Saturday, March 24, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan Siri 3 - Simpanan Untuk Masa Depan.

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah hari ini kita nak bincang pasal langkah seterusnya untuk menjadi jutawan. Dalam post yang sebelum ini kita telah berjaya membuat keputusan untuk menjadi kaya, dan kita telah mula mencatatkan apakah misi yang perlu disempurnakan dalam perjalanan kita tersebut. Misi yang paling penting sebagai permulaan ialah dengan membuat simpanan. Dengan simpanan tersebutlah kita nak mula mengembangkan duit tersebut supaya beranak pinak. Dengan simpanan yang kita adalah kita nak mula menceburkan diri dalam bisnes, main saham, hartanah dan lain-lain lagi cara untuk mengembangkan duit kita.

Tetapi kalau anda berfikir bahawa dengan menyimpan sahaja anda boleh jadi kaya, maka anda sebenarnya telah tersilap besar. Menyimpan tidak akan membawa anda ke mana-mana walaupun wang yang anda simpan itu berkepuk-kepuk. :) Ini kerana wang tersebut hanya akan mengalami nilai susut setiap tahun kerana kadar inflasi. Contoh mudah ialah, katakan anda menyimpan RM 100 pada tahun ini di sebuah bank yang memberikan faedah purata sebanyak 3% setahun. Kadar inflasi pada tahun tersebut ialah 3%. Jadi walaupun wang anda kelihatan menjadi RM 103 tetapi sebenarnya ia telah susut nilai sebanyak 3% maka nilai sebenar wang anda sekarang masih tetap sama iaitu RM 100. Ini kalau sekiranya kadar inflasi 3%, katakan kadar inflasi lebih tinggi macam pada zaman dulu tu sebanyak 4.7% jadi nilai anda akan susut lebih jauh dari kadar sebenar.

Senang cerita, wang anda tu tak beranak pinak dan kerjanya hanya duduk sahaja di dalam bank tersebut. Sedangkan untuk menjadi kaya, kita memerlukan wang itu bekerja untuk kita, menjadikan kita lebih kaya. Caranya ialah anda perlu memastikan wang tersebut dapat ditambah nilainya dengan melakukan pelaburan-pelaburan ataupun bisnes. Anda boleh rujuk topik mengenai pelaburan di dalam Siri yang ke 4. Tapi walau macamanapun, simpanan tetap perlu kita buat kerana ia adalah "perkara yang paling asas" untuk menjadi kaya.

Okeh berbalik kepada topik simpanan tadi, biasanya kita hanya akan menyimpan bila ada lebih daripada duit perbelanjaan kita sehari-hari. Biasanya memang macam itulah orang ramai buat kan? Salah ke nak buat perkara yang sama dengan orang lain buat? Tak salah, tapi cuba lihat di sekeliling kita. Berapa ramai orang yang kaya? Boleh kira dengan jari bukan? Ini bermaksud sekiranya kita mengikut perkara yang biasa orang lain buat, maka kita pun tak boleh jadi kaya. Sebab orang yang jadi kaya membuat sesuatu yang lain daripada orang lain. Jadi ini membuktikan lagi kebenaran kata-kata yang berbunyi " Untuk jadi kaya, Don't Be Average!" :)

Jadi bagaimanakah mereka yang exception ini menyimpan? Mereka yang menjadi kaya raya menyimpan? Mereka tidak meletakkan Simpanan itu di ranking yang terbawah sesudah Perbelanjaan. Tetapi mereka meletakkan Simpanan di tempat yang pertama, kemudian barulah Perbelanjaan. Contohnya adalah seperti list di bawah (ikut turutan priority).

Orang Biasa
1. Makan
2. Minyak
3. Bil
4. Hiburan
5. Lain-lain
6. Simpanan (itupun kalau ada lebih)

Orang Kaya
1. Simpanan (InsyaAllah pasti ada sebab kita letak di atas sekali)
2. Makan
3. Minyak
4. Bil
5. Hiburan
6. Lain-lain

So boleh nampak kan beza dia? :) Konsep ini dinamakan Pay Yourself First! Sebab kita tak bayar bil-bil dahulu, bayar kedai makan, bayar stesen minyak, bayar tol dsbgnya (yang bermaksud orang lain) tapi kita bayar diri kita dahulu dengan memasukkan sejumlah duit ke dalam bank sebagai simpanan.

