki diri kita lagi di masa akan datang.

Dan sesudah menuding jari ke arah diri sendiri, jgn lupa untuk bertanggungjawab. Cari jalan untuk penyelesaian. Pasti dan pasti ada jalan. Kerana Allah tidak membebani kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung. :)

Bercakap memang mudah tapi, dalam nak melaksanakan memang payah. Setakat ini saya belum pernah berjaya untuk mengakui kesalahan-kesalahan sendiri di hadapan orang lain. Tapi di belakang saya cuba yang terbaik. Mungkin ego masih menguasai diri. Huhu.. So jom sama-sama mulai hari ini belajar-belajar untuk mengakui kesalahan-kesalahan kita. Macam belajar kat sekolah jugak, kalau selalu buat latihan insyaAllah jadi terer. So lets do it from now. :)

Akhir kata daripada saya.. " Kegagalan adalah Tangga Kejayaan! "

Rujukan : Rich Dad's Guide - Before You Quit Your Job

Sekian dulu untuk hari ini. Wassalam.

p/s : pesanan ini bukan untuk usahawan sahaja, tapi untuk setiap individu apabila dia bertukar sekejap menjadi pelabur, bisnesman dll selain daripada menjadi pekerja makan gaji. Sekiranya dia sedang menjadi pekerja makan gaji, maka dia tidak boleh melakukan kesilapan. InsyaAllah akan kita ulas lebih lanjut lagi.

Monday, March 19, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan Siri 4 - Pelaburan Yang Sebenar!

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah pada kali ini, di atas permintaan ramai kita cuba untuk mengupas mengenai pelaburan yang halal dan insyaAllah menguntungkan. Nampaknya ramai di antara kita yang mengalami masalah kewangan. Macamana nak jadi kaya jikalau masalah kewangan sendiri masih belum dapat diatasi. Nasihat ini ditujukan jugak kepada diri saya sendiri yang jugak kadang-kadang menghadapi masalah yang sama. :)

Sebenarnya tiada jalan singkat untuk mengatasi masalah kewangan kita. Ia memerlukan beberapa tahap dan setiap tahap itu memerlukan pengorbanan dan disiplin yang tinggi. Tahap yang paling kritikal sekali ialah tahap pertama dengan membuat keputusan untuk tidak berdepan dengan masalah kewangan lagi. Anda boleh rujuk dalam post saya yang sebelum ini dgn klik di sini. Tahap yang kedua ialah tahap untuk menetapkan matlamat kewangan anda (visi) dan memikirkan langkah-langkah untuk mengatasinya (misi). Seterusnya ialah untuk menulis visi dan misi tersebut di dalam kertas. Kemudian anda perlu menyusun misi tersebut di dalam bentuk sebuah perancangan mengikut turutan masa yang perlu anda patuhi. InsyaAllah dengan sedikit disiplin, sesiapa pun mampu untuk menjadi kaya.

Ok, salah satu misi yang boleh kita ambil kira ialah dengan melakukan pelaburan. Pelaburan secara ringkasnya bolehlah kita katakan kita menyerahkan duit kita kepada orang lain untuk mereka kerjakan dan kita memperolehi pulangannya (modal dan keuntungan). Ataupun kalau lebih advance lagi kita gunakan duit orang lain untuk melabur dan kita juga dapat merasakan keuntungannya. Pelaburan ini boleh dilakukan dengan menyertai mana-mana Medium Pelaburan ( Investment Vehicle ) seperti amanah saham (unit trust), pasaran saham (stock exchange), pasaran wang asing (forex), hartanah dan lain-lain lagi.

Ramai antara kita tersalah anggap dengan memanggil sesuatu Medium Pelaburan itu dengan istilah Pelaburan. Walaupun kesalahan di sini hanyalah istilah, tetapi sebenarnya ia membawa kesan yang besar kepada pelabur. Mereka akan merasakan bahawa mereka sudah boleh digelar pelabur dan akan berjaya menjadi kaya. Sebagai contoh mereka memanggil main saham dengan "Pelaburan Saham", "Pelaburan hartanah" dan "Pelaburan Matawang Asing" dll. Sedangkan kita perlu sedar bahawa istilah Pelaburan membawa maksud yang lebih besar daripada itu. Kita perlu jelas akan perbezaan kedua-dua perkara ini.

Pelaburan = satu plan atau rancangan untuk kita mencapai sesuatu matlamat dalam kewangan.
Medium Pelaburan (Investment Vehicle) = Satu jalan ataupun medium untuk kita execute plan yang telah kita rancangkan

Sebab itu dalam bahasa orang putih dipanggil vehicle iaitu kenderaan. Pelaburan bolehlah dianggap sebagai satu perjalanan yang kita rancangkan. Misal kata kita mahu pergi ke Kelantan dari KL. Kita ada macam-macam jenis pengangkutan yang boleh membawa kita ke Kelantan. Boleh jalan kaki sahaja, naik basikal, naik kapal laut, naik kereta melalui highway, naik kereta jalan biasa, naik bas, naik kapal terbang atau lebih hebat lagi berenang huhu. Jadi terpulang kepada pilihan yang kita mahu gunakan. Lagi bagus cara transportation itu maka lagi cepat kita sampai.

Tetapi sama jugak seperti kenderaan realiti, tidak semua orang mampu untuk menaiki kenderaan seperti mana yang orang lain mampu. Kalau mereka tidak punya kereta mereka hanya mampu untuk naik bas, ataupun mungkin basikal. Hehe. Dan mungkin hanya mereka yang banyak duit sahaja mampu untuk menaiki kapal terbang. Betul tak?

Begitu juga dengan investment vehicle, kita ada macam-macam jenis pelaburan tetapi tidak semua mampu kita join. Di sinilah pentingnya kita betul-betul melaksanakan istilah Pelaburan yang sebenar. Iaitu menyediakan satu plan yang akan memastikan kita sampai ke matlamat kita. Plan ini perlulah kita start daripada bawah. Dengan bertatih-tatih ataupun merangkak. Kemudian sudah biasa merangkak mulakan pula dengan berjalan. Dan seterusnya. Dengan ini insyaAllah pada satu hari nanti kita mampu untuk naik kapal terbang ke Kelantan. Ini bermaksud kita perlu bermula sedikit demi sedikit dan membiasakan diri, kemudian dan terer, kita join pulak yang lebih tinggi sedikit risikonya dan memberi pulangan yang lebih, dan terus-menerus kita ulangi perkara yang sama sampailah kita berjaya mencapai matlamat kita.

