Saturday, March 17, 2007

Pemusnah Ekonomi Umat Islam!

Assalamualaikum wbt.

Posting saya pada hari ini ialah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap seseorang. Anda boleh lawat blog dia di alamat ini. http://www.armansur.com

Mungkin payah nak carik posting-posting dia yang lama-lama tapi di sini saya dah shortlistkan. Sebenarnya berlambak lagi dia kutuk, tapi saya dah ringkaskan kot-kot anda semua meluat nak baca. Boleh bukak link di bawah yang aku pastekan posting2 dia di dalam forum BicaraJutawan.

http://www.bicarajutawan.com/forum/index.php/topic,2374.new.html#new

Pertama sekali, komen saya terhadap dia ni ialah saya tak kenal pun dia ni siapa. Sekali tiba-tiba dia boleh mengutuk-ngutuk orang-orang yang telah banyak berjasa kepada masyarakat kita. Antara mereka yang menjadi mangsa ialah Azizi Ali, Dr. Fadzilah Kamsah, Irfan Khairi, Chef Li dan lain-lain lagi. Besar sangatkah dia tu sampai boleh mengutuk orang-orang lain yang boleh kita katakan berjaya tu dengan sesuka hati? Antara tulisan dia dalam blog tu ialah dia ceritakan cara menulis yang betul iaitu "jangan menganggap kita lagi pandai dari pembaca". Dia berkata begitu tapi hakikatnya dia sendiri tidak mengamalkan apa yang dia kata dengan menganggap dia lebih hebat dari orang-orang yang disebutkan di atas.

Dia ni katanya seorang penulis dan antara buku-buku hasil karyanya ialah berkaitan dengan jutawan, carik duit dan sebagainya. Malah dia ada menganjurkan kursus yang dinamakan Akademi Jutawan yang perlu dibayar yuran RM 1000 untuk disertai. Masalahnya adakah dia jugak seorang jutawan? Adakah dia jugak berkelayakan untuk bercakap seperti orang-orang tadi tu? Kalau sama saja boleh dikatakan 2x5 lah. Tapi masalahnya dia ni lagi teruk sebab memperlekeh-lekehkan orang-orang yang tadi tu dan antara akibat daripada perbuatannya itu boleh menyebabkan usaha meningkatkan ekonomi umat Islam menjadi musnah.

Oklah saya tak mahu emosi kerana emosi tanpa hujah sama dengan cakap-cakap kosong sahaja dan akan dihasut oleh syaitan.

Pertama sekali, antara point-point dia dalam tulisan-tulisan dia ialah berkenaan Dr. palsu. Mungkin saya nak tanya dia siapakah yang dia katakan Dr. palsu ni? Dr. Irfan Khairi ke? Dr. Fadzley ke? Dr. Chef Li ke? Kalau boleh terus terang kan lagi bagus. Boleh kita jernihkan kembali kekeruhan ini secepat mungkin. Oklah terus terang saya katakan saya tak tahu mengenai Dr. Chef Li sebab saya tidak berada di Malaysia semasa kemunculan beliau. Yang saya tahu buku-buku hasil karya beliau begitu besar pengaruhnya dalam memberi semangat kepada orang ramai untuk mula menjadi usahawan. Ini adalah satu perubahan yang bagus kerana kita boleh meningkatkan ekonomi umat Islam. Adakah perubahan ini yang hendak saudara halang dengan tulisan2 saudara? Fikirkanlah sendiri. Tapi selain dari itu saya tak berani nak ulas sebab saya sendiri masih belum baca lagi buku Chef Li. Mungkin ada sahabat-sahabat boleh tambah.

Mengenai Dr. Irfan Khairi, penulis tahu Irfan Khairi dapat Dr. kerana anugerah yang diberikan kerana pencapaian beliau. Tahukah anda kenapa dia mendapat anugerah tersebut? Ini kerana pencapaian beliau memang outstanding dan diakui oleh pihak yang memberi anugerah. Kalau nak dibandingkan di Amerika telah ramai yang berjaya menjadi jutawan hasil daripada perniagaan di internet. Tapi disebabkan Irfan Khairi adalah pelopor di Malaysia maka dia telah diberikan anugerah tersebut. Dan hasil keuntungan yang menyebabkan beliau mendapat jutaan ringgit itu diperolehinya semasa beliau di UK. Dia sendiri tidak mahu orang lain memanggil beliau Dr. tapi orang lain yang beriya-iya panggil.

Penulis tersebut merasa tidak puas hati kerana tidak dapat diberikan satu contoh jutawan internet yang terhasil dari Malaysia selain Dr Irfan. Memanglah masih belum ramai yang dapat menjadi jutawan di Malaysia kerana bisnes di internet masih baru lagi bagi rakyat Malaysia. Internet pun masih slow lagi kalau nak dibandingkan dengan negara maju. Tapi dengan adanya orang seperti Dr. Irfan ia akan memberikan satu alternatif kepada orang kita untuk berdaya saing dalam bidang bisnes internet. Kita sepatutnya merasa bertuah kerana adanya seorang pakar dalam bidang ini dari kalangan anak tempatan orang Melayu pulak tu.

