Friday, March 16, 2007

Kuasa Minda Jana Kekayaan!

Assalamualaikum wbt..

Maaflah sehari tak update. Sibuk sangat sampai makan pun tak sempat (tipu le tu). Hehe.. Oklah. Nak cerita apa yeh hari ni. Saya pun takde idea sangat memandangkan sekarang ni tengah tumpu nak habiskan study. Ni pun sekadar berehat sebentar saja. :)

So amacam dengan tips cepat kaya siri pertama hari tu? Adakah anda rasa ia berguna ataupun anda rasa ia tidak perlu bagi anda? :) Kalau anda rasa berguna, saya sangatlah menghargai sekiranya anda dapat berikan sepatah dua komen. Boleh kita kongsi-kongsikan bersama, mana tahu keluar idea dan ilmu baru.

Bagi yang rasa langkah pertama tersebut itu tidak perlu dalam kembara kita menjadi kaya tak mengapa. Mungkin selepas membaca beberapa kisah di bawah ini anda akan berubah fikiran.

Anda mungkin sudah biasa mendengar nama Irfan Khairi. Beliau sering keluar di majalah-majalah dan di kaca televisyen akhir-akhir ini. Mungkin tidak perlu lagi saya perkenalkan beliau kerana hampir semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Irfan Khairi ialah seorang jutawan muda hasil perniagaan di internet. Tapi tahukah anda kisah peribadi di sebalik kejayaan beliau?

"Memperolehi RM1 juta pada usia 25 tahun bukanlah NASIB. Saya telah belajar mengenai kekayaan dan kejayaan sejak berusia 18 tahun lagi... pada masa itulah saya telah menetapkan matlamat untuk memperolehi RM1 juta. Sehingga kini sudah 10 tahun saya mendalami ilmu psikologi kejayaan.."

-Irfan Khairi, Malaysia Hari Ini

Beliau berjaya kerana beliau telah membuat keputusan pada umur seawal 18 tahun untuk menjadi kaya dan berjaya. Dengan keputusan yang telah ditetapkan itu, beliau tidak lagi berganjak dan tidak merasa lemah semangat untuk menghadapi segala rintangan di atas jalan yang beliau telah pilih. Beliau mula mencari jalan bagaimana untuk mencapai hasrat dan cita-cita tersebut. Akhirnya perniagaan internet menjadi pilihan. Hasilnya? Pada umur 25 tahun beliau telah berjaya memperoleh RM 1 juta hasil dari perniagaannya di internet. :)

Memang untuk menjadi kaya perlukan pengorbanan yang tinggi, perlukan kita membayar harga yang sepatutnya, dan perjalanannya memang tidak mudah. Tetapi untuk bermula sebenarnya tidak susah dan tidak mahal. Ia bermula di dalam minda kita sendiri dan sudah tentu minda kita adalah percuma kerana ia adalah kurniaan Allah sejak kita lahir. Minda kitalah yang menguasai segala perbuatan dan kelakuan tubuh badan kita. Jika minda kita masih belum bersedia untuk menuju matlamat yang dikehendaki, maka tubuh badan kita pun tidak bersemangat untuk melakukannya. Samalah jugak dalam apa-apa perkara pun, dalam study, hubungan dengan keluarga, kerjaya dll.

So, mulakan sekali lagi dengan mind setting yang betul. Pastikan kita buat keputusan untuk jadi kaya hari ini jugak! Dan pastikan kita tidak akan berbelah bagi lagi. :)

Semoga bermanfaat untuk menjana kekuatan minda kita untuk mula menjadi kaya.

Wassalam

p/s : sekiranya anda rasakan post kali ini bermanfaat dan membuatkan semangat anda berkobar-kobar, jangan lupa untuk kongsikannya dengan kawan-kawan anda yang lain. :-)

p.p/s : saya sangat menghargai sekiranya anda dapat memberikan sepatah dua komen berkaitan dengan topik ini atau apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran anda. takdelah saya syok sendiri cakap sorang2. :D

p.p.p/s : terima kasih saya ucapkan kerana terus menyokong dan melawat blog ini. Jangan Lupa Datang Lagi!!

Tags: , , , , , , , , , ,

3 comments:

  1. since 2004 dik mal expose kat internet.tapi masa tu kat cc je.

    early 2006 internet bertakhta kat rumah.uhuhuhu.seronok.but mase tu.internet cuma tmpt surfing

    lewat thun 2006,I make smal mistake yg membawa dik mal ke satu anjakan paadigma pada hari ini.

    decision untuk menulis di blog dan mula serius berbisnes dan hilang rasa nak kerja dgn org.berlangsung tahun ini.stat awal tahun.wpon dpt twrn kerja yg agk bgus dgn jaminan naik pangkat.tp,keje sndri lagik best:)

    moga-moga.dengan azam tahun baru ni,DikMal dapat menjadi lebih dan lebih baik

    from nothing to something is really ME:)

    regards,
    DikMal --> http://norakmal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bagus dikmal.. kalau boleh semaikan keputusan tu setiap malam sebelum tido.. barulah ia akan tetap tidak berganjak.. Gud luck k!! Semoga mencapai cita2 menjadi kaya raya.. :)

    ReplyDelete
  3. Semakin semangat nak berniaga, walaupun saya masih lagi berumur 16 tahun. Syabas ! :D

    ReplyDelete