Janganlah kita menjadi seperti orang lain yang pantang mendengar istilah pelaburan mesti nak join tanpa adanya satu plan yang khusus. Asal dengar unit trust jer nak join, asal dengar skim cepat kaya pun boleh jalan, asal dengar FOREX dan SWISSCASH pun nak join juga tanpa usul periksa. Akhirnya tidak juga menjadi kaya raya dan kita mula menyalahkan orang lain. Sedangkan kesilapan itu ada dalam diri kita sendiri. Kerana tidak belajar terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan.

So harapan saya ialah, kepada sesiapa yang membaca post ini untuk tidak menjadi seperti orang kebanyakan. Kenapa kebanyakan orang tidak menjadi kaya raya? Kerana mereka suka mengikut-ikut trend masyarakat. Kalau masyarakat masuk Forex, mereka pun turut join sama. Kalau masyarakat masuk skim cepat kaya, mereka pun turut masuk sama. Sedangkan prinsip yang penting untuk berjaya ialah menjadi lain daripada yang lain. Kita sendiri lihat orang-orang yang berjaya menjadi kaya adalah di kalangan orang yang tidak mengikut trend. Mereka ada plan mereka yang tersendiri dan ada target yang jelas. Begitulah yang kita patut ikut, kerana orang-orang kaya bukanlah orang-orang kebanyakan. Hanya beberapa persen sahaja masyarakat Malaysia yang kaya raya. So anda mahu jadi mana satu? Jadi orang kebanyakan, atau jadi orang yang luar biasa?

"If we want to be rich, don't be average". (kepada otai2 kalau silap tolong betulkan hehe)

Untuk tidak menjadi orang kebanyakan yang melabur tidak tentu hala, maka kita perlu melengkapkan langkah 1, 2 dan 3 terlebih dahulu. Barulah kita tahu hala tuju kita dan barulah jelas perancangan kita. Dan yang lebih penting kita akan mencapai matlamat atau impian yang kita ingin-inginkan insyaAllah.

InsyaAllah kalau ada masa lagi kita akan sambung bab ni. Akhir kata daripada saya. Don't Be Average!!

Rujukan - Rich Dad's Guide to Investing

Wassalam


Sunday, March 18, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan !! - Siri 2

Assalamualaikum wbt..

Oklah, mari kita lupakan sebentar masalah orang yang sempit pemikirannya itu. Buang masa kita sahaja melayan kerenah dia. Dia tetap tidak akan berubah selagi dia tidak mahu melapangkan dadanya melihat kebaikan yang terselindung di sebalik bermacam-macam cara untuk jadi kaya di zaman ini. Dia juga perlu menjauhi sikap serkap jarang dan perlu berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Terima kasih saya ucapkan kepada yang komen insyaAllah setakat ni apa yang mampu kita buat ialah dengan bersabar dan teruskan kerja-kerja kita.

InsyaAllah kali ni kita akan sambung siri skim cepat kaya yang sebenar. Semoga kita benar-benar berjaya memperoleh apa yang kita impikan dalam mengejar cita-cita memartabatkan ekonomi umat Islam. :)

So amacam? Dah buat keputusan ke belum? dah.. Apa dia? Saya tak dengar. DAH!!! hehe.. Bagus macam tulah yang kita mahukan. Bersemangat dan tiada lagi fikir dua tiga kali. Tapi sebelum tu saya nak timbulkan lagi beberapa soalan agar anda betul-betul tidak menyesal untuk mengejar kekayaan.

1. Sanggupkah anda membayar "harga" yang diperlukan? (rujuk siri 1)
2. Sanggupkah anda berdepan dengan kegagalan dan kesilapan, serta sedia untuk memperbaiki dan mempelajari sesuatu daripadanya?
3. Sanggupkah anda mendisipilinkan diri anda untuk mencapai kekayaan yang diharapkan?
4. Sanggupkah anda berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita tersebut?

Kalau semua jawapan anda YA, maka anda lulus untuk siri yang seterusnya. Jika masih ada soalan yang anda jawap TIDAK, NO dsbgnya maka anda bolehlah teruskan kerja anda seharian sama sahaja seperti hari-hari yang sebelumnya. Apa yang anda mahukan hanyalah naik pangkat dan gaji naik. Tapi itu semua tidak akan menyelesaikan masalah. Masalah hanya akan dapat diselesaikan dengan berusaha lebih sedikit mempelajari dan membayar harga yang sepatutnya untuk meningkatkan kewangan anda.

Bukankah dalam Islam kita diajar untuk memperbaiki perbuatan kita setiap hari? Supaya setiap hari kita menjadi orang yang lebih baik, lebih bijak, lebih kaya dan lebih bertanggungjawab. Jadi untuk menjadi Muslim Kaya yang memberikan natijah Islam Kuat maka tidak dapat tidak, kita perlu untuk melepasi sedikit rintangan yang disebutkan tadi.

Ok, kita sambung dengan langkah yang kedua.

Langkah yang kedua masih lagi dalam bab Mind Setting. Minda ataupun otak kita ialah satu anugerah Allah yang patut kita syukuri. Dengan otak kitalah kita akan dapat mengawal segala tingkah laku dan merancang hidup kita. Selagi ada otak, maka seorang manusia itu boleh kita anggap hidup. Sebab itu dalam hukum Islam sekiranya seseorang itu dikatakan koma oleh doktor tapi otaknya sudah mati, maka kita bolehlah menganggapnya sebagai mayat dan boleh disempurnakan jenazahnya. Saya pernah membaca mengenainya sebelum ini. Kalau salah mintak betulkan.