Nasihat saya kepada penulis tersebut, kalau anda nak jadi kaya, bukakan sedikit minda tu dan jangan sempitkan fikiran. Sekarang ini dunia IT, maklumat di hujung jari kita dan kita boleh buat duit di mana sahaja. Hanya orang yang merasa dirinya sudah pandai sahaja akan menutup segala peluang tersebut semata-mata kerana merasakan dirinya sahaja yang betul. Cuba kalau kita sentiasa ikut resmi padi, walau dah banyak ilmu pun sentiasa merendah diri dan merasa kekurangan, insyaAllah makin banyak yang akan dapat kita pelajari.

Dia juga mengatakan Irfan Khari menipu dengan seminar dan buku-bukunya dengan mewar-warkan boleh jadi jutawan dengan bisnes di internet. Saya ingin menyoal saudara, pernahkah iklan-iklan seminar beliau berbunyi begini "Jadi Jutawan dengan Bisnes Internet", "Jutawan Segera dengan Bisnes Internet"? Tidak pernah bukan? Tidak pernah sekalipun Irfan Khairi menjamin bahawa kita akan menjadi jutawan di internet. Kursus beliau menceritakan bagaimana untuk memulakan bisnes di internet, dan teknik-teknik yang diajarkan itu adalah teknik-teknik yang telah terbukti berkesan kerana diamalkan oleh jutawan-jutawan internet yang sebenar di seluruh dunia dan dia termasuk salah seorang daripada mereka. Dalam bisnes sudah tentu kita inginkan cara yang terbaik untuk berjaya, dan cara tersebut sudah tentulah cara2 mereka yang sudah berjaya iaitu jutawan-jutawan.

Apa yang boleh saya katakan ialah, saudara hanya serkap jarang. Menuduh tanpa mengkaji dan menilai dari luaran sahaja. Lihatlah apa isinya sesuatu perkara itu bukannya lihat pada permukaannya sahaja, barulah saudara boleh berkata-kata. Dengan jasa Irfan Khairi sudah berapa ramai yang berjaya menghasilkan duit di internet. Anda boleh lawat WangCyber.com kalau tak percaya, kerana di situ berkumpulnya usahawan-usahawan internet dari Malaysia. Ada yang mendapat sampai RM 20,000 sebulan dan semakin ramai yang sudah semakin berjaya. Mereka cukup bersemangat dan salah satu daripada pendorong mereka ialah kerana adanya orang seperti Dr. Irfan Khairi. Dengan tulisan-tulisan saudara tersebut saudara sebenarnya telah mematikan hasrat ramai orang-orang kita yang hendak memperbaiki taraf ekonomi mereka dengan membuat bisnes sambil-sambilan di rumah. Atau dalam erti kata lain saudara memusnahkan ekonomi umat Islam secara tidak langsung.

Sepatutnya saudara mengkaji terlebih dahulu dan baru berkata-kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Matlamat kita ialah untuk memperbaiki ekonomi umat Islam bukan menjatuhkannya lagi. Lebih baiklah saudara habiskan masa saudara untuk menulis akan keburukan-keburukan Skim Cepat Kaya, scam2, pelaburan-pelaburan yang menipu dll daripada memusnahkan bisnes orang yang buat kerja yang betul dan berniat yang baik. Ataupun kalau saudara rasa saudara betul sangat, saudara ceritalah tips-tips meningkatkan bisnes, menambah keuntungan, cara bisnes yang betul dan lain-lain. Tidak perlu menghabiskan ruangan blog saudara untuk terus menerus memberi kritikan-kritikan yang meruntuhkan lagi ekonomi, bukan membina.

Berkenaan Dr. Fadzley, sekali lagi dia menunjukkan penulis tersebut tidak mengkaji dengan lebih mendalam. Ada ke patut dia kata Dr. Fadzley sekadar diploma sahaja. :)

Boleh chek link di bawah ini untuk melihat CV Dr. Fadzley yang mana sekarang masih lagi memegang jawatan sebagai CEO PWTC dalam usia yang masih muda iaitu 28 tahun.

http://www.fazley.com/bio.html

Nasihat saya kepada saudara armansur hanya satu, buatlah apa sahaja yang saudara suka, asalkan tidak menjadi pemusnah kepada ekonomi umat Islam!

11 comments:

  1. Itulah dinamakan tak bole tengok orang senang. Sabarlah.

    Syaf The Geek

    ReplyDelete
  2. apa yang lebih nyata.mereka beri pendidikan untuk kita melangkah ke depan. :)

    banyak yang dh berjaya membina empayar sendiri.mereka bukan ckp kosong je.apa yang dibangkitkan,tak logik.

    sabar je la:)

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:36 PM

    Salam,
    Untuk pengetahuan semua, di internet ini jika ada yang kita tidak suka adalah dinasihatkan jangan sentuh link laman web mereka ini. Kenapa?

    Kerana apabila kita 'link' pada website tertentu. Website yang mendapat link itu akan meningkatkan point pankranknya.

