Ramai yang beralasan tak mahu jadi kaya sebab takut timbul bermacam-macam masalah. Takut kena rompaklah, takut anak beranak bergaduh sebab harta, takut orang dengki dan sebagainya. Dan ada jugak yang kata jadi kaya ni nanti lupa daratan, tak ingat tuhan dan sebagainya. Persoalannya di sini adakah semua ini benar-benar akan berlaku kalau kita dah jadi kaya nanti? Siapa pun tak boleh nak agak kan? Sama jugak dengan tempat kerja kita bekerja hari ini. Siapa tahu esok lusa boleh bankrap dan kita kena buang kerja. Kenapa tak takut pula? :) Sebenarnya perasaan takut itulah "perompak" kekayaan kita sebelum kita menjadi kaya lagi. :) Sebab ia menghalang kita daripada menjadi kaya.
Takut terhadap sesuatu perkara yang belum kita ketahui akan berlaku samalah seperti takut terhadap benda yang kita tak tahu. Kerana takut itu, maka kita akan duduk sajalah tanpa berbuat apa2. Dan sampai bila-bila pun kita akan tetap disitu sahaja. Cuba kita imbas balik kehidupan kita yang dah berapa tahun kita lalui ini. Bukankah sudah beberapa kali kita merasa takut akan terjadi sesuatu tapi nak tak nak kita lalui jugak dan akhirnya kita berjaya melakukannya dengan mudah walaupun dulu kita takut-takut. Bila dah berjaya benda-benda yang kita takutkan takde pulak datang kat kita. :)
Sebagai contoh kita takut nak bawak kereta atau belajar bawak kereta sebab takut eksiden. Tapi akhirnya setelah kita belajar barulah kita tahu bahawa takde benda yang nak ditakutkan. Kita pun sudah jadi biasa dan terer. Begitu jugak dengan bermacam-macam hal yang lain. Cuba kita bayangkan kalau kita masih takut-takut macam dulu, sudah tentu sampai sekarang kita masih tak boleh bawak kereta dan malu kat orang-orang lain yang sudah pandai bawak kereta. :)
Pendek kata, perasaan takut kita tu tak akan membawa kita ke mana-mana. Kita akan duduk terperap sahaja di tempat yang sama. Bak kato orang tuo2, berada di takuk yang sama. Kalau beluncas takut nak keluar dari kepompong, sudah tentu dia tidak akan dapat menikmati dunia yang berbeza bila dia terbang sebagai rama-rama. Nak tak nak dia perlu mengatasi ketakutan itu dan belajar untuk terbang kerana selepas berjaya, maka tidak ada apa yang perlu ditakutkan lagi, malah dia akan mengecapi kehidupan yang jauh lebih indah.
Ini menjadi satu pengajaran kepada kita untuk tidak menghiraukan sifat takut itu. Sifat itu menunjukkan kita lemah. Sedangkan orang yang kuat akan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi ketakutannya. Sebagai contoh kalau kita takut harta kita kena curi, maka bila dah kaya nanti siap-siaplah upah bodyguard. Kalau takut anak beranak bergaduh sebab harta, didiklah anak-anak tu betul-betul dan tanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Sepatutnya sifat takut itu kita ubah ke arah yang positif. Jadikan sifat takut kita itu sebagai garis sempadan dalam kita berusaha menuju ke arah cita-cita yang kita idamkan. InsyaAllah dalam masa yang sama kita berjaya mengecapi kekayaan, kita juga akan menjadi seorang yang sentiasa ingat Allah.
Sebagai persediaan kepada kita untuk jadi kaya, lengkapkan diri kita dengan ilmu yang banyak. Ilmu akhirat juga ilmu berkaitan bisnes dan kekayaan. InsyaAllah dengan adanya ilmu berkaitan dan kita amalkannya, kita tak akan sesat dan terpesong dari jalan yang sebenar. Ini jugak adalah salah satu cara untuk kita mengatasi ketakutan yang tiada kesudahan itu. :) Akhir kata, jangan biarkan "perompak" itu merompak kita dari awal sampai akhir..
Sapa setuju dengan saya boleh komen dekat bawah.. Kalau tak setuju pun boleh jugak.. Hehe.. Salam.
Tags:
saya tak nak kena rompak sebelum kaya..cam mana yer abg abg_muadz? :) good luck to u n me n for everybody:)
ReplyDeletekalau taknak kena rompak sebelum kaya.. kenalah start menjadi kaya.. so takdelah kita kena rompak sebelum kaya.. kalau kena rompak pun, maka jadilah kita dirompak selepas kaya.. hehe
ReplyDeletesenang je. cara dia ialah dengan start buat bisnes, invest dll. dengan cara tu kita akan biasakan diri dan mula belajar2 tangani risiko. juga kita akan mula mengambil langkah persediaan kalau ada apa2 terjadi. tapi kalau tak mula nak berlatih camne?
macam orang nak belajar naik basikal tapi takde basikal, camtulah orang yang nak jadi kaya, tapi tak start buat bisnes, invest dll. :) nak atasi rasa takut.. kenalah mula buat sesuatu.. :)
sekarang dik mal tgh byk kan membaca.sebab kata orang,jika tak tahu nk mula dari mana, mula kan dari memerhati,kat blog dik mal, dik mal ckp mulakan dgn dreaming.
ReplyDeletedik mal bermula dgn dreaming.second memerhati.sekarang membaca.sebab dari membaca,kita update pengetahuan.
sama juga macam nak tanam cendawan.kena la tau pasal cendawan.tp tau saja tk cukup.kene test.hehehe.tp dlm berbisnes pon ada penyakit kan.yer la.maksud dik mal.bisnes bermusim.mcm sekarang, cth je, ramai orang jual ebook.memang bagus.tapi,bile byk ngt.pening jadinya:p tp dari segi saingan positif.
dik mal masih mencari peluang yg sesuai dengan dik mal.yg pasti.dik mal suka berkongsi info.sbb tu studi pun ami edu.hehehehe.maybe bisnes dik mal related situ nt kot.tp dlm perspektif baru,sedikit anjakan paradigma.:)
betul macam dikmal cakap tu.. tahu saja tak cukup.. kita kena ada tempat utk kita berlatih..
ReplyDeletebaguslah dalami betul2 ilmu tu.. so nanti bila dah start bisnes insyaAllah kurang sikit risikonya.
buat education pun ok gak.. :) kalau boleh carik idea2 yang hot, tip top.. :) InsyaAllah boleh berjaya.. Robert Kiyosaki pun buat education pasal bisnes, dan bisnes tersebut berkembang sampai ke 11 negara. Hebat kan. So tiada apa yg mustahil. Teruskan fikir dan fikir.. ;)
erm..selari dengan perkembangan webucation menjelang 2010..:)
ReplyDeletekena prepare.berdasarkan pglmn org dh berjaya.7 tahun adalah jangka masa untuk berjaya dgn apa yg kita usaha.maybe yes maybe no.bergantung pada usaha kita.:)
cuma dik mal tgh brainstorming.education kat malaysia,kita kaitkan dgn student.sdgkn kita belajar sepanjang hayat.huhuhu.sekarang draf dulu.later tk sape tau.cuma apa decision kite hari ni,akan bw kita pda esok.
so have to decide,dgn sebetul2nya.dik mal suka take time.instant is not my choice.:)
Setuju sngat2.. thanks for info :)
ReplyDelete