So langkah kedua ialah untuk menentukan matlamat yang JELAS dan TERPERINCI. Sesebuah matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya ia sangat umum dan kurang jelas. Misalnya matlamat saya hari ini ialah untuk makan sedap-sedap <----kurang jelas. Jelaskan lagi dengan makan nasik berlauk ayam masak lomak cili api (teringat masakan mak saya, terliur pulak) :D. Ok rasanya dah cukup jelas. Tapi belum cukup terperinci ataupun spesific. So perincikan lagi. Saya nak makan nasik berlauk ayam masak lomak cili api buatan mak saya bila saya balik ke kampung hujung minggu ini. Ha kan cukup jelas dan spesific tu. :)

Ok apakah ciri-ciri yang membuatkan sesuatu matlamat itu cukup jelas dan spesific. Menurut Brian Tracy dalam bukunya 21 Ways to Double Your Productivity dia memberitahu, sesebuah matlamat itu perlulah mengandungi ciri-ciri berikut.
  1. Tetapkan apakah matlamat kita itu dengan spesifik. Sebagai contoh dalam hal kita untuk menjadi kaya selalu kita ukur dengan jumlah wang. So tetapkan Jumlah Wang tersebut. Kita ambil contoh RM 1,000,000. (VISION @ VISI)
  2. Tuliskan matlamat itu di atas sebuah kertas. Kata Brian Tracy, sebuah matlamat yang tidak ditulis tidak boleh dianggap matlamat. Ia hanyalah angan-angan sahaja. :)
  3. Tetapkan masa tamat / deadline untuk matlamat tersebut. Kita ambil contoh pada umur 30 tahun. Kalau saya, maka saya hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi untuk mencapainya. huhu..
  4. Senaraikan segala jenis perkara atau perbuatan yang boleh membawa kita ke arah matlamat tersebut. Dalam hal untuk menjadi kaya, maka kita boleh tuliskan perkara-perkara seperti, bisnes, bisnes internet, bisnes mlm, part-time work, pelaburan saham, unit trust, pelaburan hartanah, insurans, adsense dan sebagainya. Kalau boleh lagi spesific lagi bagus. Misalnya bisnes internet = jadi tokan besar di Ebay dll lagi. (MISSION @ MISI)
  5. Setelah anda senaraikan semua perkara-perkara tersebut, anda tuliskan dalam bentuk plan. Tetapkan yang mana perlu anda lakukan dahulu dan yang mana anda perlu kemudiankan. Sebagai contoh, buat part time work dahulu sebagai agen insurans -> buka bisnes di internet untuk menambah modal -> buka bisnes restoran -> main saham untuk tambah capital -> pelaburan hartanah sebagai pelaburan jangka masa panjang -> tambah aset dengan mengembangkan perniagaan. Tetapkan priority dari segi masa yang mana perlu kita capai dahulu. Pastikan anda tulis semuanya di atas kertas.
  6. Ambil tindakan terhadap Plan Tadi. Buat sesuatu, atau apa sahaja asalkan anda buat sesuatu. Misalnya join Forum BicaraJutawan untuk berkongsi pendapat, menimba ilmu dan membuat business network. Beli buku-buku berkaitan dengan bisnes, pelaburan dan lain-lain. Sentiasa melawat blog-blog berkaitan dengan bisnes seperti blog ini, blog Pakdi blog Main Saham Fuad, Blog SmartUsaha dan lain-lain lagi. JANGAN BERTANGGUH!! InsyaAllah dalam post2 yang lain akan kita bincang sama-sama berkaitan MISSION2 dan bagaimana untuk melaksanakannya.
  7. Dan yang terakhir = step yang paling penting sekali ialah, buat sesuatu tersebut SETIAP HARI yang semakin mendekatkan kita kepada matlamat tersebut. Pastikan tiada satu haripun yang kita tinggalkan untuk membuat sesuatu bagi menyelesaikan mission kita tadi. Bagi saya di sinilah yang akan menentukan secepat mana anda akan dapat mencapai matlamat tersebut. Sekiranya orang lain bergerak lebih pantas setiap hari, maka dialah yang akan cepat sampai. Saya bagi contoh seorang tu dia nak ke KL dari Pasir Gudang (ramai orang Pasir Gudang dalam BJ hehe). Dia hanya berjalan kaki. Mungkin dia akan ambil masa beberapa minggu. Tapi kalau seseorang tu berusaha dengan lebih keras dengan berlari-lari anak. Sudah pasti dia akan sampai lebih cepat. Nampak kan?
Sebab itulah saya jeles dengan Pakdi sebab dia sudah banyak baca buku banding dengan saya. Heheh. Takpe2 slow-slow pun bagus juga sebab nanti kita tak cepat pancit. :P Slow-slow asalkan ada penambahan SETIAP HARI!. Mungkin kalau dah biasa nanti bolehlah speed up sikit. :) Jangan terlebih speed sudah sebab nanti akan ditahan oleh polis, kena saman, eksiden atau dalam erti kata lainnya, boleh timbul masalah.

Ok sekarang mari kita realisasikan matlamat tersebut. Kita mulakan dengan menulis matlamat tersebut. Anda perlu ada sehelai kertas dan pen di depan mata anda untuk menulis. Ok tuliskan matlamat anda dengan melengkapi ciri-ciri berikut.
  1. Mulakan dengan perkataan "Saya".
  2. Tetapkan matlamat anda dan tulis dengan Present Tense iaitu seolah-olah kita telah mencapai matlamat-matlamat tersebut. Sebagai contoh "Saya memiliki aset sebanyak..", "Saya memperoleh pendapatan sebanyak.." dll
Ok dah tulis? Sekarang anda tulis di bawahnya perkara 3, 4 dan 5 yang di atas tadi, dan mulakan tindakan anda SEKARANG dan pastikan ia berjalan SETIAP HARI! Formula yang diberikan ini boleh jugak diamalkan dalam disiplin-disiplin yang lain seperti study kita, nak kawin ke dsbgnya. :) Bak kata Pak Brian Tracy.

