Sunday, March 18, 2007

Langkah-langkah Menjadi Jutawan !! - Siri 2

Assalamualaikum wbt..

Oklah, mari kita lupakan sebentar masalah orang yang sempit pemikirannya itu. Buang masa kita sahaja melayan kerenah dia. Dia tetap tidak akan berubah selagi dia tidak mahu melapangkan dadanya melihat kebaikan yang terselindung di sebalik bermacam-macam cara untuk jadi kaya di zaman ini. Dia juga perlu menjauhi sikap serkap jarang dan perlu berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Terima kasih saya ucapkan kepada yang komen insyaAllah setakat ni apa yang mampu kita buat ialah dengan bersabar dan teruskan kerja-kerja kita.

InsyaAllah kali ni kita akan sambung siri skim cepat kaya yang sebenar. Semoga kita benar-benar berjaya memperoleh apa yang kita impikan dalam mengejar cita-cita memartabatkan ekonomi umat Islam. :)

So amacam? Dah buat keputusan ke belum? dah.. Apa dia? Saya tak dengar. DAH!!! hehe.. Bagus macam tulah yang kita mahukan. Bersemangat dan tiada lagi fikir dua tiga kali. Tapi sebelum tu saya nak timbulkan lagi beberapa soalan agar anda betul-betul tidak menyesal untuk mengejar kekayaan.

1. Sanggupkah anda membayar "harga" yang diperlukan? (rujuk siri 1)
2. Sanggupkah anda berdepan dengan kegagalan dan kesilapan, serta sedia untuk memperbaiki dan mempelajari sesuatu daripadanya?
3. Sanggupkah anda mendisipilinkan diri anda untuk mencapai kekayaan yang diharapkan?
4. Sanggupkah anda berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita tersebut?

Kalau semua jawapan anda YA, maka anda lulus untuk siri yang seterusnya. Jika masih ada soalan yang anda jawap TIDAK, NO dsbgnya maka anda bolehlah teruskan kerja anda seharian sama sahaja seperti hari-hari yang sebelumnya. Apa yang anda mahukan hanyalah naik pangkat dan gaji naik. Tapi itu semua tidak akan menyelesaikan masalah. Masalah hanya akan dapat diselesaikan dengan berusaha lebih sedikit mempelajari dan membayar harga yang sepatutnya untuk meningkatkan kewangan anda.

Bukankah dalam Islam kita diajar untuk memperbaiki perbuatan kita setiap hari? Supaya setiap hari kita menjadi orang yang lebih baik, lebih bijak, lebih kaya dan lebih bertanggungjawab. Jadi untuk menjadi Muslim Kaya yang memberikan natijah Islam Kuat maka tidak dapat tidak, kita perlu untuk melepasi sedikit rintangan yang disebutkan tadi.

Ok, kita sambung dengan langkah yang kedua.

Langkah yang kedua masih lagi dalam bab Mind Setting. Minda ataupun otak kita ialah satu anugerah Allah yang patut kita syukuri. Dengan otak kitalah kita akan dapat mengawal segala tingkah laku dan merancang hidup kita. Selagi ada otak, maka seorang manusia itu boleh kita anggap hidup. Sebab itu dalam hukum Islam sekiranya seseorang itu dikatakan koma oleh doktor tapi otaknya sudah mati, maka kita bolehlah menganggapnya sebagai mayat dan boleh disempurnakan jenazahnya. Saya pernah membaca mengenainya sebelum ini. Kalau salah mintak betulkan.