Kenapa kita perlu bayar orang lain dahulu?? Tidakkah kita sedar bahawa kita yang bekerja penat-penat siang malam untuk mendapatkan duit tersebut bukan orang lain? Kenapa pulak kita yang bekerja penat-penat tapi orang lain yang merasa duit kita dahulu. Bukan ke tak patut gitu? :) Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan siapa yang perlu kita bayar dulu hasil dari penat lelah kita. Dan sudah tentulah orang itu ialah diri kita sendiri. Kerana kitalah yang bekerja penat lelah bukan orang lain, bukan pengutip cukai, bukan TNB, bukan TM Streamyx, dan bukan jugak Datuk Samy Vellu. :)

Ok mungkin ada yang bertanya, adakah saya bermaksud jangan membayar bil-bil tersebut? Saya tidak bermaksud begitu. Tetapi saya mahu kita semua menyedari akan kepentingan Pay Yourself 1st ini. Kita perlu tetapkan satu-satu nilai untuk kita simpan setiap bulan tidak kira dalam keadaan kita susah mahupun senang. Ini supaya kita terbiasa dengan sikap menyimpan sebanyak nilai tersebut, mendisiplinkan diri kita, dan supaya dapat menanam sikap tidak mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri, memandangkan kita yang teruk-teruk bekerja untuk mendapatkan duit tersebut.

Dengan mengamalkan konsep ini juga, kita akan mula sedar bahawa kita sedang menghadapi masalah kewangan. Kita tidak akan sedar sekiranya kita tidak mengamalkan konsep ini. Kita akan rasa relaks, dan menangguh-nangguh. Akhirnya bila dah tua nanti barulah kita akan menyesal di atas kebodohan kita dahulu. Apabila kita mengamalkan konsep ini, dan kita sudah mula sedar bahawa ada lubang dalam portfolio kewangan kita, maka akan timbullah rasa tanggungjawab untuk mencari pendapatan sampingan. InsyaAllah dengan rasa tanggungjawab ini, kita akan mula berfikir bagaimanakah caranya untuk menambahkan lagi pendapatan sampingan kita.

Tips-tips untuk menjayakan konsep ini.
  1. Anggap simpanan tersebut sama seperti hutang-hutang, bil-bil, cukai, dan makan. Sekiranya kita tidak bayar kita akan merana kerana nanti ada orang datang rumah ugut nak bunuh dsbgnya (along) ataupun kita bakal mati kebuluran. :) Walaupun kesannya tidaklah seteruk ini tapi memang benar kerana kita akan merana dalam jangka masa panjang.
  2. Jangan usik langsung simpanan tersebut, kerana simpanan itu akan kita gunakan untuk menjadi kaya nanti dengan jalan pelaburan dan bisnes. Jadi jangan usik langsung.
  3. Jangan buat kad ATM untuk akaun tersebut, kerana kalau ada kad ATM terlampau mudah untuk kita mengeluarkan duit tersebut.
Kalau ada tips-tips lain leh la kongsikan di sini.. :)

8 comments:

  1. Anonymous8:37 PM

    huhuhu...nak simpan tue ade ar gak, tapi cukup je bulan, mesti teringin nak cucuk duit kat ATM... :D

    ReplyDelete
  2. hehe sebab tulah kena disiplin untuk mengamalkan tiga tips tersebut.. :) cuba bukak akaun baru dan start from there. :)

    ReplyDelete
  3. Simpan lah kat Islamic banking, sure beranak punya hehehe. Insya allah hehe

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:08 AM

    Abu_Muadz...
    kelmarin aku bukak akaun bank yang baru. Semester baru ni, bulan pertama JPA masuk, aku bahagikan dua. Satu untuk hidup..dan satu lagi untuk skim simpanan "Pay Yourself". Mulai sekarang, aku tak mahu enjoy macam dulu...

    Kenapa aku tiba-tiba berubah? Sebab kawan aku nama Wong tu dah simpan RM24,000 selama setahun ini..

    Jeles.. Menyesal.. Sedih..
    Nantikan aku pada tahun hadapan berwajah ceria.. Aminn...

    ReplyDelete
  5. salah satu langkah paling selamat dan cepat dapat pulangan ialah mengambil plan pelaburan bersama syarikat insurans. duit simpanan tak ke mana kerana disertakan polisi malahan keuntungannya lebih baik daripada membuat simpanan di bank. keuntungan setiap tahun lebih besar daripada bank dan kebiasaannya sykt insurans sertakan riders seperti mati, lumpuh, 36 penyakit dll!

    ReplyDelete
  6. salah satu langkah paling selamat dan cepat dapat pulangan ialah mengambil plan pelaburan bersama syarikat insurans. duit simpanan tak ke mana kerana disertakan polisi malahan keuntungannya lebih baik daripada membuat simpanan di bank. keuntungan setiap tahun lebih besar daripada bank dan kebiasaannya sykt insurans sertakan riders seperti mati, lumpuh, 36 penyakit dll!

    ReplyDelete
  7. bukan ke kita ni kena sentiasa mendahulukan orang lain dari diri sendiri. itu pun salah satu ciri akhlak seorang sahabat.. musykil

    ReplyDelete
  8. Anonymous3:52 PM

    satu jer cara nak pnuhkan cpat dlm bank tu...SABAR and then tahan jer nafsu shopping..yg menggagalkan usaha anda hanyalah nafsu. saya telah Berjaya mgawal nafsu shopping dh a few years...and hasilnya GREAT.

    ReplyDelete