Alhamdulillah selesai satu lagi siri. Percaya tak sekarang ni anda dah melangkah satu lagi tapak ke hadapan. Ada berapa kilometer lagi untuk ke kelab Jutawan? Hehe. So apa lagi, teruskan dengan langkah2 yang seterusnya SETIAP HARI. :) Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang kita impikan. InsyaAllah kita akan sambung lagi siri-siri yang seterusnya di lain masa.

Wassalam.

Saturday, March 17, 2007

Pemusnah Ekonomi Umat Islam!

Assalamualaikum wbt.

Posting saya pada hari ini ialah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap seseorang. Anda boleh lawat blog dia di alamat ini. http://www.armansur.com

Mungkin payah nak carik posting-posting dia yang lama-lama tapi di sini saya dah shortlistkan. Sebenarnya berlambak lagi dia kutuk, tapi saya dah ringkaskan kot-kot anda semua meluat nak baca. Boleh bukak link di bawah yang aku pastekan posting2 dia di dalam forum BicaraJutawan.

http://www.bicarajutawan.com/forum/index.php/topic,2374.new.html#new

Pertama sekali, komen saya terhadap dia ni ialah saya tak kenal pun dia ni siapa. Sekali tiba-tiba dia boleh mengutuk-ngutuk orang-orang yang telah banyak berjasa kepada masyarakat kita. Antara mereka yang menjadi mangsa ialah Azizi Ali, Dr. Fadzilah Kamsah, Irfan Khairi, Chef Li dan lain-lain lagi. Besar sangatkah dia tu sampai boleh mengutuk orang-orang lain yang boleh kita katakan berjaya tu dengan sesuka hati? Antara tulisan dia dalam blog tu ialah dia ceritakan cara menulis yang betul iaitu "jangan menganggap kita lagi pandai dari pembaca". Dia berkata begitu tapi hakikatnya dia sendiri tidak mengamalkan apa yang dia kata dengan menganggap dia lebih hebat dari orang-orang yang disebutkan di atas.

Dia ni katanya seorang penulis dan antara buku-buku hasil karyanya ialah berkaitan dengan jutawan, carik duit dan sebagainya. Malah dia ada menganjurkan kursus yang dinamakan Akademi Jutawan yang perlu dibayar yuran RM 1000 untuk disertai. Masalahnya adakah dia jugak seorang jutawan? Adakah dia jugak berkelayakan untuk bercakap seperti orang-orang tadi tu? Kalau sama saja boleh dikatakan 2x5 lah. Tapi masalahnya dia ni lagi teruk sebab memperlekeh-lekehkan orang-orang yang tadi tu dan antara akibat daripada perbuatannya itu boleh menyebabkan usaha meningkatkan ekonomi umat Islam menjadi musnah.

Oklah saya tak mahu emosi kerana emosi tanpa hujah sama dengan cakap-cakap kosong sahaja dan akan dihasut oleh syaitan.

Pertama sekali, antara point-point dia dalam tulisan-tulisan dia ialah berkenaan Dr. palsu. Mungkin saya nak tanya dia siapakah yang dia katakan Dr. palsu ni? Dr. Irfan Khairi ke? Dr. Fadzley ke? Dr. Chef Li ke? Kalau boleh terus terang kan lagi bagus. Boleh kita jernihkan kembali kekeruhan ini secepat mungkin. Oklah terus terang saya katakan saya tak tahu mengenai Dr. Chef Li sebab saya tidak berada di Malaysia semasa kemunculan beliau. Yang saya tahu buku-buku hasil karya beliau begitu besar pengaruhnya dalam memberi semangat kepada orang ramai untuk mula menjadi usahawan. Ini adalah satu perubahan yang bagus kerana kita boleh meningkatkan ekonomi umat Islam. Adakah perubahan ini yang hendak saudara halang dengan tulisan2 saudara? Fikirkanlah sendiri. Tapi selain dari itu saya tak berani nak ulas sebab saya sendiri masih belum baca lagi buku Chef Li. Mungkin ada sahabat-sahabat boleh tambah.

Mengenai Dr. Irfan Khairi, penulis tahu Irfan Khairi dapat Dr. kerana anugerah yang diberikan kerana pencapaian beliau. Tahukah anda kenapa dia mendapat anugerah tersebut? Ini kerana pencapaian beliau memang outstanding dan diakui oleh pihak yang memberi anugerah. Kalau nak dibandingkan di Amerika telah ramai yang berjaya menjadi jutawan hasil daripada perniagaan di internet. Tapi disebabkan Irfan Khairi adalah pelopor di Malaysia maka dia telah diberikan anugerah tersebut. Dan hasil keuntungan yang menyebabkan beliau mendapat jutaan ringgit itu diperolehinya semasa beliau di UK. Dia sendiri tidak mahu orang lain memanggil beliau Dr. tapi orang lain yang beriya-iya panggil.

Penulis tersebut merasa tidak puas hati kerana tidak dapat diberikan satu contoh jutawan internet yang terhasil dari Malaysia selain Dr Irfan. Memanglah masih belum ramai yang dapat menjadi jutawan di Malaysia kerana bisnes di internet masih baru lagi bagi rakyat Malaysia. Internet pun masih slow lagi kalau nak dibandingkan dengan negara maju. Tapi dengan adanya orang seperti Dr. Irfan ia akan memberikan satu alternatif kepada orang kita untuk berdaya saing dalam bidang bisnes internet. Kita sepatutnya merasa bertuah kerana adanya seorang pakar dalam bidang ini dari kalangan anak tempatan orang Melayu pulak tu.

Nasihat saya kepada penulis tersebut, kalau anda nak jadi kaya, bukakan sedikit minda tu dan jangan sempitkan fikiran. Sekarang ini dunia IT, maklumat di hujung jari kita dan kita boleh buat duit di mana sahaja. Hanya orang yang merasa dirinya sudah pandai sahaja akan menutup segala peluang tersebut semata-mata kerana merasakan dirinya sahaja yang betul. Cuba kalau kita sentiasa ikut resmi padi, walau dah banyak ilmu pun sentiasa merendah diri dan merasa kekurangan, insyaAllah makin banyak yang akan dapat kita pelajari.