So langkah kedua ialah untuk menentukan matlamat yang JELAS dan TERPERINCI. Sesebuah matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya ia sangat umum dan kurang jelas. Misalnya matlamat saya hari ini ialah untuk makan sedap-sedap <----kurang jelas. Jelaskan lagi dengan makan nasik berlauk ayam masak lomak cili api (teringat masakan mak saya, terliur pulak) :D. Ok rasanya dah cukup jelas. Tapi belum cukup terperinci ataupun spesific. So perincikan lagi. Saya nak makan nasik berlauk ayam masak lomak cili api buatan mak saya bila saya balik ke kampung hujung minggu ini. Ha kan cukup jelas dan spesific tu. :)

Ok apakah ciri-ciri yang membuatkan sesuatu matlamat itu cukup jelas dan spesific. Menurut Brian Tracy dalam bukunya 21 Ways to Double Your Productivity dia memberitahu, sesebuah matlamat itu perlulah mengandungi ciri-ciri berikut.
  1. Tetapkan apakah matlamat kita itu dengan spesifik. Sebagai contoh dalam hal kita untuk menjadi kaya selalu kita ukur dengan jumlah wang. So tetapkan Jumlah Wang tersebut. Kita ambil contoh RM 1,000,000. (VISION @ VISI)
  2. Tuliskan matlamat itu di atas sebuah kertas. Kata Brian Tracy, sebuah matlamat yang tidak ditulis tidak boleh dianggap matlamat. Ia hanyalah angan-angan sahaja. :)
  3. Tetapkan masa tamat / deadline untuk matlamat tersebut. Kita ambil contoh pada umur 30 tahun. Kalau saya, maka saya hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi untuk mencapainya. huhu..
  4. Senaraikan segala jenis perkara atau perbuatan yang boleh membawa kita ke arah matlamat tersebut. Dalam hal untuk menjadi kaya, maka kita boleh tuliskan perkara-perkara seperti, bisnes, bisnes internet, bisnes mlm, part-time work, pelaburan saham, unit trust, pelaburan hartanah, insurans, adsense dan sebagainya. Kalau boleh lagi spesific lagi bagus. Misalnya bisnes internet = jadi tokan besar di Ebay dll lagi. (MISSION @ MISI)
  5. Setelah anda senaraikan semua perkara-perkara tersebut, anda tuliskan dalam bentuk plan. Tetapkan yang mana perlu anda lakukan dahulu dan yang mana anda perlu kemudiankan. Sebagai contoh, buat part time work dahulu sebagai agen insurans -> buka bisnes di internet untuk menambah modal -> buka bisnes restoran -> main saham untuk tambah capital -> pelaburan hartanah sebagai pelaburan jangka masa panjang -> tambah aset dengan mengembangkan perniagaan. Tetapkan priority dari segi masa yang mana perlu kita capai dahulu. Pastikan anda tulis semuanya di atas kertas.
  6. Ambil tindakan terhadap Plan Tadi. Buat sesuatu, atau apa sahaja asalkan anda buat sesuatu. Misalnya join Forum BicaraJutawan untuk berkongsi pendapat, menimba ilmu dan membuat business network. Beli buku-buku berkaitan dengan bisnes, pelaburan dan lain-lain. Sentiasa melawat blog-blog berkaitan dengan bisnes seperti blog ini, blog Pakdi blog Main Saham Fuad, Blog SmartUsaha dan lain-lain lagi. JANGAN BERTANGGUH!! InsyaAllah dalam post2 yang lain akan kita bincang sama-sama berkaitan MISSION2 dan bagaimana untuk melaksanakannya.
  7. Dan yang terakhir = step yang paling penting sekali ialah, buat sesuatu tersebut SETIAP HARI yang semakin mendekatkan kita kepada matlamat tersebut. Pastikan tiada satu haripun yang kita tinggalkan untuk membuat sesuatu bagi menyelesaikan mission kita tadi. Bagi saya di sinilah yang akan menentukan secepat mana anda akan dapat mencapai matlamat tersebut. Sekiranya orang lain bergerak lebih pantas setiap hari, maka dialah yang akan cepat sampai. Saya bagi contoh seorang tu dia nak ke KL dari Pasir Gudang (ramai orang Pasir Gudang dalam BJ hehe). Dia hanya berjalan kaki. Mungkin dia akan ambil masa beberapa minggu. Tapi kalau seseorang tu berusaha dengan lebih keras dengan berlari-lari anak. Sudah pasti dia akan sampai lebih cepat. Nampak kan?
Sebab itulah saya jeles dengan Pakdi sebab dia sudah banyak baca buku banding dengan saya. Heheh. Takpe2 slow-slow pun bagus juga sebab nanti kita tak cepat pancit. :P Slow-slow asalkan ada penambahan SETIAP HARI!. Mungkin kalau dah biasa nanti bolehlah speed up sikit. :) Jangan terlebih speed sudah sebab nanti akan ditahan oleh polis, kena saman, eksiden atau dalam erti kata lainnya, boleh timbul masalah.