    Jika kita ingin tahu website itu popular atau pun tidak, periksa alamatnya di http://www.prchecker.info/check_page_rank.php

    Laman web saya:-
    http://indiecom.net

    -Hanief-

    p/s:-
    Dunia internet ringkas di mana kita hanya perlu 'ignore' sesiapa yang kita tidak suka. Kerana makin disentuh makin popular jadinya.

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:20 PM

    x payah masuklah website dia tu... dia sibuk kutuk org lain tanpa cermin diri sendiri terlebih dahulu... pdhal dia mungkin x pass pun SPM...

    perihal penulis berhati busuk:
    http://engkusalina.blogspot.com/2005/12/kezaliman-wak-razzi-armansur.html
    http://engkusalina.blogspot.com/2007/02/penulis-berhati-busuk.html

    berkenaan Fazley tu, dia dpt PHD kononnya dari universiti yg x diktiraf... mmglah dlm website dia letak mcm2... so, status kedoktorannya mmg diragui...

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:25 PM

    Pertama sekali ijazah Kedoktoran yg dianugerahi kepada Dr.Irfan juga datangnya dari Universiti yang tidak diiktiraf oleh keranjaan British tetapi diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Tetapi university itu berada di UK? Hairannya...

    Dr. Fazley? Dapat PHd? Apa thesis dia buat? Kalau setakat ada duit apa pun boleh buat termasuk beli ijazah. Ni bukan cakap kosong je. It was said with thorough research. Research that's what people do to get their PhD. Kalau betul orang betul-betul beriman tak akan riak dengan gelaran Dr. Ibnu Sina pun tak payah sibuk-sibuk nak ada gelaran. Banyak juga kajian yang dia buat. Ni setakat ada Dr. apa pun tak ada. Ni lah orang Malaysia suka pandang nama dan harta.

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:30 PM

    Ingat senang ke nak tipu orang dengan ijazah dari university yang namanya pelik. Bukan semua orang Malaysia buta IT. Kalau nak information pasal universiti tu semua boleh dapat. IP address, domain, registration apa.. semua boleh. Jangan lah nak ingat orang bodoh. You know I might not have a PhD but I am thankful and proud that I graduated from a university where I know, first accredited, second I work for my degree. You want to be proud of Muslims? There are many other Muslims with true PhDs out there and yes they don't go parading their doctorate to people!

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:39 AM

    Dr irfan & Dr Fazley adalah pemegang DBA dan bukannya PHD. Yang ramai dok kutuk-kutuk katakan PHD, memang la itu smeuanya tipu sebabnya mereka berdua ini memegang DBA!

    Jadi, sebelum mengutuk, fahami perbezaan PHD & DBA. Fahami bahawa kalau sebut PHD, memang la jari akan menuding kepada penipuan. Sebab anda sendiri yang mencipta penipuan tersebut.

    Saya juga sudah membaca tulisan Razzi Armansur yang mengutuk kesemua ikon-ikon motivasi negara. memang dasar manusia hendak jatuhkan manusia lain.

    Apabila research, saya dapati bahawa Razzi Armansur adalah seorang yang tidak boleh dipercayai. Sejak tahun 2005 pun sudah ada kes. Sekarang, baru kita dapat tahu daripada kisah-kisahnya yang lampau!

    Rujuk http://engkusalina.blogspot.com/search?q=razzi

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:29 AM

    ...terlupa, Dr Irfan Khairi telah perjelaskan kedudukan Doctoratenya di blog:

    http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/irfan-khairi-dba-phd/

    Bukti ditunjukkan. Razzi Armansur hanya cakap kosong sahaja tanpa sebarang bukti.

    ReplyDelete
  9. Anonymous7:43 AM

    Irfan Khairi TIDAK GUNA PHD PALSU... rujuk:

    http://www.irfankhairi.com/blog/highlight/mesej-daripada-saya/

    nama nya telah di clearkan oleh Kamal Affendi (pakar penganalisa Jenayah) dan presiden TAMRIN, Dr Tengku Asmadi.

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:39 AM

    saudara juga jangan taksub sangat dengan PhD mereka...

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:57 PM

    Siapa yang pandai sangat kata orang tak tau beza PhD dan DBA. Perbezaan DBA dan PHD sedikit sangat, tetapi lebih banyak persamaan. PhD, DBA, DEng (Doctor dan Engineering) tu semua ialah doctorate degree. Semuanya licences to teach and supervise postgraduates. In fact in UK, It is harder to get DBA than a PhD. In term of number of years, and also DBA student has to do applied research which the research must contribute to theory and also must able to solve industrial problems. PhD is traditional doctorate degree which emphasis on contribution to knowledge. DBA emphasize on both contribution to knowledge and to contribution practitioners. Tapi trend sekarang, in PhD thesis pun orang expect kita deliver both contribution to knowledge and contribution to practitioner.DBA is just nama lain untuk PhD in Business Administration. Ada beza yes, tapi banyak sama ok. Both kena buat research, and tulis thesis. DBA holder boleh supervise PhD student and also PhD holder boleh supervise DBA student. Kat setengah tempah student DBA kena spend lagi lama belajar dari budak PhD,sebab selain research , kena masuk kelas, kena attach dengan industri.

    ReplyDelete