Dia juga mengatakan Irfan Khari menipu dengan seminar dan buku-bukunya dengan mewar-warkan boleh jadi jutawan dengan bisnes di internet. Saya ingin menyoal saudara, pernahkah iklan-iklan seminar beliau berbunyi begini "Jadi Jutawan dengan Bisnes Internet", "Jutawan Segera dengan Bisnes Internet"? Tidak pernah bukan? Tidak pernah sekalipun Irfan Khairi menjamin bahawa kita akan menjadi jutawan di internet. Kursus beliau menceritakan bagaimana untuk memulakan bisnes di internet, dan teknik-teknik yang diajarkan itu adalah teknik-teknik yang telah terbukti berkesan kerana diamalkan oleh jutawan-jutawan internet yang sebenar di seluruh dunia dan dia termasuk salah seorang daripada mereka. Dalam bisnes sudah tentu kita inginkan cara yang terbaik untuk berjaya, dan cara tersebut sudah tentulah cara2 mereka yang sudah berjaya iaitu jutawan-jutawan.

Apa yang boleh saya katakan ialah, saudara hanya serkap jarang. Menuduh tanpa mengkaji dan menilai dari luaran sahaja. Lihatlah apa isinya sesuatu perkara itu bukannya lihat pada permukaannya sahaja, barulah saudara boleh berkata-kata. Dengan jasa Irfan Khairi sudah berapa ramai yang berjaya menghasilkan duit di internet. Anda boleh lawat WangCyber.com kalau tak percaya, kerana di situ berkumpulnya usahawan-usahawan internet dari Malaysia. Ada yang mendapat sampai RM 20,000 sebulan dan semakin ramai yang sudah semakin berjaya. Mereka cukup bersemangat dan salah satu daripada pendorong mereka ialah kerana adanya orang seperti Dr. Irfan Khairi. Dengan tulisan-tulisan saudara tersebut saudara sebenarnya telah mematikan hasrat ramai orang-orang kita yang hendak memperbaiki taraf ekonomi mereka dengan membuat bisnes sambil-sambilan di rumah. Atau dalam erti kata lain saudara memusnahkan ekonomi umat Islam secara tidak langsung.

Sepatutnya saudara mengkaji terlebih dahulu dan baru berkata-kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Matlamat kita ialah untuk memperbaiki ekonomi umat Islam bukan menjatuhkannya lagi. Lebih baiklah saudara habiskan masa saudara untuk menulis akan keburukan-keburukan Skim Cepat Kaya, scam2, pelaburan-pelaburan yang menipu dll daripada memusnahkan bisnes orang yang buat kerja yang betul dan berniat yang baik. Ataupun kalau saudara rasa saudara betul sangat, saudara ceritalah tips-tips meningkatkan bisnes, menambah keuntungan, cara bisnes yang betul dan lain-lain. Tidak perlu menghabiskan ruangan blog saudara untuk terus menerus memberi kritikan-kritikan yang meruntuhkan lagi ekonomi, bukan membina.

Berkenaan Dr. Fadzley, sekali lagi dia menunjukkan penulis tersebut tidak mengkaji dengan lebih mendalam. Ada ke patut dia kata Dr. Fadzley sekadar diploma sahaja. :)

Boleh chek link di bawah ini untuk melihat CV Dr. Fadzley yang mana sekarang masih lagi memegang jawatan sebagai CEO PWTC dalam usia yang masih muda iaitu 28 tahun.

http://www.fazley.com/bio.html

Nasihat saya kepada saudara armansur hanya satu, buatlah apa sahaja yang saudara suka, asalkan tidak menjadi pemusnah kepada ekonomi umat Islam!

Friday, March 16, 2007

Kuasa Minda Jana Kekayaan!

Assalamualaikum wbt..

Maaflah sehari tak update. Sibuk sangat sampai makan pun tak sempat (tipu le tu). Hehe.. Oklah. Nak cerita apa yeh hari ni. Saya pun takde idea sangat memandangkan sekarang ni tengah tumpu nak habiskan study. Ni pun sekadar berehat sebentar saja. :)

So amacam dengan tips cepat kaya siri pertama hari tu? Adakah anda rasa ia berguna ataupun anda rasa ia tidak perlu bagi anda? :) Kalau anda rasa berguna, saya sangatlah menghargai sekiranya anda dapat berikan sepatah dua komen. Boleh kita kongsi-kongsikan bersama, mana tahu keluar idea dan ilmu baru.

Bagi yang rasa langkah pertama tersebut itu tidak perlu dalam kembara kita menjadi kaya tak mengapa. Mungkin selepas membaca beberapa kisah di bawah ini anda akan berubah fikiran.

Anda mungkin sudah biasa mendengar nama Irfan Khairi. Beliau sering keluar di majalah-majalah dan di kaca televisyen akhir-akhir ini. Mungkin tidak perlu lagi saya perkenalkan beliau kerana hampir semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Irfan Khairi ialah seorang jutawan muda hasil perniagaan di internet. Tapi tahukah anda kisah peribadi di sebalik kejayaan beliau?

"Memperolehi RM1 juta pada usia 25 tahun bukanlah NASIB. Saya telah belajar mengenai kekayaan dan kejayaan sejak berusia 18 tahun lagi... pada masa itulah saya telah menetapkan matlamat untuk memperolehi RM1 juta. Sehingga kini sudah 10 tahun saya mendalami ilmu psikologi kejayaan.."

-Irfan Khairi, Malaysia Hari Ini

Beliau berjaya kerana beliau telah membuat keputusan pada umur seawal 18 tahun untuk menjadi kaya dan berjaya. Dengan keputusan yang telah ditetapkan itu, beliau tidak lagi berganjak dan tidak merasa lemah semangat untuk menghadapi segala rintangan di atas jalan yang beliau telah pilih. Beliau mula mencari jalan bagaimana untuk mencapai hasrat dan cita-cita tersebut. Akhirnya perniagaan internet menjadi pilihan. Hasilnya? Pada umur 25 tahun beliau telah berjaya memperoleh RM 1 juta hasil dari perniagaannya di internet. :)

Memang untuk menjadi kaya perlukan pengorbanan yang tinggi, perlukan kita membayar harga yang sepatutnya, dan perjalanannya memang tidak mudah. Tetapi untuk bermula sebenarnya tidak susah dan tidak mahal. Ia bermula di dalam minda kita sendiri dan sudah tentu minda kita adalah percuma kerana ia adalah kurniaan Allah sejak kita lahir. Minda kitalah yang menguasai segala perbuatan dan kelakuan tubuh badan kita. Jika minda kita masih belum bersedia untuk menuju matlamat yang dikehendaki, maka tubuh badan kita pun tidak bersemangat untuk melakukannya. Samalah jugak dalam apa-apa perkara pun, dalam study, hubungan dengan keluarga, kerjaya dll.