Ok sekarang mari kita realisasikan matlamat tersebut. Kita mulakan dengan menulis matlamat tersebut. Anda perlu ada sehelai kertas dan pen di depan mata anda untuk menulis. Ok tuliskan matlamat anda dengan melengkapi ciri-ciri berikut.
  1. Mulakan dengan perkataan "Saya".
  2. Tetapkan matlamat anda dan tulis dengan Present Tense iaitu seolah-olah kita telah mencapai matlamat-matlamat tersebut. Sebagai contoh "Saya memiliki aset sebanyak..", "Saya memperoleh pendapatan sebanyak.." dll
Ok dah tulis? Sekarang anda tulis di bawahnya perkara 3, 4 dan 5 yang di atas tadi, dan mulakan tindakan anda SEKARANG dan pastikan ia berjalan SETIAP HARI! Formula yang diberikan ini boleh jugak diamalkan dalam disiplin-disiplin yang lain seperti study kita, nak kawin ke dsbgnya. :) Bak kata Pak Brian Tracy.

Alhamdulillah selesai satu lagi siri. Percaya tak sekarang ni anda dah melangkah satu lagi tapak ke hadapan. Ada berapa kilometer lagi untuk ke kelab Jutawan? Hehe. So apa lagi, teruskan dengan langkah2 yang seterusnya SETIAP HARI. :) Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang kita impikan. InsyaAllah kita akan sambung lagi siri-siri yang seterusnya di lain masa.

Wassalam.

7 comments:

  1. tulis . fikir. tulis. fikir. padam. tulis. fikir. fikir. action! :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Macam-macam skim ada skarang ni, hari-hari orang ajak masuk. Tapi biasa la, kalau skim tak tau hujung pakal tu, gua kirim salam je. Bagi gua, kalau fund tu ada keluarkan Prospektus/Annual Report baru boleh percaya.

    Gua kalau mau main skim cepat kaya ni, gua tak nak masuk orang punya skim.. gua buat sendiri, baru boleh duduk kat depan.. baru cepat kaya. Kalau join orang punya, tau-tau kena kat hujung-ujung pas tu 2-3 hari kaput.

    Setau gua, kalau skim cepat kaya local dia punyak life span maksimum adalah 2 tahun, kalau international boleh sampai 5 tahun.

    Slamat maju jaya

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam brader tauke.. tak tahu la saudara dah tahu ke belum tapi saya saja je menamakan Skim Cepat Kaya supaya orang tertarik. Hehe..

    Sebenarnya hanyalah satu siri financial guide untuk kita bergerak ke arah menjadi kaya. :)

    Itu sahaja. By the way time kasih kerana memberikan komen.. Kalau ada nasihat2 pasal saham leh la komen lagi ye.. :D

    Kepada dikmal action setiap hari k.. InsyaAllah berjaya.. :)

    Salam

    ReplyDelete
  4. Ceh, potong stim betul ko ni, LoL.

    Saham tengah terjum tiruk sekarang ni, gua tak tau nak buat apa.. so merayau ler tengok blog kawan2.

    Anyway, baguih blog ni, tahniah..
    Gua respek orang macam ko ni.

    Tabik 3X.

    ReplyDelete
  5. hehe mekasih2 bro.. insyaAllah akan cuba keep it up.. :)

    saham tak menjunam bisnes la.. apa laga.. :D

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:40 AM

    patut terbatuk batuk.. uhuk uhuk :P

    ReplyDelete
  7. hehe.. ada orang sebut2 nama pernyer.. takpe pakdi traffic free.. hehe

    ReplyDelete