So, mulakan sekali lagi dengan mind setting yang betul. Pastikan kita buat keputusan untuk jadi kaya hari ini jugak! Dan pastikan kita tidak akan berbelah bagi lagi. :)

Semoga bermanfaat untuk menjana kekuatan minda kita untuk mula menjadi kaya.

Wassalam

p/s : sekiranya anda rasakan post kali ini bermanfaat dan membuatkan semangat anda berkobar-kobar, jangan lupa untuk kongsikannya dengan kawan-kawan anda yang lain. :-)

p.p/s : saya sangat menghargai sekiranya anda dapat memberikan sepatah dua komen berkaitan dengan topik ini atau apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran anda. takdelah saya syok sendiri cakap sorang2. :D

p.p.p/s : terima kasih saya ucapkan kerana terus menyokong dan melawat blog ini. Jangan Lupa Datang Lagi!!

Tags: , , , , , , , , , ,

Thursday, March 15, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan! - Siri 1

Assalamualaikum wbt. :)

Terima kasih kepada pelawat-pelawat Muslimkaya.blogspot kerana terus sedia bersama-sama saya dalam berusaha mengejar kekayaan untuk membantu perjuangan Islam. Ke ada yang tak berniat sebegitu?? Ada ke antara kita yang berniat untuk jadi kaya sahaja semata-mata utk menikmati kemewahan dunia? Percayalah sahabat-sahabat, SYURGA itu jauh lebih indah dari dunia ini. ;) Lagipun kekayaan kita tu tak akan kita bawak masuk dalam kubur. Last2 nanti orang lain yang dapat bukan kita. So sebab apa kita nak jadi kaya??

Mari sama-sama kita perbetulkan niat kita dahulu sebelum kita buat apa-apa. Ini kerana matlamat kita dijadikan oleh Allah ialah untuk mengabdikan diri kepadanya. Tak kira apa sahaja yang kita buat, ia haruslah kita tujukan kepada Allah. Kita sendiri membacanya dalam solat "Sesungguhnya hidupku, matiku hanyalah untuk Allah" :) Jadi kaya sebab apa? Sebab nak menguatkan Islam dan menjadikan kita hamba Allah yang sebenar juga sentiasa mensyukuri nikmatnya, maka itulah niat yang sepatutnya kita ada. Tak gitu?

Oklah, panjang lak mukadimahnya. ;) Hari ini saya nak memperkenalkan saudara-saudara semua kepada Skim Cepat Kaya yang sebenar. Hehe. Bunyi macam best. Yelah, sapa yang tak tertarik kalau boleh jadi kaya dengan cepat dan tak menipu, tol tak? Oklah, tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat apakah sebenarnya skim ini. jeng jeng jeng... :D

Sebenarnya takde apa-apa yang baru pun. :D Skim yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah ilmu menjadi kaya yang basic, dan telah tertulis di banyak buku2. Anda boleh baca sendiri tapi saya pun suka untuk kongsikan bersama-sama dan boleh kita bincang-bincangkan. Boleh saya revive balik ilmu2 tu. ;) Benda-benda ni basic dan mudah saja dari segi praktikalnya. Tapi dari segi mendisiplinkan diri untuk melakukannya ia memerlukan sedikit pengorbanan. :D Heheh. Saya tak cakap Skim Mudah dan Cepat Kaya kan? :) So jangan salahkan saya.

Membayar "Harga" Yang Sepatutnya
Sahabat-sahabat sekalian, mana ada jalan mudah untuk dapatkan sesuatu yang kita impi2kan betul tak? Kita belajar masuk universiti, kena bangun awal-awal pergi ke kelas, siapkan assignment dll. bila kita dah selesai alangkah leganya rasa, dan sudah tentu kita rasa begitu berharga sekeping sijil itu. Bandingkan dengan orang yang lepas universiti dengan cara yang tak sepatutnya, sudah tentu dia tidak akan menghargai sijil yang diperolehinya itu sebab diperolehi dengan mudah. :)

Begitu jugak ceritanya dengan nak menjadi kaya, ia memerlukan kita untuk membayar "harga"nya. Mungkin ada orang yang dapat kekayaan dengan mudah, seperti menang loteri, mencuri dll. tapi dia tidak akan merasakan harta itu berharga buatnya dan akhirnya akan lesap begitu sahaja harta-harta tersebut kerana habis dijoli. So apakah "harga" yang perlu dibayar untuk menjadi kaya. Mudah sahaja, iaitu sedikit usaha untuk menimba ilmu dan jugak usaha dengan disiplin dalam mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut. :) So anda sudah bersedia?? Anda sanggup membayar "harga"nya??

Ok. Jalan yang kita mahu ikuti ini ialah jalan orang-orang yang telah berjaya. Jadi insyaAllah kita akan berjaya juga kalau benar-benar sanggup melakukannya. Di akhir post saya nanti akan saya sertakan rujukan dari buku mana saya ambil info-info ini. Mungkin anda boleh rujuk kemudian.

Mungkin timbul soalan daripada para pembaca, "betul ke boleh cepat kaya?". Saya tanya balik, "Kenapa? Tak percaya aa?" hehe dah lapuk lawak ni. :D Ok.. Kalau anda nak minggu depan jadi kaya, mungkin ilmu-ilmu ini bukan untuk anda, sebab saya rasa anda tidak sanggup untuk membayar harga untuk jadi kaya. Anda termasuk dalam golongan mahu cepat kaya sekelip mata. :) Dan itu adalah mustahil dengan jalan ini. Jalan yang anda mahukan itu mungkin jalan masuk peraduan, cabutan bertuah dan lain-lain. Jalan yang saya akan kongsikan ini memerlukan jatuh bangun dan disiplin yang tinggi. Ia memang boleh jadi kaya secepat yang kita mahu, tapi perlukan usaha yang lebih daripada kita semua. Tapi buat apa nak rush-rush kan. Hidup masih panjang. Kalau dah pendek pun nak fikir apa lagi. Kita dapat nikmat yang lebih bagus di syurga nanti. Tak gitu? So let's start from the basic and no need to rush. ;)

Langkah Pertama

Langkah yang pertama ini saya rasa kebanyakannya yang melawat blog ni dah lepas dah. :) Sebab ramai dari kalangan usahawan. Iaitu "Membuat Keputusan Untuk Menjadi Kaya". Kalau anda masih ragu-ragu dan teragak-agak samada untuk menjadi kaya, anda boleh teruskan membaca mana tahu anda akan berjaya buat keputusan di lain hari. :) Membuat keputusan yang muktamad untuk menjadi kaya adalah langkah yang paling utama dan paling penting!! Sebab kalau anda tak membuat keputusan untuk menjadi kaya, walau sebanyak mana pun duit anda, anda masih tidak kaya sebab anda tidak berniat pun untuk jadi kaya. :)

Langkah yang paling basic tapi begitu besar efeknya di masa hadapan. Samalah seperti perbuatan kita seharian. Nak makan atau tak? Kalau kita buat keputusan untuk makan, maka hari itu kita kenyang. Kalau kita buat keputusan untuk puasa maka dapatlah pahala puasa. Nampak tak?? Keputusan di awal = Keputusan di akhir. :) So kepada yang dah buat keputusan untuk menjadi kaya, tahniah saya ucapkan. Teruskan lagi membaca untuk ketahui langkah seterusnya.

Bagi yang masih belum pasti, anda perlu tetapkan sekarang. Buat keputusan sekarang! Dan pastikan tiada lagi jalan untuk beralih arah. Tiada lagi jalan untuk patah balik ke belakang. Barulah kita teguh dengan matlamat. Dengan itu insyaAllah kekayaan akan berada di dalam genggaman, kerana anda telah tetapkan menjadi kaya sebagai jalan hidup anda, maka apa sahaja ribut taufan yang melanda pun anda tetap tidak akan berganjak. :)

So itulah dia untuk siri pertama ini. Buat keputusan untuk menjadi kaya sekarang!! Bukan hari ini, bukan esok, bukan lusa, bukan minggu depan tapi sekarang by this time!! Hehe macam memaksa lak kan. Tak paksa. Kalau takmo takpelah. Teruskan lagi dengan blog ni sebab bukan tiap2 hari kita citer pasal skim cepat kaya ni. Benda2 lain pun ada jugak. :)

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Salam.

Disclaimer : Ilmu-ilmu yang dikongsikan ini adalah sekadar perkongsian ilmu berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari. Ia bukanlah nasihat rasmi dan rujukan muktamad untuk kewangan anda. Jangan salahkan saya kalau anda tak jadi kaya kaya jugak, sebab ilmu-ilmu ini tidak lengkap tanpa usaha dari kita semua dan ia jugak berubah-ubah mengikut situasi semasa. Jadi saya tak bertanggungjawab di atas segala kerugian yang ditanggung. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman.

Rujukan : 21 Ways To Double Your Productivity- Brian Tracy, Think & Grow Rich - Napoleon Hill.

Wednesday, March 14, 2007

Teknik Topik Hangat!

Assalamualaikum wbt.

Kali ni saya nak ceritakan sikit pasal marketing. Ini tips Internet Marketing khas utk penulis2 blog. :) Mungkin saya kurang sesuai utk bincang bab ini sebab anda boleh dapatkan semuanya di merata2 tempat dalam internet terutamanya kalau untuk orang Malaysia dari kalangan otai2 seperti Shuth, SmartUsaha dll. Tapi disebabkan benda ni menarik membuatkan saya ingin berkongsi dengan anda semua.

Sudahkah anda join Technorati? Pernah nampak logo ini Add to Technorati Favorites di mana2? Ia adalah sebuah laman web yang mengumpulkan berjuta2 blog di seluruh dunia. Bila blog kita diupdate sahaja, Technorati akan mengupdatekan jugak maklumat blog kita di dalam website tersebut. Dengan ini orang ramai akan tahu kalau blog kita sudah diupdate.

Antara kelebihan dia yang paling best ialah tagging. Iaitu kita menyampaikan bentuk website kita dalam hanya beberapa patah perkataan sahaja. Boleh chek di bawah post2 saya untuk melihat tag2 yang boleh dijenguk di Technorati yang berkaitan dengan post kali ini. Tag2 ini akan dipaparkan di profile kita dan kalau hangat (ramai orang suka) akan dipaparkan jugak di main board Technorati.

Sebelum ni saya tak nampak sangat kesan Technorati. Tapi saya daftar sahaja dulu sebab otai2 Internet Marketing kata berkesan. Baru ni saya takde idea untuk meletakkan tag apa utk salah satu blog bisnes saya. Tiba-tiba kawan saya sarat dengan idea lawaknya menyuruh saya letak tag Melayu Boleh. Hehe. Sebelum ni memang saya pernah ceritakan kat dia mengenai pertandingan SEO di WangCyber berkenaan keyword "Melayu Boleh". Untuk pengetahuan anda keyword "Melayu Boleh" pernah hangat satu ketika dulu di internet. Sebab apa tu takmolah saya cerita, mungkin ramai dah tahu atau dapat agak. Dan saya rasa kepada yang tak tahu tu baik tak perlu tahu. :D

Hari ni selepas melihat statcounter blog RichGuide.blogspot.com, salah satu link yang membuatkan pelawat datang ke blog saya ialah dari technorati melalui tag "Melayu Boleh". Ramai jugak tu. Boleh katakan lebih dari 10. :D Tak sangka begitu hebat penangan "Melayu Boleh". Sebelum ni Shuth pun pernah menggunakan teknik yang sama dengan keyword "Cerita Ghairah". Huhu. Akhirnya sampailah orang yang nak mencari cerita ghairah tu ke website perniagaan internet yang paling ghairah sekali. :D Tu lah sapa suruh!

Begitulah dia kepoweran topik hangat yang kita sebarkan untuk menjadi iklan kepada bisnes kita. Kalau taruk tanda seruan lagi cepat orang serbu. Ada perasaan perlu segera di situ. Jadi kalau anda buat bisnes jangan lupa untuk menyelitkan daya tarikan seperti ini. Jangan buat tajuk iklan itu seperti ayat yang tak bermaya. Boring dan orang tak tertarik. :) Semoga berguna tips ini.

Tapi sedih gakla sebab orang2 muda kita ni dok tertarik dengan benda2 camni. Nampak macam gersang sangat pulak. Nasihat saya kahwinla cepat2. Kalau takde duit tu cepat2 cari duit. Daripada buat maksiat berterusan hanya mengumpulkan dosa sahaja sebagai bekal untuk dibawa ke hari akhirat. Orang lain bawak pahala.

So sebagai kesimpulan dari kes ini, saya ingin bertanya kepada semua apakah peranan kita sebagai MuslimKaya, Internet Marketer, Businessman ataupun siapa sahaja dalam mengatasi masalah sosial seperti ini? Boleh tuliskan komen untuk memberikan pendapat anda.

Sekian dari saya.. Social!!


Monday, March 12, 2007

Perompak Curi Harta Saya!

Hehe.. Tajuk di atas tu sebagai gimik sahaja. :) Apa yang saya bakal kongsikan ialah berkaitan kekayaan kita yang sebelum kita kaya lagi sudah dirompak. Aik! Camne leh jadi camtu?? Hehe.. Teruskan membaca..

Ramai yang beralasan tak mahu jadi kaya sebab takut timbul bermacam-macam masalah. Takut kena rompaklah, takut anak beranak bergaduh sebab harta, takut orang dengki dan sebagainya. Dan ada jugak yang kata jadi kaya ni nanti lupa daratan, tak ingat tuhan dan sebagainya. Persoalannya di sini adakah semua ini benar-benar akan berlaku kalau kita dah jadi kaya nanti? Siapa pun tak boleh nak agak kan? Sama jugak dengan tempat kerja kita bekerja hari ini. Siapa tahu esok lusa boleh bankrap dan kita kena buang kerja. Kenapa tak takut pula? :) Sebenarnya perasaan takut itulah "perompak" kekayaan kita sebelum kita menjadi kaya lagi. :) Sebab ia menghalang kita daripada menjadi kaya.

Takut terhadap sesuatu perkara yang belum kita ketahui akan berlaku samalah seperti takut terhadap benda yang kita tak tahu. Kerana takut itu, maka kita akan duduk sajalah tanpa berbuat apa2. Dan sampai bila-bila pun kita akan tetap disitu sahaja. Cuba kita imbas balik kehidupan kita yang dah berapa tahun kita lalui ini. Bukankah sudah beberapa kali kita merasa takut akan terjadi sesuatu tapi nak tak nak kita lalui jugak dan akhirnya kita berjaya melakukannya dengan mudah walaupun dulu kita takut-takut. Bila dah berjaya benda-benda yang kita takutkan takde pulak datang kat kita. :)

Sebagai contoh kita takut nak bawak kereta atau belajar bawak kereta sebab takut eksiden. Tapi akhirnya setelah kita belajar barulah kita tahu bahawa takde benda yang nak ditakutkan. Kita pun sudah jadi biasa dan terer. Begitu jugak dengan bermacam-macam hal yang lain. Cuba kita bayangkan kalau kita masih takut-takut macam dulu, sudah tentu sampai sekarang kita masih tak boleh bawak kereta dan malu kat orang-orang lain yang sudah pandai bawak kereta. :)

Pendek kata, perasaan takut kita tu tak akan membawa kita ke mana-mana. Kita akan duduk terperap sahaja di tempat yang sama. Bak kato orang tuo2, berada di takuk yang sama. Kalau beluncas takut nak keluar dari kepompong, sudah tentu dia tidak akan dapat menikmati dunia yang berbeza bila dia terbang sebagai rama-rama. Nak tak nak dia perlu mengatasi ketakutan itu dan belajar untuk terbang kerana selepas berjaya, maka tidak ada apa yang perlu ditakutkan lagi, malah dia akan mengecapi kehidupan yang jauh lebih indah.

Ini menjadi satu pengajaran kepada kita untuk tidak menghiraukan sifat takut itu. Sifat itu menunjukkan kita lemah. Sedangkan orang yang kuat akan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi ketakutannya. Sebagai contoh kalau kita takut harta kita kena curi, maka bila dah kaya nanti siap-siaplah upah bodyguard. Kalau takut anak beranak bergaduh sebab harta, didiklah anak-anak tu betul-betul dan tanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Sepatutnya sifat takut itu kita ubah ke arah yang positif. Jadikan sifat takut kita itu sebagai garis sempadan dalam kita berusaha menuju ke arah cita-cita yang kita idamkan. InsyaAllah dalam masa yang sama kita berjaya mengecapi kekayaan, kita juga akan menjadi seorang yang sentiasa ingat Allah.

Sebagai persediaan kepada kita untuk jadi kaya, lengkapkan diri kita dengan ilmu yang banyak. Ilmu akhirat juga ilmu berkaitan bisnes dan kekayaan. InsyaAllah dengan adanya ilmu berkaitan dan kita amalkannya, kita tak akan sesat dan terpesong dari jalan yang sebenar. Ini jugak adalah salah satu cara untuk kita mengatasi ketakutan yang tiada kesudahan itu. :) Akhir kata, jangan biarkan "perompak" itu merompak kita dari awal sampai akhir..

Sapa setuju dengan saya boleh komen dekat bawah.. Kalau tak setuju pun boleh jugak.. Hehe.. Salam.